TIPS KEKAL BIJAK

TIPS KEKAL BIJAK Produk EXAM-A :
Produk minda No 1 pilihan ramai
~menguatkan ingatan
~sedap dimakan
~KEKAL BIJAK

Antara testimoni dan feedback positif dari pengguna EXAMA
20/11/2023

Antara testimoni dan feedback positif dari pengguna EXAMA

ANTARA MANFAAT KEBAIKAN SUPPLEMENT MINDA
20/11/2023

ANTARA MANFAAT KEBAIKAN SUPPLEMENT MINDA

Jom kenali Fungsi Otak Anda
13/11/2023

Jom kenali Fungsi Otak Anda

11/11/2023
Cara Bantu Anak Jadi Rajin Belajar Tanpa Disuruh1. Reward - Bagi hadiah sebagai tanda galakan atas pencapaian terbaiknya...
08/11/2023

Cara Bantu Anak Jadi Rajin Belajar Tanpa Disuruh
1. Reward - Bagi hadiah sebagai tanda galakan atas pencapaian terbaiknya.

2. Selalu bersamanya ketika dia mengadap buku. Kalau tidak mengajarnya pun, duduklah berdekatan dengannya sambil membaca seperti majalah, novel atau akhbar. Jangan main handphone.

3. Ibu bapa kena sabar apabila anak banyak bertanya perkara yang dia musykil atau tidak tahu. Rajin bercerita atau berbincang dengan anak-anak walaupun mereka masih muda. Selalu bercerita membuat mereka cepat matang. Beri penerangan pada pertanyaan, `kenapa dan mengapa' yang selalu anak-anak tanya atau soal kepada kita. Jawapan pada setiap pertanyaan itu akan merangsang otaknya untuk lebih ke depan dan rasa ingin tahunya pada sesuatu perkara akhirnya mendorong minatnya terhadap membaca dan belajar. Cubalah kalau tak percaya.

4. Beli buku mengikut apa yang disukainya. Kalau dia sukakan sesuatu kartun atau tokoh super hero, beli buku-buku atau peralatan sekolah seumpama itu untuk menambah minat membaca dan belajarnya.

5. Cipta suasana belajar yang tenang dan merangsang anak untuk seronok belajar. Kalau dia masih sekolah rendah, jadikan suasana belajar itu seperti dia sedang bermain. Mengasuh cara belajar yang betul sejak awal lebih memudahkan mak ayah membentuk minat anak di kemudian hari.

6. Jika ada fanatik dengan game, guna cara itu untuk mempengaruhi dan memanip**asinya untuk belajar. Katakan padanya, belajar dahulu, lepas tu boleh main game semula. Pastikan dia belajar dan membuat kerja rumah dengan betul, bukan asal siap kerana mahu cepat-cepat bermain. Bahagikan waktu dan minta anak ikut jadual yang ditetapkan. Mak ayah pun kena berdisiplin juga.

7. Pastikan berapa banyak masa yang diperlukan anak untuk menyiapkan sesuatu. Salah satu kunci untuk mengubah anak malas menjadi rajin adalah mengajarnya untuk menguruskan waktu. Mereka harus tahu membahagikan waktu untuk setiap perkara. Bantu mereka menguruskan perkara ini.

8. Elakkan anak-anak daripada gangguan ketika mahu belajar. Perhatikan dengan teliti apakah perkara yang paling mengganggu atau menghalangnya setiap kali diminta untuk belajar. Mengidentifikasi gangguan itu boleh membantu anak untuk mengawal gangguan tersebut.

9. Sekiranya anak-anak mendapat tugasan besar dari sekolah yang perlu disiapkan dan dia rasa terbeban untuk melakukannya, inilah masa untuk mak ayah beri sokongan. Dampingi mereka dan beri tunjuk ajar. Peluk mereka erat-erat. Pelukan kita akan meringankan mereka menghadapi bebanan tersebut. Malah mungkin mereka mendapat banyak idea untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

10. Jangan sekali-kali meremehkan kemampuan anak. Tunjukkan kita mempercayai kemampuan mereka. Sekiranya kita menunjukkan sikap meremehkan kemampuan mereka, semangat atau ghairah belajar mereka akan hilang, bah dalam hal-hal kecil seperti mencuci pinggan, membasuh kasut, menggosok baju atau menyapu sampah juga mereka tidak bersemangat lagi. Mungkin apa yang dilakukan mereka tidak bersih atau kemas tetapi keinginan membuat pekerjaan itu yang patut diberi tumpuan dan diberikan penghargaan, bukan pada hasil kerjanya. Mereka akan berhenti belajar sesuatu jika sering dikritik.

11. Kemalasan anak pasti akan memberi risiko kepadanya. Jangan kita p**a gelabah dan tolong menyiapkan kerja sekolahnya untuk mengelakkan dia didenda gurunya. Biarkan dia menerima hukuman itu. Dia akan belajar daripada denda tersebut dan kita tidak perlu menambah denda itu atau memarahinya.

12. Di dalam ahli keluarga, pasti ada seseorang yang akan membuat anak mahu mendengar kata-kata. Minta bantuannya mengubah sikap pemalas anak menjadi produktif. Strategi ini akan lebih berjaya jika orang itu adalah ibu, ayah atau adik beradiknya sendiri.

Ingat, ibu ayah jagan mudah putus asa sebab semangat anak-anak akan datang anda dulu. In shaa Allah mood rajin dia akan muncul, semoga bermanfaat!

01/11/2023

SELAMAT DATANG KE HALAMAN TIPS KEKAL BIJAK😀

Adresse

KETENGAH JAYA
Paka
23100

Téléphone

+60197333286

Site Web

Notifications

Soyez le premier à savoir et laissez-nous vous envoyer un courriel lorsque TIPS KEKAL BIJAK publie des nouvelles et des promotions. Votre adresse e-mail ne sera pas utilisée à d'autres fins, et vous pouvez vous désabonner à tout moment.

Contacter La Pratique

Envoyer un message Ă  TIPS KEKAL BIJAK:

Raccourcis

Partager