Hospital Kuala Lumpur KKM

  • Home
  • Hospital Kuala Lumpur KKM

Hospital Kuala Lumpur KKM Government Official Agency under Ministry of Health Malaysia that provide medical health services

Membuat Aduan ke HKL secara online sila layari https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

03/07/2026
📢 Join us at the 16th HKL Vascular Conference🗓️ 1st–4th September 2026Connect with leading experts, exchange knowledge, ...
01/07/2026

📢 Join us at the 16th HKL Vascular Conference
🗓️ 1st–4th September 2026

Connect with leading experts, exchange knowledge, and explore the latest advances in vascular surgery.

📢 Jom Sertai Kami!
🗓️ 1–4 September 2026

Bersama-sama menimba ilmu, berkongsi pengalaman, dan meneroka perkembangan terkini dalam bidang pembedahan vaskular.



Click here to register! hklvascular.com

Foto sekitar program ‘Malaysia-China PharmacyProfessional Exchange’ yang dipengerusikan oleh Dr Khursiah binti Daud , Ti...
01/07/2026

Foto sekitar program ‘Malaysia-China Pharmacy
Professional Exchange’ yang dipengerusikan oleh Dr Khursiah binti Daud , Timbalan Pengarah (I) Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Penyertaan terdiri daripada 18 orang peserta agensi luar, 10 orang darinye berasal china.

Tujuan utama program adalah memberi pendedahan klinikal antarabangsa, memahami sistem penjagaan kesihatan global, dan membina rangkaian profesional diatnara kedua-dua negara.

Pada hari ini berlangsung kemuncak Program Jom Baca 2026 Peringkat HKL .Program dijalankan bermula 22 Mei sehingga 30 Ju...
30/06/2026

Pada hari ini berlangsung kemuncak Program Jom Baca 2026 Peringkat HKL .Program dijalankan bermula 22 Mei sehingga 30 Jun 2026 dengan menyediakan pelbagai anugerah seperti Penyelaras Terbitan Jabatan , Anugerah Pembaca Aktif HKL , Bacaan Kegemaran Saya (BKS) , Sesi Bersama Penulis Buku Dr Fatin Izzati serta Pertandingan Sudut Bacaan Antara Jabatan. Majlis dirasmikan oleh YBrs. Dr Khursiah binti Daud ,Timbalan Perubatan 1 Hospital Kuala Lumpur.

30/06/2026
Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin merakamkanpenghargaan dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Dato' Dr Mohd Azman Bi...
29/06/2026

Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin merakamkan
penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada Dato' Dr Mohd Azman Bin Yacob atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang baharu daripada Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan warga kerja Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tahniah diucapkan sekali lagi buat Dato’ Mohd Azman Yacob dan selamat menerajui kepimpinan di KKM.

Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pegawai-pegawai kanan HKL berkesempatan membuat...
25/06/2026

Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pegawai-pegawai kanan HKL berkesempatan membuat kunjungan hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur yang disambut baik oleh YS PKPjB Hj Hassan 'As'ari bin Hj Omar, Pengarah JBPM Kuala Lumpur.

Objektif utama pertemuan ini adalah untuk memperkukuh kerjasama strategik yang sedia ada dan pertukaran maklumat berkaitan serta membincangkan beberapa perkara yang dilihat dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada kedua-dua agensi malah rakyat malaysia.

HKL amat berbesar hati atas layanan istimewa yang diberikan dan terima kasih atas keprihatinan pihak Bomba dalam menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 — YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan te...
23/06/2026

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2026 — YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi meninjau perkembangan semasa projek naik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma serta projek pembinaan Institut Perubatan Forensik Negara hari ini.

Sejurus ketibaan, YBhg. Datuk Seri KSU telah dibawa melawat ke tapak projek dan diberikan taklimat ringkas mengenai status pelaksanaan kedua-dua projek, termasuk kemajuan kerja semasa dan perancangan ke arah penyempurnaan projek mengikut jadual yang ditetapkan.

Kedua-dua projek ini kini berada pada fasa akhir pelaksanaan dan dijangka dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan serta meningkatkan keupayaan HKL dalam memberikan rawatan kecemasan dan perkhidmatan forensik yang lebih cekap, selamat dan berkualiti kepada rakyat.

KKM kekal komited untuk memastikan pembangunan infrastruktur kesihatan dilaksanakan dengan berkesan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin berkembang selaras dengan usaha memperkukuh sistem kesihatan negara.

Turut hadir ialah YBrs. Dato’ Dr. Harikrishna K. R. Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur; YBhg. Datin Paduka Roslinah binti Md Jani, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM; YBhg. Datuk Dr. Alzamani bin Mohammad Idrose, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL; YBrs. Dr. Siew Sheue Feng, Ketua Jabatan Pusat Perubatan Forensik HKL; YBrs. Ir. Suzzana binti Punari, Pengarah Pasukan Projek Khas 1, JKR; YBrs. Puan Sharifah Nor Aeiriza binti Syed Shahrom, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Bahagian, Pengurusan Projek 2 (HOPT 2) JKR; serta YBrs. Ir. Abu Bakar bin Ishak, Penguasa Projek, JKR.

Address

Jalan Bulatan Pahang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326155555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kuala Lumpur KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kuala Lumpur KKM:

Shortcuts

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share