20/04/2026
Kosmetik merujuk kepada persediaan yang digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia (termasuk kulit, rambut, kuku, bibir), atau gigi dan membran mukus mulut bagi tujuan membersih, mewangi, mengubah penampilan, menambah baik bau badan, melindungi atau memeliharanya dalam keadaan baik.
Untuk memastikan keselamatan pengguna, orang awam dinasihatkan supaya memilih sediaan kosmetik yang selamat, antaranya:
* Mempunyai formulasi yang sesuai dengan fungsi kosmetik
* Mempunyai Nombor Notifikasi Kosmetik
* Mengandungi bahan yang dibenarkan sahaja
* Digunakan untuk tujuan kosmetik sahaja
* Digunakan pada bahagian luaran tubuh, gigi atau membran mukus mulut
* Tidak mempunyai tuntutan yang berlebihan seperti memberi kesan yang berkekalan
Sebelum membeli atau menggunakan produk kosmetik, orang awam disarankan untuk menyemak status notifikasi kosmetik melalui laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).