Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar

Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar Unit Promosi Kesihatan,
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar,
Lebuhraya Darulaman, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel: 04-7332775 Faks: 04-7347295
Laman Web Rasmi: https://sites.google.com/moh.gov.my/upkwhks/utama Visi: Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik. Objektif: Untuk meningkat taraf kesihatan individu yang produktif melalui perkhidmatan yang merangkumi aspek penggalakkan,pencegahan,rawatan dan pemulihan.

25/08/2026

πŸŒ™βœ¨ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ βœ¨πŸŒ™

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan ajaran Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Rasulullah SAW mengajar kita erti kasih sayang, amanah, kesabaran dan kepedulian terhadap sesama insan. Marilah kita meneladani akhlak mulia Baginda, bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui setiap perbuatan dan khidmat kita kepada masyarakat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta menjadi inspirasi untuk membina keluarga, komuniti dan masyarakat yang lebih penyayang, harmoni dan sejahtera.

πŸ’™ Salam Maulidur Rasul 1448H
🌹 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ikhlas daripada
Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah





23/08/2026

πŸ“£π‰π„π‘π„ππ” πŒπ”π‹π€ πŒπ„ππ˜π€ππ€ πŠπ„πƒπ€π‡!

Beberapa kawasan di Kedah mula menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Bagi penghidap asma, udara yang tercemar boleh mencetuskan atau memburukkan gejala seperti batuk, sesak nafas dan dada terasa ketat.

πŸ’¨ ADA ASMA? JANGAN AMBIL MUDAH!

🏠 Kurangkan aktiviti di luar rumah ketika jerebu.
😷 Pakai pelitup muka yang sesuai apabila perlu berada di luar.
🚭 Jauhi asap rokok, v**e dan pembakaran terbuka.
πŸ’§ Minum air secukupnya.
πŸ’Š Pastikan ubat asma sentiasa bersama.

πŸ‘€ JANGAN LUPA SEMAK IPU!
Jika bacaan semakin meningkat, tingkatkan langkah berjaga-jaga dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

❀️ Lindungi paru-paru, kawal asma dan jaga kesihatan diri. Kongsikan infografik ini kepada keluarga dan rakan yang menghidap asma!



𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: πˆππ†π€π“ 5 π‹π€ππ†πŠπ€π‡ π€ππ‚πƒπ„βœ… A – Amal langkah perlindungan diriβœ… B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diriβœ… C – Cakna...
23/08/2026

𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: πˆππ†π€π“ 5 π‹π€ππ†πŠπ€π‡ 𝐀𝐁𝐂𝐃𝐄

βœ… A – Amal langkah perlindungan diri
βœ… B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diri
βœ… C – Cakna kualiti udara
βœ… D – Didik diri, keluarga dan komuniti
βœ… E – Elak pendedahan kepada jerebu

Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti luar. Kurangkan aktiviti di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak.

Lindungi diri dan keluarga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

pesanan daripada:
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar

23/08/2026

🌞 SARAPAN PAGI, JANGAN DITINGGAL! 🍳πŸ₯›πŸŽ

Sarapan bukan sekadar mengisi perut, tetapi langkah penting untuk memulakan hari dengan lebih bertenaga dan cergas. πŸ’ͺ✨

πŸ₯£ Memberi tenaga sepanjang hari
😊 Membantu mengawal mood dan emosi
🩸 Membantu menstabilkan paras gula dalam darah
βš–οΈ Membantu mengawal berat badan
πŸ₯› Membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh

Jom biasakan diri menikmati sarapan yang seimbang dan berkhasiat setiap hari. Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melengkapkan keperluan nutrien tubuh. 🌈🍽️

Sarapan seimbang, kunci kesihatan harian! ❀️



23/08/2026
22/08/2026

🩻Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.

βœ…Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma.

βœ…Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

πŸ“’Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.

21/08/2026

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

Jom kita aktifkan diri bersama seisi keluarga di hari cuti hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam serta luar rumah kita.

Kami dah sediakan Senarai Semak Digital sebagai panduan dan nak bagi mudah hangpa buat gheja.

πŸ‘‰ Imbas kod QR di gambar atau klik terus link ni:
https://bit.ly/senaraisemakdigitaltempatpembiakanaedes

⚠️ Beringat na, Demam Denggi ni bukan demam biasa-biasa, boleh bawak maut! Bertindak la ni... jangan buat tak peduli, satgi merana diri.




21/08/2026

πŸŽ‰ ππ„πŒπ„ππ€ππ† πŠπ”πˆπ™ πˆππ“π„π‘π€πŠπ“πˆπ… πŠπ„π’π„πƒπ€π‘π€π ππ„ππƒπ„π‘πŒπ€π€π πŽπ‘π†π€π πŸŽ‰

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyertai Kuiz Interaktif Kesedaran Pendermaan Organ sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Kedah 2026. πŸ’šπŸ’™

Tahniah diucapkan kepada para pemenang! 🎁

πŸ†AHMED AKIF WIRDAS BIN MOHD TAUFID
πŸ†MUHAMAD FARHAN BIN ABD LATIF
πŸ†NORALIA ALINA BINTI BOHARI

Semoga kemenangan ini menjadi satu kenangan manis serta menyemarakkan lagi kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dalam kalangan masyarakat.

πŸ“’ Kepada para pemenang, urusetia akan menghubungi anda dalam masa terdekat bagi urusan berkaitan hadiah.

Terima kasih atas sokongan dan sambutan yang begitu menggalakkan! Bersama kita sebarkan kesedaran, bersama kita beri harapan dan kehidupan. πŸ’š




21/08/2026

Address

Unit Promosi Kesihatan, Wellness Hub Kota Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar:

Shortcuts

Share