RPS Pharmacy Pantai Johor

RPS Pharmacy Pantai Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RPS Pharmacy Pantai Johor, Medical and health, No 11 Taman Sri Pantai, Pantai, Alor Setar.

15/04/2026

Tengok anak tidur nyenyak sampai berbunyi krohh krohh, mak ayah pun senyum sendirian. Laju je capai phone rakam buat story, Alahai comelnya, penat sangat main kat playground siang tadi la tu.

Nanti dulu! Hentikan angan-angan comel tu.

Untuk orang dewasa, dengkur mungkin sebab penat atau berat badan. Tapi untuk kanak-kanak, berdengkur secara kerap adalah bendera merah (red flag) yang tak patut dipandang ringan. Bunyi dengkur tu bermaksud ada laluan udara yang sempit dan tersekat.

Punca paling utama? Tonsil bengkak atau kelenjar adenoid membesar kat belakang hidung.

Bila laluan udara ni block, otak anak tak dapat bekalan oksigen yang cukup masa dorang tengah tidur. Benda ni dalam medikal kita panggil Obstructive Sleep Apnea (OSA).

Tidur lapan jam pun tak guna kalau kualiti ke laut. Kesan dia kita akan nampak siang hari:
1. Anak bangun tidur terus meragam emosi tak stabil.
2. Hiperaktif semacam dan susah nak fokus bila belajar.
3. Tumbesaran terbantut sebab hormon membesar cuma dirembeskan waktu tidur fasa nyenyak. Macam mana nak masuk fasa nyenyak kalau asyik tersedak cari nafas beratus kali satu malam?

Tugas mak ayah malam ni, pergi usha anak tu tidur. Perhatikan kalau dia tidur mulut ternganga luas, leher mendongak ke belakang macam cari nafas, dada berlekuk tajam bila bernafas, atau tiba-tiba berhenti nafas sekejap.. tolong bawa jumpa doktor ENT cepat.

Anak korang kat rumah tidur senyap sunyi ke atau bunyi enjin bot sangkut beradu?
Cuba komen kat bawah. Jangan lupa tag pasangan korang suruh buat spotcheck malam ni jugak!

Address

No 11 Taman Sri Pantai, Pantai
Alor Setar
05350

Telephone

0164430030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RPS Pharmacy Pantai Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share