Hospital Sultanah Bahiyah

Hospital Sultanah Bahiyah Facebook Rasmi HSB. Sebarang pertanyaan atau aduan mohon kemukakan secara emel [email protected]

17 Perkhidmatan Kepakaran

Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit)
Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri)
Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)
Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)
Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Repr

oductive dan Urogynaecology)
Anestesiologi (Rawatan Rapi)
Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)
Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)
Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)
Forensik (Histopatologi)
Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)
Oral Maksilofacial
Radiologi
Perubatan Transfusi
Perubatan Kecemasan
Pergigian Pediatrik
Perubatan Rehabilitasi

๐‰๐Ž๐Œ ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐’๐„๐†๐„๐‘๐€!๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 11 Julai 2026๐Ÿ•– Masa: 7.00 Pagi๐Ÿ“ Tempat Berkumpul: Lobi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB...
05/06/2026

๐‰๐Ž๐Œ ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐’๐„๐†๐„๐‘๐€!

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 11 Julai 2026
๐Ÿ•– Masa: 7.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat Berkumpul: Lobi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)

Lagi syok sebab:
๐ŸŽฝ Jersi & Medal eksklusif disediakan untuk semua peserta! Boleh buat kenangan, boleh buat OOTD sekali.๐Ÿ“ธ
Harga Tiket:
* Dewasa: RM60
* Kanak-kanak: RM45

Macam-macam ada nanti:
๐ŸŽฏ The Rescue Challenge โ€“ Boleh belajaq cara buat CPR yang betoi, baru la macam hero dalam drama tu!
๐ŸŽฏ HAB Kesihatan & Gaya Hidup
๐ŸŽฏ Zon Santai & Jualan

Bagi yang rasa tak larat nak lari, takpa... jangan ghiso (risau)! Kita ada 2KM Briskwalk ja. Jalan-jalan santai sambil hirup udara segar!

Nak daftar lagu mana?
Mudah ja, hampa boleh Scan QR kat poster tu, ataupun klik link pendftaran https://forms.gle/SpVEFJQsidvyiSXJ6
Hat ada benda apa nak tanya hampa terus WhatsApp Dr kita yang segak-segak ni:
๐Ÿ“ž Dr Tan ST: 017-4383328
๐Ÿ“ž Dr Aimi: 019-529 6236

Ayuh orang Kedah! Ajak mak ayah, anak cucu, kawan sepejabat dengan jiran sebelah rumah mai bagi ghamai. Kita lari rapat-rapat, ukhuwah pun kuat! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐ˆ๐๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”(Rangkuman 1/2)05 Jun 2026 | Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian CARINA 2026 a...
05/06/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐‚๐€๐‘๐ˆ๐๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
(Rangkuman 1/2)

05 Jun 2026 | Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian CARINA 2026 anjuran CHEST Alor Setar, yang telah disempurnakan oleh Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, YBrs. Dr. Fauziah binti Abdul Wahab. Turut hadir di dalam majlis ini ialah Dr. Arvindran A/L Alaga (Ketua Jabatan Respiratori HSB), Dr. Sritharan Rao (MMA Kedah) & Puan Zuraini Kamal (Wakil Cancer Survivors Malaysia).

CARINA 2026 telah berjaya menghimpunkan pakar respiratori tempatan dan antarabangsa disatu pentas yang sama untuk berkongsi ilmu, idea dan pengalaman dalam perawatan penyakit barkaitan sistem pernafasan. Penganjuran CARINA 2026 mencerminkan komitmen Hospital Sultanah Bahiyah dalam membudayakan inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Turut memeriahkan lagi majlis ini ialah pelancaran Dr. Fauziah-CHEST Alor Setar Travel Grant oleh YBrs Puan Pengarah di mana ia telah dianugerahkan kepada dua pegawai perubatan iaitu Dr. Tan Xiao Wei
dan Dr. Esafirah dari Jabatan Respiratori. Ia bertujuan untuk mengembangkan bakat baru di persada antarabangsa yang berkait rapat dengan pembentangan kajian (research publication).

Diharapkan CARINA 2026 akan terus menjadi pemangkin dan memberi impak positif kepada organisasi, warga kerja dan masyarakat secara keseluruhannya.

๐—•๐—”๐—ฆ๐—œ๐—– ๐—˜๐—ฌ๐—˜ ๐—–๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—˜ ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฐ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Basic Eye Course f...
04/06/2026

๐—•๐—”๐—ฆ๐—œ๐—– ๐—˜๐—ฌ๐—˜ ๐—–๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—˜ ๐—™๐—ข๐—ฅ ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—–๐—”๐—Ÿ ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฐ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya Basic Eye Course for Medical Officers bertempat di Pusat Pendidikan Lanjutan, Hospital Sultanah Bahiyah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Kabirurahman Abdul Rashid yang turut menzahirkan penghargaan atas usaha penganjuran program dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran pegawai perubatan dalam bidang oftalmologi.

Program ini menampilkan perkongsian ilmu daripada 7 orang Pakar Oftalmologi yang membentangkan pelbagai topik berkaitan penjagaan dan pengurusan kes-kes berkaitan mata.

Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus ini dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam meningkatkan kompetensi profesional demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah, urus setia dan peserta yang telah menjayakan program ini.

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ ๐—›๐—ฆ๐—• ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฐ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒHari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Pagi Hospital Sultana...
04/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ ๐—›๐—ฆ๐—• ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿฐ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Hari ini telah berlangsung Majlis Perhimpunan Pagi Hospital Sultanah Bahiyah bagi bulan Jun 2026 bertempat di Auditorium HSB.

Perhimpunan Pagi pada bulan ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Jabatan Respiratori HSB sebagai urus setia penganjur. Antara pengisian utama perhimpunan kali ini termasuklah slot pembentangan oleh Ketua Jabatan Respiratori, Dr. Arvindran A/L Alaga, yang memaparkan siri pencapaian cemerlang jabatan dalam memberikan perkhidmatan kepakaran kepada pesakit di rantau ini. Turut hadir pada perhimpunan ini ialah barisan Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah.

Perhimpunan kali ini juga menjadi detik bersejarah buat seluruh warga HSB untuk meraikan Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah (Perubatan) HSB, Dr. Nor Raziah binti Sabtu yang menggalas tanggungjawab baharu sebagai Pengarah Hospital Pendang. Pihak pengurusan dan seluruh warga HSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan bakti serta kepimpinan cemerlang yang telah beliau curahkan sepanjang berkhidmat di hospital ini.

Syabas & terima kasih kepada barisan urusetia yang telah merancang & menjayakan perhimpunan pagi pada bulan ini. Semoga terus cemerlang.

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ya...
01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku, pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan berpanjangan dan semoga terus memayungi negara dengan kepimpinan yang adil dan berwibawa.

Sembah takzim daripada Pengarah serta seluruh warga kerja Hospital Sultanah Bahiyah.

Daulat Tuanku! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”?Ketik โ€˜likeโ€™ jika ya.Antara kebaikan menggunakan TANGGA:โœ… menguatkan otot-otot peha...
31/05/2026

๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—”?

Ketik โ€˜likeโ€™ jika ya.

Antara kebaikan menggunakan TANGGA:

โœ… menguatkan otot-otot peha
โœ… meningkatkan kesihatan jantung
โœ… membakar kalori
โœ… meningkatkan kekuatan tulang & pelbagai lagi.

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.Semoga sambutan ini membawa kesejahteraan kepada...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan ini membawa kesejahteraan kepada semua.

Marilah kita bersama-sama menyemai nilai kasih sayang, toleransi dan saling menghormati demi memperkukuh perpaduan negara.

28/05/2026

๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜, ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ถ?

Pernah terfikir tak, dalam kita pergi hospital untuk melawat atau dapatkan rawatan, ada musuh tak kelihatan yang sedang mengendap? Ya, kuman di hospital bukan sebarang kuman!

Dalam episod podcast kali ini, kita akan kupas secara mendalam tentang "Bahaya Kuman di Hospital" bersama panel jemputan khas:

๐ŸŽ™๏ธ Dr. Siti Rohani binti Abdul Hadi (Pakar Mikrobiologi & Ketua Unit Kawalan Infeksi, Hospital Sultanah Bahiyah)

Kenapa kuman hospital ni lebih "ganas" dan kebal? Bagaimana ia boleh berjangkit, dan apa peranan kita sebagai pelawat atau pesakit untuk lindungi diri?

Jangan lepaskan peluang untuk tonton perkongsian eksklusif dan penuh info ini.

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ? ๐—๐—ผ๐—บ ๐—”๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚!Hospital sepatutnya menjadi zon selamat untuk sembuh, namun hakikat...
28/05/2026

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ? ๐—๐—ผ๐—บ ๐—”๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚!

Hospital sepatutnya menjadi zon selamat untuk sembuh, namun hakikatnya, isu jangkitan silang atau Healthcare-Associated Infections (HAIs) adalah ancaman sebenar yang jarang kita bincangkan.

Sertai podcast ke-8 kami minggu ini yang membincangkan tajuk kritikal: ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น. ๐Ÿฅโš ๏ธ

Kami membawakan kepakaran terus kepada anda bersama Dr. Siti Rohani binti Abdul Hadi, Pakar Mikrobiologi & Ketua Unit Kawalan Infeksi dari Hospital Sultanah Bahiyah.

Beliau akan berkongsi tentang realiti kawalan infeksi di hospital, risiko kuman rintang antibiotik (superbugs), dan langkah-langkah pencegahan yang wajib kita semua tahu. Jangan lepaskan peluang untuk tonton perkongsian eksklusif dan penuh info ini.

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Mei 2026 (Khamis)
โฐ Masa: 8.00 Malam

Kesedaran anda boleh menyelamatkan nyawa.

๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ, ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐ŸŒ™Salam Aidiladha, 10 Zulhijjah 1447H. Hari yang mulia i...
26/05/2026

๐—š๐—ฒ๐—บ๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ฏ๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ, ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐ŸŒ™

Salam Aidiladha, 10 Zulhijjah 1447H. Hari yang mulia ini adalah anugerah Allah SWT yang sarat dengan limpahan rahmat dan keberkatan buat seluruh umat Islam.

Aidiladha menuntut kita menghayati makna pengorbanan yang sebenar, menyuburkan keikhlasan, dan memperteguh ketaatan yang tinggi kepada Pencipta dalam setiap hela nafas kehidupan. Semoga pengorbanan kita hari ini menjadi saksi keimanan di akhirat kelak.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ

Ikhlas daripada:
Pengarah & seluruh warga kerja Hospital Sultanah Bahiyah.

Address

Km 6
Alor Setar
05460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sultanah Bahiyah:

Share

Category