Pusat Rawatan Darussyifa Negeri Kedah

Directions Website Contact the practice

Pusat Rawatan Darussyifa Negeri Kedah Pengarah : Ustaz Mohd Alawi Abdul Kudus
0195880421
isnin 7 mlm - 11 mlm.

khamis 3 ptg -6 ptg
sabtu 3 ptg - 6 ptg
299 Taman malaysia lebuhraya darulaman,alor setar kedah

28/08/2026

PENDAFTARAN DIBUKA! (terbuka kepada umum).
*SEMINAR PENGUBATAN ISLAM SEMPENA IJTIMAK ALUMNI DARUSSYIFA NEGERI KEDAH*
BERTEMPAT DI DEWAN SERI MENTALON KEDIAMAN MENTERI BESAR KEDAH ................................................................
Tajuk: RUQYAH SYARIYYAH VS RUQYAH SYIRKIYYAH
Topik:
- Ruqyah Syar‘iyyah dalam Rawatan Gangguan Psikologi, Emosi & Psikospiritual ( Antara bukti saintifik dan syariat ).
- Dalil al-Quran & al-Sunnah Mengenai Ruqyah Syar‘iyyah
- Ciri-ciri Ruqyah Syar‘iyyah dan penyimpangan Ruqyah Syirkiyyah.
- Adab, Bacaan & Kaedah Ruqyah Berdasarkan Qiraat dan ketepatan bacaan al-Quran.
- Falsafah, Pemikiran & Khurafat dalam Pengubatan Islam
- Isu dalam amalan pengubatan Islam kontemporari.
- Memartabatkan Pengubatan Islam
- Pendidikan, penyelidikan dan standardisasi amalan.
- Panduan Memilih Perawat & Mengelakkan Ruqyah Syirkiyyah
- Rumusan dan garis panduan kepada masyarakat.
Ahli panel:
* Panel Jemputan khas daripada USM, UM, UUM dan UIS (Alumni Darussyifa')
Penghargaan peserta:
* Sijil penyertaan.
* Cenderahati
Jamuan:
* Makanan tengah hari disediakan.......................
MENARIK!
- *PAMERAN BARANG BARANG KHURAFAT YANG DIKUMPUL DAN DIBAWA KHAS DARI SETIAP PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA'*
- BOOTH JUALAN DAN PAMERAN DARI CAWANGAN DARUSSYIFA' DAERAH DI NEGERI KEDAH .
Terbuka kepada semua!
Daftar Sekarang, Tempat adalah terhad!
https://linktr.ee/darussyifakdh
https://linktr.ee/darussyifakdh
https://linktr.ee/darussyifakdh

26/08/2026

copywriting 👇👇👇
*PENGUBATAN ISLAM: KENAPA PERLU AMBIL TAHU?*
Pengubatan Islam semakin mendapat perhatian masyarakat. Namun, adakah kita benar-benar tahu apa yang dibenarkan syariat dan apa yang perlu dielakkan?
Bagaimanakah membezakan antara Ruqyah Syariyyah dan Syirkiyyah?
Saksikan kupasan menarik bersama 5 ahli panel berpengalaman dalam seminar:
*“PENGUBATAN ISLAM”*
*RUQYAH SYARIYYAH VS SYIRKIYYAH*
*26 SEPTEMBER 2026 (SABTU)*
*2.00 – 4.00 PETANG*
*DEWAN SERI MENTALOON, KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR KEDAH*
Sempena Ijtimak Alumni Darussyifa’ Negeri Kedah

Tidak terhad kepada pengamal perubatan sahaja, tetapi untuk semua yang perlu faham apa itu pengubatan Islam berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

*SAVE TARIKH INI. AJAK KELUARGA DAN SAHABAT UNTUK HADIR.*
Klik link dan daftar sekarang!
https://linktr.ee/darussyifakdh
https://linktr.ee/darussyifakdh
https://linktr.ee/darussyifakdh
Jangan mengikut tanpa memeriksa. Fahami batasnya agar akidah terpelihara.

Pengarah : Ustaz Mohd Alawi Abdul Kudus
0195880421
isnin 7 mlm - 11 mlm.
khamis 3 ptg -6 ptg
sabtu 3 ptg - 6 ptg
299 Taman malaysia lebuhraya darulaman,alor setar kedah

CORETAN 5Penggerak Awal Darussyifa KedahSetiap gerakan yang berkembang pasti mempunyai insan yang berada di barisan awal...
23/08/2026

CORETAN 5

Penggerak Awal Darussyifa Kedah

Setiap gerakan yang berkembang pasti mempunyai insan yang berada di barisan awal. Begitu juga perjalanan Darussyifa Kedah. Sebelum berkembang menjadi sebuah organisasi yang lebih tersusun, terdapat beberapa tokoh yang menjadi antara penggerak awal dalam membawa ilmu pengubatan Islam dan khidmat kepada masyarakat di negeri Kedah.

1. Haji A. Rahman Mustafa

Antara tokoh terawal yang wajar dikenang ialah Haji A. Rahman Mustafa, mantan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), KUIN dan merupakan antara murid pertama Allahyarham Tuan Guru.

Pengalaman dalam bidang akademik serta hubungan keilmuan dengan Allahyarham Tuan Guru menjadi asas penting kepada penglibatan beliau dalam perkembangan Darussyifa. Sumbangan beliau membantu meletakkan asas gerakan Darussyifa Kedah dengan pendekatan yang berteraskan ilmu, disiplin dan khidmat kepada masyarakat.

2. Allahyarham Haji Abdul Latif Ibrahim

Allahyarham Haji Abdul Latif Ibrahim, seorang pesara Pusat Islam UKM, merupakan antara individu yang turut berada dalam kelompok penggerak awal Darussyifa Kedah.

Dengan latar pengalaman dan keilmuan yang dimiliki, beliau menyumbang tenaga dalam membantu perkembangan aktiviti Darussyifa, khususnya dalam membina asas penglibatan masyarakat terhadap pengubatan Islam.

3. Allahyarhamah Hajah Aisyah

Allahyarhamah Hajah Aisyah, yang juga merupakan PESARA FPI UKM, adalah antara tokoh yang tidak boleh dilupakan dalam catatan awal perjalanan Darussyifa Kedah.

Sumbangan beliau menjadi sebahagian daripada usaha awal mengembangkan dakwah melalui pendekatan pengubatan Islam. Penglibatan tokoh wanita dalam fasa awal ini juga memperlihatkan bahawa gerakan Darussyifa mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

4. Haji Abdul Mutalib Abdullah

Haji Abdul Mutalib Abdullah, pesara Jabatan Pertanian, turut menjadi antara penggerak awal Darussyifa Kedah.

Pengalaman beliau dalam perkhidmatan awam serta kesediaan mencurahkan masa dan tenaga membantu mengukuhkan gerakan Darussyifa di peringkat awal. Sumbangan para penggerak seperti beliau menjadi asas kepada perkembangan aktiviti rawatan dan khidmat masyarakat yang semakin meluas.

5. Ustaz Mohd Alawi Abdul Kudus

Ustaz Mohd Alawi mula terlibat dalam gerakan Darussyifa Kedah pada tahun 2008. Penglibatan ini kemudiannya berkembang kepada tanggungjawab yang lebih besar dalam menggerakkan organisasi dan memperkukuh kesinambungan perjuangan Darussyifa Kedah.Kata-Kata almarhum... Anta kna jadi Pulau BERMANFAAT jgn jadi Batu karang......

Beliau antara generasi yang meneruskan legasi yang telah dimulakan oleh penggerak terdahulu, dengan memberi perhatian kepada aspek pengurusan, pembangunan perawat, program dakwah, latihan serta peluasan khidmat kepada masyarakat.

Menyambung Mata Rantai Legasi

Kelima-lima tokoh ini mempunyai latar belakang yang berbeza, namun disatukan oleh satu semangat yang sama: menyumbang ilmu, masa dan tenaga untuk mengembangkan dakwah melalui pengubatan Islam.

Darussyifa Kedah yang berkembang hari ini tidak lahir dalam sekelip mata. Ia terbina melalui usaha generasi terdahulu yang sanggup menjadi perintis, membuka jalan dan meletakkan asas.

Maka, sejarah mereka wajar dicatat dan dikenang. Bukan semata-mata sebagai nostalgia, tetapi sebagai amanah untuk generasi hari ini meneruskan legasi dengan lebih tersusun, berilmu dan ikhlas dalam berkhidmat kepada masyarakat.




Catatan
U-Wie
Pengarah DSK

18/08/2026

Sertai kami dalam seminar pengubatan islam
26.9.2026
Dewan seri mentaloon

Lokasi seminar terkiniTarikh 26.9.2026Hari sabtuTerbuka
17/08/2026

Lokasi seminar terkini
Tarikh 26.9.2026
Hari sabtu
Terbuka

14/08/2026
03/08/2026

Address

299 Taman
Alor Setar
05250

Opening Hours

Monday 19:29 - 23:00
Thursday 15:00 - 18:00
Saturday 15:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Darussyifa Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Darussyifa Negeri Kedah:

Shortcuts

Share

Category