13/10/2026
“Malaslah kau ni. Benda mudah pun susah nak siap!” 😔
Pernah dengar ayat ni? Atau mungkin kita sendiri pernah cakap pada diri sendiri?
Nak mula kerja susah. Bila dah mula, cepat p**a hilang fokus.
Banyak benda nak buat, tapi satu pun tak siap.
Kadang-kadang sampai tertanya-tanya…
“Kenapa orang lain boleh buat, tapi aku susah sangat?”
Sebenarnya, bukan semua masalah fokus berpunca daripada sikap malas.
Ada individu yang mengalami ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), satu keadaan perkembangan saraf yang boleh mempengaruhi tumpuan, kawalan impuls dan pengurusan aktiviti harian.
Dan ADHD bukan hanya berlaku pada kanak-kanak. Orang dewasa pun boleh mengalaminya.
🧡 Oktober ialah ADHD Awareness Month.
Bulan ini, kita nak ubah cara kita melihat ADHD.
Daripada cepat melabel seseorang sebagai malas, kepada cuba memahami apa yang sebenarnya mereka lalui.
Namun, penting untuk diingat. Bukan semua orang yang susah fokus mempunyai ADHD. Stres, kurang tidur, anxiety dan kemurungan juga boleh menyebabkan masalah tumpuan.
Jika masalah ini berpanjangan dan mula mengganggu kehidupan, penilaian profesional boleh membantu.
💙 Di Poliklinik Pakar Puteri, Alor Setar, kami menyediakan perkhidmatan penilaian kesihatan mental untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.
📲 WhatsApp: 017-582 7515
☎️ Telefon: 04-771 7515
💬 Pernah tak anda dilabel malas, sedangkan anda sebenarnya sedang berusaha sehabis baik?
Jom kongsi pengalaman di ruangan komen. 👇