13/08/2026
⚠️ Udara Jerebu & Kotor? Awas, Penyakit Kronik Boleh Jadi Lebih Teruk!
Musim jerebu dan pencemaran udara bukan sahaja menjejaskan pernafasan, malah boleh membebankan pesakit kronik seperti pesakit jantung, asma/COPD, darah tinggi, diabetes, serta golongan warga emas dan kanak-kanak.
💡 Panduan & Langkah Pencegahan Semasa Jerebu:
Kurangkan aktiviti luar untuk mengelakkan pendedahan langsung kepada udara tercemar.
Pantau bacaan kesihatan secara berkala seperti tekanan darah dan paras gula dalam badan.
Ambil ubat seperti yang diarahkan dan pastikan bekalan ubat anda sentiasa mencukupi.
Jangan berhenti mengambil ubat jantung, darah tinggi, kolesterol atau kencing manis sendiri hanya kerana musim jerebu.
Gunakan pelitup muka yang sesuai apabila perlu keluar rumah.
Tutup tingkap dan pintu jika udara luar berada dalam tahap yang sangat tercemar.
Ikuti bacaan IPU/AQI serta nasihat kesihatan semasa dari semasa ke semasa.
🚨 Tanda Amaran – Dapatkan Rawatan Segera!
Segera dapatkan rawatan di klinik, hospital, atau rujuk ahli farmasi sekiranya anda mengalami gejala membimbangkan berikut:
Sesak nafas teruk atau sakit dada.
Berdebar kuat, pening, atau pengsan
Bibir kebiruan.
"Lindungi Diri, Kawal Penyakit, Hidup Lebih Sihat!"
Kesihatan anda adalah keutamaan kami. Bersama kita cegah, bersama kita sihat!
Dihawakan oleh: Koperasi Farmasi Komuniti Kedah Berhad – Sejahtera Bersama, Berkat Berkekalan.