06/09/2026
📢 PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA PARLIMEN PANDAN! 📢
Acara Sekawan Kancil akan bertandang ke kawasan anda pada hari Sabtu ini, 5 September, bermula jam 3 petang, di lokasi:
📍GAM Hall, Galaxy Ampang.
Tingkat 3, Galaxy Ampang Shopping Centre Mall, Taman Dagang, 68000, Ampang, Selangor.
Ayuh meriahkan acara ini dan bersua secara bersemuka dengan ahli-ahli BERSAMA yang lain, untuk membincangkan gerak kerja, hala tuju politik negara dan perbahasan dasar dan isu-isu berbangkit berlandaskan fakta dan intelek.
Pelbagai aktiviti menarik akan turut dijalankan sepanjang berlangsungnya acara tersebut! Ayuh rakan-rakan, perubahan tidak hanya datang menerusi perbahasan di Parlimen sahaja, malah aktiviti kemasyarakatan juga adalah satu platform penting untuk membina kapasiti komuniti setempat.
Bagi ahli BERSAMA, anda boleh daftarkan kehadiran menerusi Aplikasi Kancil (Google Play), atau melalui komuniti.bersama.org
Sebarkan kepada ahli keluarga, sahabat, jiran-jiran dan semua. Kami nantikan kehadiran anda!