04/05/2026
Semalam Hayy bertanya kepada aku.
"Daddy!
"Boleh tak kita sambut Halloween Day dan apa hukumnya?"
Aku terdiam sejenak mendengar pertanyaan itu.
Di dalam fikiran ku terus terbayang wajah-wajah ngeri dan kostum-kostum seram setiap kali tiba hari perayaan tersebut.
"Kita tak boleh sambut Halloween Day, sebab kita orang Islam."
"Agama Islam tidak membenarkan kita mengikut cara dan kepercayaan agama lain."
"Kalau kita ikut juga,hukumnya haram dan berdosa."
Aku menjawab pertanyaan Hayy dalam nada yang lembut tetapi tegas.
Hayy memandang tepat ke arah wajah ku.
Tiba-tiba dia mengambil buku teks Bahasa Inggeris miliknya, yang berada di atas meja tulis.
Dia membuka muka surat seratus sembilan belas, sambil menunjukkan sesuatu kepada aku.
"Kalau Hayy tak boleh ikut, kenapa di dalam buku sekolah Hayy ada di ajar tentang Halloween?"
"Daddy kata haram.........
"Cikgu yang mengajar tentang Halloween ni pun beragama Islam."
Aku tergumam mendengar kata-kata Hayy.
Mata ku juga turut terpaku sebaik sahaja terlihat tajuk besar yang bertulis HALLOWEEN, beserta gambar-gambar yang berkaitan dengan Halloween di dalam buku teks tersebut.
Otak ku berpusing ligat untuk mencari jawapan yang sesuai dengan persoalan ini.
Aku tak boleh main tembak sahaja dalam memberikan jawapan, kerana soalan yang Hayy ajukan ini sedikit sebanyak berkaitan dengan hukum dalam agama Islam.
Jika aku tersilap cakap, secara tidak langsung aku sudah memberikan ilmu agama yang salah kepada anak ku sendiri.
Aku menarik nafas panjang dan aku hembuskan kembali perlahan-lahan.
"Setakat kita nak belajar tentang Halloween Day tak salah."
"Dalam Islam hukumnya harus,(dibolehkan) jika niat kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan memahami budaya bangsa lain."
"Yang jadi haram dan berdosa, bila kita percaya dan merayakan sekali sambutan Halloween Day tu."
Aku cuba menerangkan kepada Hayy.
Hayy sekadar menganggukkan kepalanya tanda faham.
Kesimp**annya di sini, beginilah agaknya cara kanak-kanak Generasi Alpha berfikir.
Zaman aku dahulu,panjang lebar guru-guru aku mengajar tentang Hari Depavalli,Tahun Baru Cina,Thaipusam,Hari Krismas dan lain-lain perayaan lagi,tidak ada p**a aku terfikir seperti apa yang Hayy fikirkan sekarang ini.
Adakah aku yang tidak cakna atau budak-budak sekarang yang terlebih bijak?
Hahahahaha.
Terima Kasih.
Salam subuh buat semua.