26/07/2026
✨ Alhamdulillah Bengkel Modul Sukarelawan Hospital Mesra Ibadah Siri 2 telah berjaya dilaksanakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan semangat untuk menimba ilmu serta meningkatkan kemahiran dalam pengurusan ibadah pesakit.
Sepanjang dua hari bengkel, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek penting berkaitan peranan sukarelawan hospital, pengurusan ibadah pesakit, simulasi praktikal serta perkongsian pengalaman yang memberi nilai tambah kepada semua yang hadir.
Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dapat dimanfaatkan dalam menyantuni pesakit, waris serta masyarakat dengan lebih berkesan.
Terima kasih juga kepada barisan penganjur, fasilitator, urus setia dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Jumpa lagi di siri akan datang, insya-Allah.
❤️ “Menyantuni Pesakit, Menyebarkan Rahmat.”
PertubuhanSukarelawanHospitalMuslim KhidmatDenganIhsan Seremban NegeriSembilan