27/08/2026
Petang tadi dia menjerit pada anaknya.
Malam itu dia minta maaf pada anak yang tidak faham pun kenapa ibu dia menangis.
Rutin sama setiap hari. Bangun, masak, siapkan anak ke sekolah, selesaikan hal rumah. Tetapi hari itu, entah kenapa, terasa seperti dugaan datang tidak berhenti.
Jalan jem.
Anak mengamuk sebab kereta tidak bergerak.
Dua jam di sekolah, cikgu telefon suruh jemput - mood anak kurang baik, gigit dan pukul kawan.
Waktu itu, dia malu dengan guru.
Bersalah sebab dia rasa dia telah menyusahkan semua orang.
Balik rumah, pinggan bertimbun, baju belum sidai, anak p**a enggan makan hanya sebab nasi hari itu terlembik.
Dan petang tu, satu perkara kecil sahaja, air tertumpah.
Dia menjerit marah.
Bukan sebab air itu.
Tapi sebab dia sudah penat.
Malam itu, selepas semua orang tidur, dia duduk di tepi katil. Tenung wajah anak yang lena. Wajahnya kosong tanpa menunjukkan emosi dalam hati. Dan dalam gelap tu dia fikir satu benda yang dia tidak berani sebut kuat-kuat:
"Anak ini layak dapat ibu yang lebih baik daripada aku. Aku ibu gagal, aku ibu yang tak sempurna, tak mampu nak bagi itu ini."
Ketahuilah,
Rasa bersalah itu bukan bukti ibu gagal.
Itu bukti ibu masih sayang.
Ibu yang gagal tidak menyesal.
Ibu yang tidak peduli tidak akan memikirkan bagaimana hendak bantu anaknya tanpa henti.
Ibu bukannya tidak cukup baik. Ibu cuma penat, dan penat tu bukannya dosa. Bukannya satu kesalahan.
Esok pagi anak akan bangun, dia bukan cari ibu yang sempurna. Dia akan cari ibu dulu. Ibu dia.
—
Kalau ada satu wajah terlintas masa anda baca tadi, hantarkan pada dia. Kadang-kadang seorang ibu tidak perlukan nasihat. Dia tidak perlu diajar apa yang perlu dibuat. Dia cuma perlu tahu dia bukan keseorangan.