Reach Rehab Home Physio

Reach Rehab Home Physio Rawatan fisio berkualiti bermula RM135(*tidak termasuk caj pengangkutan) untuk satu sesi terus ke rumah anda
(4)

Kami menyediakan rawatan fisioterapi untuk sakit strok, sakit lutut, sakit belakang, sakit sendi ,kecederaan sukan yang berkualiti dan sebagainya KE RUMAH ANDA dengan harga yang berpatutan!

01/07/2026

Nak rawat sakit strok ayah tapi susah nak bawa ke hospital?

Jangan susah-susah! Panggil sahaja fisioterapis datang ke rumah dan kami akan buat rawatan di rumah. Senang!

Rawatan dibuat oleh fisioterapis bertauliah dan satu sesi termasuk konsultasi, rawatan dan senaman khusus.

Dapatkan harga diskaun jika anda melanggan pakej (SEHINGGA 20%) (Harga satu sesi biasa rm125)

Hubungi 0145189380
https://wa.link/hmk2fy

Pernahkah anda perasan tangan ahli keluarga yang lebih berusia asyik menggeletar atau pergerakan mereka menjadi semakin ...
25/06/2026

Pernahkah anda perasan tangan ahli keluarga yang lebih berusia asyik menggeletar atau pergerakan mereka menjadi semakin perlahan? Ini mungkin petanda penyakit Parkinson, sejenis gangguan sistem saraf progresif yang menjejaskan bahagian otak yang mengawal pergerakan tubuh badan. Keadaan ini berlaku secara berperingkat apabila sel-sel saraf dalam otak yang menghasilkan dopamin mula menyusut atau mati. Penyakit ini tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya ia berkembang secara perlahan-lahan dari semasa ke semasa, menjadikan aktiviti harian yang dahulunya mudah kini terasa seperti satu cabaran fizikal yang besar bagi pesakit.

Simptom penyakit Parkinson boleh berbeza bagi setiap individu, tetapi tanda-tanda awal biasanya bermula secara halus pada sebelah bahagian badan sebelum merebak. Antara simptom utama yang sering berlaku termasuklah ketaran (tremor) pada tangan atau jari ketika sedang berehat, ketegangan otot yang menyakitkan, dan pergerakan badan menjadi sangat perlahan (bradykinesia). Selain itu, pesakit juga kerap mengalami masalah postur badan yang mula membongkok, kesukaran untuk mengimbangi badan yang meningkatkan risiko untuk jatuh, serta perubahan pada cara bercakap dan tulisan tangan yang menjadi semakin kecil (micrographia).

Walaupun tiada penawar mutlak untuk Parkinson buat masa ini, rawatan sokongan seperti fisioterapi memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembalikan kualiti hidup pesakit. Fisioterapi boleh membantu pesakit Parkinson menguruskan simptom pergerakan mereka melalui senaman fizikal khusus yang direka untuk mengekalkan kekuatan otot, keseimbangan, dan fleksibiliti sendi. Ahli fisioterapi akan membimbing pesakit mempelajari strategi pergerakan yang baru, melatih corak berjalan yang lebih selamat dengan langkah yang lebih panjang, serta mengajar teknik regangan bagi mengurangkan ketegangan otot yang sering membataskan pergerakan harian mereka.

Berhadapan dengan penyakit Parkinson bukanlah satu perjalanan yang mudah, namun dengan sokongan emosi dan intervensi klinikal yang berterusan, pesakit masih boleh menjalani kehidupan yang aktif dan bermakna. Jika anda atau orang tersayang menunjukkan tanda-tanda ini, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan dapatkan rujukan awal untuk memulakan sesi fisioterapi. Sila kongsikan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan supaya kita dapat menyebarkan kesedaran tentang Parkinson dan memastikan mereka yang terkesan tahu bahawa bantuan sentiasa ada untuk membolehkan mereka terus bergerak bebas

25/06/2026

Hari Vitiligo Sedunia yang disambut pada 25 Jun adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk membina kesedaran global tentang vitiligo.

Perubahan warna pada kulit mencipta pelbagai corak pada kulit daripada kehilangan pigmen. Vitiligo sering dipanggil penyakit dan bukannya gangguan dan itu boleh memberi kesan negatif sosial dan psikologi yang ketara kepada pesakit disebabkan oleh banyak salah tanggapan yang masih wujud di sebahagian besar dunia.

Selamat Menyambut Hari Vitiligo Sedunia.

24/06/2026

Darah 🩸 merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta.

🩺 Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah. Sehubungan itu, bekalan darah diperlukan secara berterusan.

Jalankan tanggungjawab sosial anda.

Jom derma darah, selamatkan nyawa‼️

24/06/2026

Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda.

Ia boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Hidangkan makanan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga anda hari ini.

PILIH UNTUK SIHAT.

Ramai pesakit strok dan warga emas menghadapi kesukaran untuk bergerak dengan baik selepas sakit atau selepas lama tidak...
10/03/2026

Ramai pesakit strok dan warga emas menghadapi kesukaran untuk bergerak dengan baik selepas sakit atau selepas lama tidak aktif. Otot boleh menjadi lemah, keseimbangan berkurang dan pergerakan harian seperti berjalan, bangun dari kerusi atau naik tangga menjadi semakin sukar. Jika tidak dirawat dengan betul, keadaan ini boleh meningkatkan risiko jatuh dan mengurangkan kualiti hidup.

Fisioterapi memainkan peranan penting dalam membantu pesakit meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan dan fungsi pergerakan. Dengan latihan yang sesuai dan konsisten, pesakit boleh meningkatkan keupayaan berjalan, bergerak dengan lebih stabil dan menjadi lebih berdikari dalam aktiviti harian. Rawatan awal juga membantu mengelakkan komplikasi seperti kekakuan sendi dan kelemahan otot yang berpanjangan.

Di Reach Rehab Home Physio, kami menyediakan rawatan fisioterapi terus ke rumah untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah berjalan, lemah selepas strok atau sukar bergerak, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih teruk. Dapatkan penilaian awal supaya rawatan yang sesuai boleh dimulakan secepat mungkin. 💪

Jatuh dalam kalangan warga emas adalah antara punca utama kecederaan seperti patah tulang, kecederaan kepala dan kehilan...
06/03/2026

Jatuh dalam kalangan warga emas adalah antara punca utama kecederaan seperti patah tulang, kecederaan kepala dan kehilangan keyakinan untuk berjalan. Ramai yang menganggap jatuh sebagai perkara biasa apabila usia meningkat, tetapi sebenarnya banyak kes jatuh boleh dicegah. Faktor seperti otot kaki yang lemah, masalah keseimbangan, penglihatan yang kurang jelas serta persekitaran rumah yang tidak selamat boleh meningkatkan risiko jatuh.

Antara langkah penting untuk mencegah jatuh ialah melakukan latihan penguatan otot dan latihan keseimbangan secara berkala. Senaman yang sesuai boleh membantu meningkatkan kestabilan badan, kekuatan kaki serta keyakinan untuk bergerak. Selain itu, pastikan rumah lebih selamat dengan mengurangkan halangan di lantai, menggunakan alas lantai yang tidak licin, serta memastikan pencahayaan yang mencukupi terutama pada waktu malam.

Fisioterapi juga memainkan peranan penting dalam membantu warga emas mengurangkan risiko jatuh. Melalui penilaian dan latihan yang sesuai, fisioterapi dapat membantu meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan cara berjalan yang lebih selamat. Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah keseimbangan, mudah hilang stabiliti atau pernah jatuh sebelum ini, dapatkan penilaian awal supaya langkah pencegahan boleh dilakukan lebih awal. 💪

24/02/2026

🤲🏻🕌 Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di mana umat Islam diwajibkan berpuasa bagi melahirkan keinsafan serta menyucikan jiwa dan rohani. Namun begitu, ibadah puasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Ikuti tip yang dikongsikan di bawah untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang menjalankan tugas di tempat kerja pada bulan Ramadan. 🏋️

23/02/2026
Salam Ramadan Al-Mubarak. 🌙✨Semoga kehadiran bulan yang mulia ini membawa sinar keinsafan, ketenangan dan kesejahteraan ...
19/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak. 🌙✨

Semoga kehadiran bulan yang mulia ini membawa sinar keinsafan, ketenangan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Marilah kita bersama-sama menghayati tuntutan Ramadan dengan penuh keikhlasan.

Address

Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60145189380

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Reach Rehab Home Physio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Reach Rehab Home Physio:

Shortcuts

Share