Pusat Kesihatan Universiti UKM

Pusat Kesihatan Universiti UKM Pusat Kesihatan Universiti
Tel : 03 8921 4510/ 3666
www.ukm.edu.my/pusatkesihatan

22/07/2026
[ UPDATE ]Assalamualaikum dan salam sejahtera.Jabatan ENT Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama PKU UKM dan beberapa ra...
23/06/2026

[ UPDATE ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jabatan ENT Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama PKU UKM dan beberapa rakan industri akan mengadakan Program Kesedaran Alahan dan saringan secara percuma kepada semua warga UKM (pelajar dan kakitangan) serta orang awam seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Pusat Kesihatan Universiti, UKM Bangi
Penyertaan : PERCUMA

Pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Dijemput datang beramai-ramai.

Terima kasih

[UPDATE]Notis penutupan perkhidmatan PKU sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA MAAF...
26/05/2026

[UPDATE]

Notis penutupan perkhidmatan PKU sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN

[ UPDATE ]PERLANTIKAN PENGARAH BAHARU & AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BSMMCUKM✍🏻Perlantikan Pengarah baharu dan pengesahan...
16/05/2026

[ UPDATE ]

PERLANTIKAN PENGARAH BAHARU &
AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BSMMCUKM
✍🏻

Perlantikan Pengarah baharu dan pengesahan Ahli Jawatankuasa Tertinggi BSMM secara rasmi telah diadakan di Pusat Kesihatan Universiti UKM pada 12 Mei 2026 lalu.

12 MEI 2026




[ REUPDATE ]  Pemakluman pemanjangan waktu perkhidmatan Pesakit Luar Pusat Kesihatan Universiti sehingga jam 7.00 malam ...
16/05/2026

[ REUPDATE ]

Pemakluman pemanjangan waktu perkhidmatan Pesakit Luar Pusat Kesihatan Universiti sehingga jam 7.00 malam akan bermula pada 1 Oktober 2025.

Perkhidmatan pada jam 5.00 – 7.00 petang yang terlibat adalah:

1. Unit Pesakit Luar bersama 2 orang Pegawai Perubatan.
2. Unit Farmasi.
3. Unit Kecemasan.
4. Unit Xray dan Unit Makmal Perubatan bergantung kepada kecukupan staf.
5. Perkhidmatan terbuka kepada warga UKM sahaja.
6. Sebarang pemeriksaan kesihatan berbayar tidak dibuka.
7. Perkhidmatan ditutup pada cuti umum.
8. Pesakit terakhir diterima pada jam 6.45 petang sebagai persediaan penutupan klinik.

Perkhidmatan Unit Kecemasan PKU kepada pelajar di kolej kediaman dalam dan luar kampus pada jam 8.00 – 10.00 malam bagi kes-kes kecemasan sahaja.

Pelajar hendaklah menghubungi Doktor Oncall bagi kes kecemasan selepas jam 10.00 malam di talian 012 6485541.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada emel Pengarah di [email protected] atau kaunter 03 89214510.

Terima kasih.

[ UPDATE ]LAWATAN KERJA PENGARAH KESATRIA KE PUSAT KESIHATAN UKM 🤝🏻Pusat Kesihatan UKM telah menerima lawatan dari Penga...
16/05/2026

[ UPDATE ]

LAWATAN KERJA PENGARAH KESATRIA KE PUSAT KESIHATAN UKM 🤝🏻

Pusat Kesihatan UKM telah menerima lawatan dari Pengarah Kesatria Leftenan Kolonel Profesor Madya Mohd Jasmy Abd Rahman serta beberapa kakitangan Kesatria ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) pada 29 April 2026 lalu.

Beberapa perbincangan antara dua pihak berkaitan pengurusan.

29 APRIL 2026



[ UPDATE ]Berlangsungnya Majlis Serahan Tugas telah menandakan penyerahan tanggungjawab secara rasmi daripada  mantan Pe...
18/04/2026

[ UPDATE ]

Berlangsungnya Majlis Serahan Tugas telah menandakan penyerahan tanggungjawab secara rasmi daripada mantan Pengarah PKU,Dr Masdalina bt Azhari kepada Pegarah PKU yang baharu,Prof. Madya Dr. Isa Naina bin Mohamed.

Semoga dengan pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki, beliau dapat meneruskan kecemerlangan serta membawa PKU UKM ke tahap yang lebih tinggi.

16 APRIL 2026





BEDAH CPG/CME PKU Bil 1/2026 ✍🏻PKU telah menjemput wakil dari Novo Nordisk Pharma untuk memberikan CME dengan tajuk Ozem...
16/04/2026

BEDAH CPG/CME PKU Bil 1/2026 ✍🏻

PKU telah menjemput wakil dari Novo Nordisk Pharma untuk memberikan CME dengan tajuk Ozempic kepada semua kakitangan PKU pada 15 April 2026.



Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baharu atas pelantikan yang diberikan.Semoga denga...
15/04/2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah yang baharu atas pelantikan yang diberikan.

Semoga dengan kepimpinan yang baharu ini, organisasi akan terus maju, cemerlang dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Kami yakin dengan pengalaman, komitmen serta dedikasi yang dimiliki, Tuan mampu memimpin dengan penuh integriti dan kecemerlangan.

Selamat menjalankan amanah dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Tahniah dan selamat maju jaya! 🌟





Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah atas segala sokong...
15/04/2026

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah atas segala sokongan, bimbingan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang menjalankan tugas sebagai Pengarah Pusat Kesihatan Universiti,UKM.

Segala usaha, kepimpinan dan dedikasi yang ditunjukkan amat kami hargai dan menjadi inspirasi kepada kami semua untuk terus memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan mendapat ganjaran yang setimpal serta terus diberkati.

Terima kasih atas segalanya. 🌟





Address

Jalan Nik Ahmed Kamil
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:45
Tuesday 08:00 - 16:45
Wednesday 08:00 - 16:45
Thursday 08:00 - 16:45
Friday 08:00 - 16:45

Telephone

+60389215087

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan Universiti UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Kesihatan Universiti UKM:

Shortcuts

Share