15/04/2022
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat memandang serius mengenai penjualan produk – produk Kesihatan di Malaysia dan sentiasa memantau produk-produk yang dijual dipasaran. Bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara, semua produk ubat-ubatan sama ada moden atau tradisional WAJIB berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum boleh dijual kepada pengguna. Sebelum didaftarkan produk-produk ini akan diuji dan dinilai bagi memastikan ianya selamat, berkualiti dan berkesan. Ubat berdaftar yang telah diluluskan untuk pasaran akan mempunyai 2 ciri utama iaitu:
a) satu nombor pendaftaran yang khusus bermula dengan MAL diikuti dengan 8 digit nombor dan berakhir dengan kod kategori produk iaitu:
– A untuk ubat terkawal (contoh: ubat antibiotik, ubat darah tinggi)
– X untuk ubat tanpa preskripsi (contoh: ubat demam, minyak angin)
– T untuk ubat tradisional (contoh: jamu, pil herba)
– N untuk suplemen kesihatan (contoh: vitamin)
b) label keselamatan hologram Meditag yang perlu dilekatkan pada bungkusan luar atau label produk.
BBC Herbs keluaran kami
1. Lulus KKM MAL
2. Mempunyai label hologram KKM
3. Lulus HALAL Jakim
sekarang ini, BBC Herbs telah dipasarkan ke lebih 30 farmasi di seluruh Semenanjung Malaysia.