Ceria Mengandung

Ceria Mengandung LIKE sekarang untuk dapatkan lebih banyak tips-tips dan petua ibu mengandung, nutrisi dan vitamin wajib untuk ibu yang ceria dan anak yang sihat

Tips dan petua super best untuk ibu mengandung! Disertakan juga panduan nutrisi dan zat yang wajib untuk ibu mengandung yang segar, ceria dan bayi yang sihat :D

10/08/2023

Tidak pernah terlambat untuk menjadi lebih baik dalam hidup selagi masih bernafas. Salam Jumaat penuh barokah 💕💕

Dalam kitab Tarbiyatul Aulad, dinyatakan bahawa langkah pertama nak mendidik anak adalah memilih pasangan yang baik. Bil...
30/11/2022

Dalam kitab Tarbiyatul Aulad, dinyatakan bahawa langkah pertama nak mendidik anak adalah memilih pasangan yang baik.

Bila dah hamil, sediakan nutrisi yang baik untuk kandungan, yang optimum bukan saja untuk perkembangan janin, malah untuk menyokong kesihatan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Saya dapati ada ibu yg mengalami masalah gigi dan sakit tulang setelah melahirkan. Tahukah anda, jika ibu tak ambil kalsium yg cukup, janin akan ambil kalsium dari tulang ibu. Kesannya adalah ibu mengalami simptom kekurangan kalsium.

Kalsium juga penting untuk mengurangkan risiko darah tinggi, kejang otot, kebas-kebas di tangan & kaki serta membantu mengurangkan komplikasi semasa kelahiran.

Ibu-ibu hamil wajib ambil set Hamil Shaklee. Beribu-ribu ibu lain sudah pun mengalami tempoh kehamilan yang gembira dengan set ini.

Tips Kesihatan: Penjagaan Kehamilan Trimester KetigaSemasa kehamilan telah menginjak ke usia trimester ketiga, di antara...
16/06/2022

Tips Kesihatan: Penjagaan Kehamilan Trimester Ketiga

Semasa kehamilan telah menginjak ke usia trimester ketiga, di antara perkara yang perlu diambilkira oleh ibu-ibu sekalian adalah:

✅ Pemeriksaan Kesihatan
✅ Terus mengambil vitamin pranatal
✅ Kekal aktif kecuali badan terlalu sakit dan bengkak
✅ Buat senaman untuk kuatkan otot pelvik
✅ Makan diet tinggi buah, sayur, protein dan serat
✅ Makan kalori yang cukup (sekitar 300 berbanding biasa)
✅ Minum air kosong dengan lebih banyak
✅ Cuba untuk lebih banyak berjalan dari berehat
✅ Pastikan gigi dan gusi kekal sihat
✅Dapatkan rehat dan tidur dengan cukup

Pengalaman Hamil Dengan Shaklee 😍😍
13/06/2022

Pengalaman Hamil Dengan Shaklee 😍😍

Tips Kesihatan: Kepentingan Pemeriksaan Trimester Kedua💜 Pemeriksaan antenatal adalah penting untuk para ibu mengetahui ...
02/06/2022

Tips Kesihatan: Kepentingan Pemeriksaan Trimester Kedua

💜 Pemeriksaan antenatal adalah penting untuk para ibu mengetahui status tumbesaran anak dalam kandungan.

💜 Ketika lawatan ibu, doktor yang bertugas akan memantau kesihatan ibu dan bayi.

💜 Sewaktu janji temu, ibu akan melalui pemeriksaan rutin untuk mengetahui tumbesaran bayi dan juga untuk melihat pergerakan bayi. Selain itu, anda juga mungkin berpeluang untuk mendengar degup jantung bayi ibu.

💜 Sewaktu pemeriksaan antenatal pada trimester kedua, ibu dan juga doktor ibu akan:

✅ Memeriksa saiz perut.
✅ Memeriksa kenaikan berat badan.
✅ Membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui posisi dan tumbesaran bayi.
✅ Mengira kadar tendangan anak menggunakan carta gerak anak (Fetal kick chart atau fetal movement chart).
✅ Memeriksa kadar degupan jantung bayi.
✅ Pemeriksaan menggunakan Cardiotocography (CTG) – mesin yang akan digunakan untuk memeriksa kesihatan bayi jika bayi didapati tidak membesar dengan baik.

💜 Setelah melakukan semua pemeriksaan ini, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai keadaan semasa bayi dalam kandungan.

💜 Selain itu, inilah masanya untuk bertanya jika ibu mempunyai soalan kepada doktor ibu. Jangan malu bertanya walaupun ibu rasa soalan itu tidak penting ataupun tidak berkaitan dengan kehamilan ibu.

💜 Di antara senarai ujian yang mungkin dijalankan oleh para ibu semasa kandungan trimester kedua adalah:

✅ Ujian Hemoglobin
✅ Ujian Toleransi Glucose
✅ Pemeriksaan Antibodi
✅ Ujian Ultrasound

Tips Kesihatan Semester Pertama: Kepentingan Pemeriksaan Awal DoktorPemeriksaan awal kehamilan sangat penting untuk ibu-...
15/05/2022

Tips Kesihatan Semester Pertama: Kepentingan Pemeriksaan Awal Doktor

Pemeriksaan awal kehamilan sangat penting untuk ibu-ibu berjumpa doktor bagi menjalankan pemeriksaan fizikal penuh bagi memastikan ibu-ibu sihat untuk hamil.

Terdapat beberapa jenis pemeriksaan yang perlu dibuat oleh doktor untuk tujuan itu seperti berat badan, tekanan darah, degupan jantung, ujian darah dan ujian air kencing.

Ujian darah itu bertujuan untuk memeriksa kondisi seperti berikut:

✅ Jenis darah
✅ Status Rh
✅ Anemia
✅ Talasemia
✅ Hepatitis
✅ Sifilis
✅ HIV
✅ HPV
✅ Ujian air kencing p**a bertujuan untuk memeriksa kondisi seperti berikut:

👉Penyakit buah pinggang
👉Jangkitan pundi kencing
👉Tahap gula dan protein
👉Ketika pertemuan ini juga, perbincangan mengenai tips ibu mengandung trimester pertama haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh si ibu.

Berbincanglah tentang gejala, berat badan, makanan, minuman, suplemen, senaman dan pelbagai lagi perkara yang anda perlu tahu ketika ini.

Set Ramadan paling best! Lengkap untuk sahur dan berbuka. Sesuai untuk semua terutama…✅ Ibu hamil & menyusu✅ Pengidap ga...
04/04/2022

Set Ramadan paling best! Lengkap untuk sahur dan berbuka. Sesuai untuk semua terutama…

✅ Ibu hamil & menyusu
✅ Pengidap gastrik
✅ Yang tak nak makan berat
✅ Yang follow program diet
✅ Yang ada masalah kulit
✅ Yang s**a menu simple, mudah tapi berkhasiat

Set ni membekalkan nutrien yg mencukupi untuk keperluan harian, serta beri tenaga yang berpanjangan semasa berpuasa.

Ibu-ibu yang sedang hamil dan menyus**an anak wajib grab ni!

Salam Ramadan penuh barokah. Semoga Ramadan kali ini menjadi titik tolak untuk kita memperbaiki diri dan menjadi lebih b...
03/04/2022

Salam Ramadan penuh barokah.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik tolak untuk kita memperbaiki diri dan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Semoga ibu-ibu yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan kehamilan, dikurniakan kesihatan yang baik dan tenang ceria sentiasa.

Semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik, dipermudahkan segala urusan, dimakbulkan segala hajat dan dikurniakan segala kebaikan dunia akhirat.

🍒 3 Nutrisi Penting Untuk Perkembangan Otak Bayi Dalam Rahim Setiap saat dalam rahim adalah berharga. Baru-baru ini kand...
16/03/2022

🍒 3 Nutrisi Penting Untuk Perkembangan Otak Bayi Dalam Rahim

Setiap saat dalam rahim adalah berharga. Baru-baru ini kandungan adik kenalan saya mula terbuka 2 cm pada usia 34 minggu.

Gynae minta sabar dan tunggu sahaja bila baby nak keluar. Jangan paksa.

Beliau nyatakan yang setiap saat dalam rahim ibu, ada perkembangan baru pada baby.

Oleh itu penting sangat untuk pastikan pemakanan yang baik semasa mengandung untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat dan sempurna.

Hari ini saya nak kongsikan 3 nutrisi penting untuk perkembangan otak bayi semasa ibu hamil.

🧣1 : Zat Besi

Zat besi berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam darah ke bahagian organ-organ yang lain.

Oksigen ini penting sebab cuba bayangkan kita tak cukup nafas, kita akan tercungap-cungap dan lemas, betul kan?

Kalau organ tak cukup oksigen, ia tak dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga lah dengan otak bayi. Ia memerlukan oksigen yang diangkut oleh Zat Besi.

Oleh itu jangan culas untuk amalkan makanan kaya Zat Besi seperti sayur-sayuran, dan kekacang.

Seeloknya tambahkan juga dengan supplement Zat Besi. Yang semulajadi lah adalah pilihan terbaik.

🧣2 : Protein

Setiap sel dalam badan manusia terbentuk dari protein. Protein penting untuk membentuk sel yang sihat dan kuat.

Sel ini kemudian membentuk tisu dan organ yang akan berfungsi untuk kehidupan kita. Kalau sel sihat dan kuat, insya-Allah organ pun sihat dan kuat.

Sel-sel dalam otak bayi juga memerlukan protein yang banyak supaya ianya terbentuk dengan sempurna.

Protein boleh didapati dari makanan seperti ayam, ikan dan kacang soya.

🧣3 : Omega-3

Bahagian dalam otak manusia terdiri dari asid lemak sihat iaitu Omega-3

Bayangkan kalau bahan binaan otak ini tak cukup, ia umpama buat rumah tapi tak cukup sempurna.

Banyakkan makanan kaya Omega 3 seperti ikan salmon dan kekacang.

Dapatkan juga makanan tambahan (supplement) dari Gynae anda untuk pastikan bayi anda betul-betul dapat nutrisi-nutrisi di atas dengan cukup.

P.s : Anda juga boleh dapatkan supplement Vitamin Ibu Mengandung jenama Shaklee (Gynae approved, clinical tested & proven, semulajadi) dari saya :

Naimah Wahab
www.myliferia.my
https://bit.ly/TanyaKIM

Penjagaan Ketika Hamil Trimester Pertama✅Penjagaan ketika kehamilan trimester pertama sangat penting dan perlu diuruskan...
05/03/2022

Penjagaan Ketika Hamil Trimester Pertama

✅Penjagaan ketika kehamilan trimester pertama sangat penting dan perlu diuruskan dengan baik untuk mengelakkan sebarang kemungkinan risiko keguguran.

✅ Di peringkat ini, kesihatan fizikal dan mental bayi yang bakal lahir dipengaruhi oleh penjagaan prakehamilan dan kehamilan trimester pertama.

✅Wanita hamil perlu sentiasa:
💜 mendapatkan nasihat doktor
💜 menjaga pemakanan
💜 mengamalkan gaya hidup sihat
💜 mengikut panduan kehamilan dari doktor dan pembacaan sumber sahih.

✅ Wanita hamil perlu mengambil berat penjagaan awal kehamilan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

Semoga ibu-ibu dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat dan ceria sepanjang kehamilan😍😍

Admin Ceria Mengandung 💕💕

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua ibu anggun sekalian.Boleh saya nak minta pandangan.Apa topik kehamilan yang i...
21/02/2022

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua ibu anggun sekalian.

Boleh saya nak minta pandangan.

Apa topik kehamilan yang ibu sekalian ingin tahu?

Contoh:

✅ GDM
✅ HB Rendah
✅ Pemakanan
✅ Senaman
✅ Tips Kawal Berat Badan
✅ Tips Hilangkan Lenguh Badan

Atau sebarang cadangan lain?

Jom kongsikan. Semoga page ni bawa manfaat buat semua ibu hamil yang ada😍😍

Terima kasih ❤️❤️

Address

Bangi Avenue
Bangi
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ceria Mengandung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Ceria Mengandung:

Shortcuts

Share