We-Care Clinic Awani Bangi

We-Care Clinic Awani Bangi Kepakaran kami :
1. Advanced Circumcision & Repair.
2. Knee Injection.
3. Laser Skin Tag/Corn.
4. Ingrown toenail.
5. Advanced Wound Care
6. Gouty Tophi
7.

Cyst/Lipoma Surgery.
8. Ear Wax Cleaning.
10. Men's Health.
11. Mounjaro
12. Haemorrhoids Surgery

26/07/2026

"Doktor... ketuat ni kecil je, laser je kan?"

Saya pun senyum.

Kalau ketuat tu dekat tangan atau lengan, saya tak risau sangat.

Tapi bila dia tunjuk...

"Tapi Doktor, dekat atas jari... atas kuku."

๐Ÿ˜… Haa... yang ni lain cerita.

Ramai tak tahu, ketuat di jari ni adalah antara yang paling "berdebar" nak buat.

Bukan sebab ketuat dia besar, tapi sebab kawasan jari ni penuh dengan salur darah dan saraf yang sangat rapat.

Lagi-lagi kalau ketuat tu dah duduk betul-betul atas kuku.

Silap sikit, boleh terkena nail bed p**a.

Nanti kuku p**a yang jadi mangsa.

Sebab tu saya memang ambil masa sikit untuk tengok kedudukan dia betul-betul.

Dalam kepala ni dah jadi macam battle.

Nak buang habis, tapi dalam masa yang sama kena jaga tisu yang sihat, jangan berkawah terlampau dalam, nanti luka susah nak tutup.

Alhamdulillah... Allah permudahkan.

laser dibuat dengan penuh cermat agar yang dibuang sampai ke akar adalah tisu ketuat saja dan bukannya tisu yang sihat.

Tak sampai beberapa minit, selesai.

Tak perlu jahit.

Tak berdarah banyak.

Dan yang paling best, pesakit terus cakap...

"Eh doktor... dah siap ke? ingatkan lama lagi. Tak sakit pun."

Itulah yang paling seronok nak dengar.

Kepuasan tak tergambar dengan kata-kata..

Di We-Care Clinic Awani Bangi, setiap prosedur mungkin nampak mudah pada mata pesakit. Tapi di sebalik beberapa minit itu, ada perancangan, ketelitian dan doa supaya semuanya berjalan lancar.

Cost p**a, Allahu mampu milik sangat... adik ni masih belajar di Ting. 4..

kakaknya yang datang dan bayarkan untuk adik nya..

kami charge RM 120 ke RM 150 saja, untuk laser satu ketuat..

Takpe biar kami rugi sikit, yang penting bagi mana-mana klinik seperti kami adalah..

' How to serve the community'..

Komuniti Bangi, Pekan Bangi, Bandar Baru Bangi, Bangi Avenue, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Adelia, Alam Sari, Serene Heights, Residensi Sg Purun, Semenyih, Eco Hill, Kajang..

Kampung Sg Ramal Dalam, Rinching, Rinching Hilir, Batu 3, Batu 5, Sg Kembong dan lain-lain di sekitarnya adalah di bawah komuniti kami di We-Care..

Kalau anda datang ke We-Care Awani Bangi, beritahu kami anda datang dari sini atau di kawasan sekitarnya..

InsyaAllah, kami bagi special discount untuk anda semua..

Kerana di We Care, Finally Somebody Cares.



22/07/2026

๐Ÿ‘‚ "Anak takut doktor? Tunggu dulu... jangan paksa."

Ramai ibu ayah ingat cuci tahi telinga mesti sakit. Sebab tu bila dengar nak jumpa doktor, si kecil terus menangis, peluk mak ayah kuat-kuat. ๐Ÿฅบ

Di We-Care Clinic Awani Bangi, kami percaya pengalaman anak di klinik itu penting. Kami tak terus mulakan prosedur.

๐ŸŽฌ Kami buka kartun atau cerita kegemaran mereka.
๐Ÿค Mak atau ayah boleh duduk menemani sepanjang rawatan.
๐Ÿ’™ Kami bercakap dengan lembut, beri masa anak bertenang, dan hanya mulakan apabila mereka bersedia.

Alhamdulillah, adik berusia 3 tahun ini membuktikan yang rawatan tak semestinya menakutkan.

Dengan sedikit pujukan, suasana yang tenang, dan sokongan ibu ayah, prosedur cuci telinga selesai dengan cepat.

Berani sungguh adik ni! ๐Ÿ‘๐Ÿฅฐ

Kalau anak selalu:
๐Ÿ‘‚ Mengorek telinga
๐Ÿ‘‚ Mengadu telinga tersumbat
๐Ÿ‘‚ Kurang memberi respon apabila dipanggil
๐Ÿ‘‚ Kerap rasa tidak selesa pada telinga

Jangan terus cuba mengorek sendiri di rumah. Datanglah untuk pemeriksaan. Kami akan berusaha memastikan pengalaman anak anda senyaman yang mungkin.

Call/Whatapps - 0103363400
https://wa.me/60103363400

๐Ÿ’™ We-Care Clinic Awani Bangi
"We Care, Finally Somebody Cares."

20/07/2026

Bila staff We-Care Clinic Awani Bangi ajak buat content Trend Siapa Di Hatimu..

Aishh..Nyaris tak buka silat je tadi..

Korang ade tak staff yang happening macam ni?


17/07/2026

"Doktor... luka saya ni dah berbulan-bulan. Agaknya boleh sembuh lagi ke?"

Soalan ni saya dengar hampir setiap minggu.

Dan setiap kali saya dengar, saya tahu... yang mereka bukan sekadar risau tentang luka.

Mereka penat.

Penat ulang-alik ke klinik.

Penat mencuba pelbagai ubat.

Penat bila orang sekeliling cakap, "Biasalah diabetes..."

Tapi saya selalu percaya...

Selagi masih ada tisu yang hidup, selagi masih ada aliran darah yang mencukupi, selagi kita rawat dengan kaedah yang betul... masih ada harapan.

Sebab itulah saya s**a wound care.

Bila orang lain nampak "luka", saya nampak peluang untuk membantu seseorang berjalan semula, kembali bekerja, bermain dengan anak-anak, atau sekadar memakai kasut tanpa rasa sakit.

Saat dressing dibuka dan luka itu semakin kecil daripada minggu sebelumnya... perasaan itu memang susah nak digambarkan.

Itulah sebabnya saya jatuh cinta dengan bidang wound care.

Bukan sebab saya s**a tengok luka.

Tetapi sebab saya s**a melihat kehidupan seseorang berubah apabila luka itu akhirnya sembuh.

โค๏ธ Kerana setiap luka ada harapan. Jangan putus asa.



Call/Whatapps - 0103363400
https://wa.me/60103363400
website:
https://www.wecareclinicbangi.my/

LOCATION:

๐Ÿ“We-Care Clinic Awani Bangi
Use Waze to drive to We-care Clinic Awani Bangi, 29-G Jalan Awani Bangi 1/1, Kajang, Selangor: https://waze.com/ul/hw282kpc1p

16/07/2026

Alhamdulillah selesai pun complicated ear wax removal tadi..

16/07/2026

๐Ÿ“– Sharing satu kes yang buat kami sendiri rasa sebak hari ni...

Pagi tadi datang seorang akak, umur dalam 40-an.

Bila masuk bilik rawatan, perkara pertama yang dia cakap...

ยซ"Doktor... saya dah 2 bulan tak dengar sangat telinga ni."ยป

Semuanya bermula selepas dia demam panas lebih kurang 2 bulan lepas. Sejak tu, pendengaran makin lama makin kurang, sampai rasa tak selesa setiap hari.

Macam kebanyakan orang, dia ingat cuma ada tahi telinga.

Jadi dia pun cuba bersihkan sendiri guna cotton bud.

Malangnya... lagi dikorek, lagi teruk.

Akak ni berniaga buah berhampiran UKM Bangi. Nak tutup gerai lama-lama memang susah. Medical card pun tak ada untuk terus jumpa pakar ENT.

Jadi dia buat appointment dengan kami, dengan harapan kalau betul cuma earwax, bolehlah keluarkan.

Bila kami periksa...

Barulah nampak kenapa kes ni bukan mudah.

Rupanya akak ni ada Microtia Grade 1 dengan saluran telinga yang sangat sempit (narrow external auditory canal).

Kecil sangat...

Nak masukkan kamera kecil pun kena perlahan-lahan.

Tak hairanlah earwax dia mudah sangat tersangkut dan berkumpul.

Yang lebih mencabar, keseluruhan saluran telinga dah 100% tersumbat, sampai earwax melekat di atas gegendang telinga.

Memang tak boleh terus tarik keluar sekali.

Terpaksa buat sikit demi sikit...

Guna baby ear suction.

Syringe beberapa kali.

Kemudian ear hook.

Sikit demi sikit...

Bahagian demi bahagian...

Hampir 30 minit juga ambil masa.

Bila ketulan terakhir berjaya keluar...

Akak tu terus diam sekejap.

Lepas tu dia senyum.

"Ya Allah doktor... saya boleh dengar dah..."

Lepas beberapa saat dia cakap lagi...

ยซ"Rasa macam nak menangis..."ยป

Jujur...

Moment macam ni yang buat kami rasa kerja kami sangat bermakna.

Kadang-kadang bagi orang lain, "cuma buang tahi telinga."

Tapi untuk pesakit, ia mungkin bermaksud dapat mendengar semula suara anak, pelanggan, atau orang tersayang.

โค๏ธ Alhamdulillah. Syukur semuanya dipermudahkan.

Sedikit pesanan...

Kalau rasa telinga tersumbat, elakkan mengorek menggunakan cotton bud. Selalunya ia akan menolak earwax lebih dalam, terutama kalau saluran telinga memang sempit.

Kalau tak pasti, biar kami periksa dulu. Kadang-kadang rawatan yang nampak mudah sebenarnya perlukan teknik dan peralatan yang betul.

We-Care Awani Bangi
We Care, finally somebody cares. ๐Ÿค

14/07/2026



๐Ÿชณ๐Ÿชฐ๐Ÿ•ท๏ธ Serangga masuk dalam telinga? Jangan panik!

Rasa berdengung?
Sakit?
Tak selesa?

Jangan cuba keluarkan sendiri menggunakan cotton bud atau pinset kerana ia boleh menolak serangga lebih dalam.

Di We-Care Awani Bangi, kami menyediakan perkhidmatan:
โœ… Pemeriksaan telinga
โœ… Mematikan serangga dengan kaedah yang selamat
โœ… Mengeluarkan serangga menggunakan teknik dan peralatan yang sesuai
โœ… Pemeriksaan semula bagi memastikan tiada kecederaan pada saluran telinga

๐Ÿšถ Nak walk-in atau appointment pun boleh!

๐Ÿ“ž Call / WhatsApp: 010-336 3400

๐Ÿ“ We-Care Awani Bangi
๐Ÿ’™ We Care, finally somebody cares.

13/07/2026
13/07/2026

โš ๏ธ Luka dah berminggu-minggu masih tak sembuh?
Jangan sekadar cuci dan balut tanpa mengetahui puncanya.

๐Ÿฉน Setiap luka memerlukan penilaian doktor untuk menentukan rawatan dan jenis dressing yang sesuai mengikut keadaannya.
Jangan tunggu sehingga luka menjadi semakin serius. Dapatkan pemeriksaan awal.
๐Ÿ’ฌ WhatsApp kami untuk maklumat lanjut atau temu janji.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut, We-Care Clinic
Desa Melawati 0341473000 / 0108904300
Ukay Boulevard 0341623000 / 0176905300
Awani Bangi 0342652500 / 0103363400

https://wa.me/60103363400
website:
https://www.wecareclinicbangi.my/

Address

We-Care Clinic Awani Bangi, 29-G, Jalan Awani Bangi 1/1, Taman Awani Bangi
Bangi
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60102747420

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when We-Care Clinic Awani Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to We-Care Clinic Awani Bangi:

Shortcuts

Share

Category