Kolej Komuniti Kuala Langat (Official)

Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) Kenali Kolej Komuniti Kuala Langat
https://youtu.be/ch1Zbb3EdjQ?si=H_AJm38zvIzgGMi6 Pada Disember 2003 KKKL berpindah ke kampus induk di Bandar Jugra.
(2)

Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting, Jalan Persiaran Majlis, Banting pada 1 April 2003 dan dijadualkan masuk ke kampus induk yang sedang dalam pembinaan pada Disember 2003 di Bandar Jugra. Seramai 50 orang pelajar rintis telah memulakan pengajian di Kampus sementara ini pada 17 Jun 2003. Kemudian pada tahun 2008, KKKL mempunyai satu cawangan di Klang dan pada tahun 2009, cawangan Shah Alam telah dibuka.

03/08/2026

๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—š๐—› ๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” !




๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—š๐—› ๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” !PUTRAJAYA, 3 Ogos 2026 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Pertandingan K...
03/08/2026

๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—š๐—› ๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” !

PUTRAJAYA, 3 Ogos 2026 - Majlis Perasmian dan Pembukaan Pertandingan Kemahiran POLYCCSkills 2026 - Bidang High Rope telah berlangsung dengan jayanya di Wetland Glamping Putrajaya, menandakan bermulanya pertandingan yang menghimpunkan bakat terbaik daripada Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia dalam bidang kemahiran High Rope.

Majlis telah disempurnakan melalui ucapan aluan dan perasmian oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat, En. Mohd Asyraf bin Md Sum, yang turut menyampaikan kata-kata semangat kepada semua peserta, jurulatih dan urus setia agar sentiasa mengutamakan profesionalisme, semangat kesukanan serta aspek keselamatan sepanjang pertandingan berlangsung.

Antara pengisian utama program termasuk:
โœ… Taklimat Keselamatan oleh En. Azpul Rizal bin Mat Rahim daripada Glow Glamping Wetland Putrayaja.
โœ… Taklimat Teknikal pertandingan oleh Ketua Jurulatih, En. Mohd Shafiee bin Hassan dari Kolej Komuniti Sungai Siput.
โœ… Lawatan tapak pertandingan bagi memberi pendedahan kepada peserta dan jurulatih terhadap laluan serta prosedur operasi pertandingan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
๐Ÿ”น En. Mohd Asyraf bin Md Sum
Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat
๐Ÿ”น Ts. Kaslia binti Kasiran
Timbalan Pengarah Akademik
Kolej Komuniti Kuala Langat
๐Ÿ”น En. Mohd Nasarudin bin Mustapha
Timbalan Pengarah Pengurusan
Kolej Komuniti Kuala Langat
๐Ÿ”น En. Muhamad Hatta bin Ibrahim
Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput
๐Ÿ”น En. Mohamad Fared bin Mohd Arshad Timbalan Pengarah Pengurusan
Kolej Komuniti Sungai Siput
๐Ÿ”นEn Nor Hazri Helmy bin Nor Rashid
Timbalan Pengarah Akademik
Kolej Komuniti Sungai Siput
๐Ÿ”น En. Khirun bin Md Shah
Timbalan Pengarah
Unit Perkhidmatan UPN BK
๐Ÿ”น Ts Shafri bin Saad
Penolong Pengarah
Unit Kejututeraan Mekanikal UKM BK

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh pengelola, jawatankuasa pelaksana dan urus setia Bidang High Rope dari program Sijil Pengembaran Pelancongan Kolej Komuniti Kuala Langat atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang cemerlang dalam memastikan majlis pembukaan ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga POLYCCSkills 2026 โ€“ Bidang High Rope menjadi platform terbaik dalam melahirkan peserta yang kompeten, berdaya saing serta mengangkat kecemerlangan TVET ke peringkat yang lebih tinggi.





๐ŸŒŸ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ด๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฉ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐˜€๐—ถ!๐ŸŒŸSeluruh warga Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan S...
03/08/2026

๐ŸŒŸ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ด๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฉ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐˜€๐—ถ!๐ŸŒŸ

Seluruh warga Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pegawai yang akan menjalani Validasi DH12, DH13 dan DH14.

Semoga proses validasi ini dipermudahkan, berjalan lancar serta membuahkan kejayaan yang cemerlang. Yakinlah bahawa segala usaha, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan profesional serta peningkatan kualiti pendidikan.

Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej.

Selamat Maju Jaya & Semoga Beroleh Kejayaan! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›




๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—– ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—›๐—จ๐—ง ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ฉ๐—ข๐—œ๐—–๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!BANGI, 1 Ogos 2026 - Tahniah dan syabas diucapkan ke...
02/08/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—– ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—›๐—จ๐—ง ๐—–๐—”๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—•๐—”๐—ง๐—ง๐—Ÿ๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—ฉ๐—ข๐—œ๐—–๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!

BANGI, 1 Ogos 2026 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada Duo Langat Majestic dari Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) menyahut cabaran menyertai pertandingan terbuka Battle of The Voice sempena Festival Impak Keusahawanan Sosial (FIKS) 1.0 anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Walaupun berdepan persaingan sengit daripada peserta-peserta hebat dari pelbagai lapisan umur dan pengalaman, Duo Langat Majestic berjaya memberikan persembahan yang membanggakan dan membawa pulang Hadiah Saguhati.

Peserta:
๐ŸŽค Saudara Ahmad Rizarofiq bin Rosdie
Pelajar Semester 1, Program Sijil Teknologi Elektrik

๐ŸŽค Saudari Atikah Najwa binti Mohamad
Pelajar Semester 1, Program Sijil Teknologi Maklumat

Pengurus Pasukan:
Pn. Syamimah Salmi binti A. Wahab

Penyertaan ini membuktikan bahawa pelajar KKKL bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah berani menyerlahkan bakat di pentas yang lebih besar. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus mengorak langkah dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah Duo Langat Majestic! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama KKKL.




02/08/2026

๐—–๐—ข๐—จ๐—ก๐—ง๐——๐—ข๐—ช๐—ก ๐Ÿญ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ!
๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—›๐—œ๐—š๐—› ๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—˜

Hanya tinggal 1 hari lagi!
Debaran semakin terasa, semangat semakin membara!

Esok bakal menjadi pentas buat peserta terbaik POLYCC seluruh Malaysia mempamerkan kemahiran, ketangkasan, keberanian dan profesionalisme dalam Bidang High Rope.

Setiap langkah di udara bukan sekadar menguji kekuatan fizikal, malah mengukur ketelitian, fokus, disiplin serta kecekapan mengendalikan cabaran pada standard industri.

Ayuh bersama-sama kita memberikan sokongan dan mendoakan agar pertandingan ini berjalan lancar serta melahirkan bakat TVET yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Semoga berjaya kepada semua peserta, jurulatih dan urus setia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก & ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐——๐—œ ๐—”๐—˜๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ!NILAI , 1 Ogos 2026 - Suasana penuh ceria dan meriah mewarnai...
02/08/2026

๐—ž๐—ฅ๐—˜๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ง๐—œ, ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก & ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—จ ๐——๐—œ ๐—”๐—˜๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ!

NILAI , 1 Ogos 2026 - Suasana penuh ceria dan meriah mewarnai Reruai Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) di AEON Mall Nilai apabila para pengunjung daripada pelbagai peringkat umur mengambil peluang menyertai aktiviti DIY Keychain yang kreatif dan menyeronokkan.

Kanak-kanak, remaja mahupun ibu bapa semuanya seronok berkarya, mencorakkan kreativiti masing-masing dan menghasilkan keychain yang unik untuk dibawa pulang sebagai kenangan istimewa. Gelak tawa dan keterujaan jelas terpancar apabila setiap hasil seni berjaya disiapkan mengikut imaginasi sendiri.

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman โ€œhands-onโ€ yang menyeronokkan, malah menjadi platform memperkenalkan program pengajian TVET Kolej Komuniti Kuala Langat kepada masyarakat serta menyemarakkan semangat keusahawanan pelajar melalui aktiviti yang interaktif dan dekat dengan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pegawai dan pelajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ini:

Pegawai :
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Ts. Rozi Roslinda binti Abu Hassan
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Pn. Bazillah binti Khamis

Pelajar SKE1A
๐ŸŽ“ Muhamad Aqeel Ameeruddin bin Muhamad
Izuddin
๐ŸŽ“ Muhammad Danial Faris bin Shahrulnizam
๐ŸŽ“ Muhammad Ezraf Afzal bin Esamsul

Komitmen, semangat dan kerjasama yang diberikan telah memastikan aktiviti ini berlangsung dengan lancar serta memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada setiap pengunjung yang hadir.

Terima kasih juga kepada semua pengunjung yang telah singgah, menyokong dan bersama-sama memeriahkan reruai Kolej Komuniti Kuala Langat. Semoga pengalaman berkarya ini menjadi kenangan yang bermakna serta membuka peluang untuk mengenali dunia TVET dengan lebih dekat.




๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐—— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ ๐——๐—ข๐—ข๐——๐—Ÿ๐—˜ & ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSETIA ALAM, 1 Ogos - Tahniah diucapkan kepada lima pelajar Pr...
02/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐—ก๐—œ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐—— ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐——๐—œ ๐——๐—ข๐—ข๐——๐—Ÿ๐—˜ & ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐——๐—”๐—ฌ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SETIA ALAM, 1 Ogos - Tahniah diucapkan kepada lima pelajar Program Sijil Animasi 2D, Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) yang telah terpilih mewakili institusi dalam Kategori Pertandingan Doodle sempena Unity Doodle & Art Day 2026 di Sunsuria Mall , Setia Alam.

Penyertaan ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform untuk para pelajar mempamerkan bakat, kreativiti dan kemahiran dalam seni doodle, di samping menyemarakkan semangat perpaduan melalui penghasilan karya visual bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Wakil Kolej Komuniti Kuala Langat:
โœจNurhayati Nabela Binti Azeman SDD 3A
โœจSiti Nur Syuhada Binti Idris SDD 3A
โœจShazrin Rania Binti Muhammad Rashidi SDD
2
โœจ Rabiha Binti Razali SDD2
โœจ Ummul Farihah Binti Hasliman SDD 2

Program ini telah menghimpunkan pelukis-pelukis berbakat dari pelbagai latar belakang bagi meraikan kreativiti melalui tema "Melakar Perpaduan, Mewarna Malaysia."

Kesemua lima peserta telah berjaya menerima hadiah saguhati sebanyak RM100 berserta baucar bernilai RM30 sebagai penghargaan atas usaha dan karya yang dihasilkan. Semoga pencapaian dan penyertaan ini menjadi pengalaman yang bermakna buat para pelajar dalam mengembangkan potensi diri, membina keyakinan serta mengharumkan nama Kolej Komuniti Kuala Langat.




๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒDetik yang dinanti akhirnya tiba! Tahniah kepada semua graduan Ko...
01/08/2026

๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ
๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—ข๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Detik yang dinanti akhirnya tiba!

Tahniah kepada semua graduan Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS) yang bakal diraikan dalam Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Tengah 2026.

Bagi memastikan urusan konvokesyen berjalan lancar, semua graduan dimohon untuk membaca dan mematuhi setiap panduan yang tertera pada poster ini.

๐Ÿ“Œ Tarikh-tarikh penting:
๐ŸŽ“ 29 September 2026 (Selasa)
๐Ÿ“ Raptai Penuh, Pendaftaran & Pengambilan Jubah
๐Ÿ› Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

๐ŸŽ“ 30 September 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ Majlis Konvokesyen POLYCC Zon Tengah 2026
๐Ÿ› Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

โš ๏ธ Perkara yang perlu diselesaikan sebelum 27 Ogos 2026:
โœ… Bayaran Yuran Konvokesyen (iPayment)
โœ… Bayaran Yuran Alumni KKKL
โœ… Pengesahan Kehadiran & Muat Naik Resit Pembayaran melalui Sistem e-Konvo POLYCC

Sila rujuk poster untuk maklumat lengkap berkaitan kadar bayaran, prosedur, dokumen yang diperlukan serta jadual pelaksanaan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan tahniah sekali lagi atas kejayaan menamatkan pengajian. Semoga majlis konvokesyen ini menjadi kenangan terindah dalam meraikan hasil usaha dan dedikasi anda.

Jumpa di pentas konvokesyen!




31/07/2026

2 ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ untuk ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Masa terus berdetik dan detik penentuan semakin hampir!

Kurang daripada 2 hari sahaja lagi sebelum para peserta membuktikan kemampuan mereka dalam pertandingan yang menghimpunkan bakat, inovasi dan kemahiran terbaik.

๐Ÿ”ฅ Persiapan semakin rapi.
๐Ÿ† Persaingan semakin sengit.
โœจ Kejayaan menanti mereka yang berani menyahut cabaran.
Jumpa anda di ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚๐’๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!




๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—ž๐—ž๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—กBANTING, 20 Julai 2026 - Seramai 22 orang wa...
31/07/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—ž๐—ž๐—ž๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐— ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก

BANTING, 20 Julai 2026 - Seramai 22 orang wakil kepimpinan pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) telah dijemput hadir bagi menyertai Program Insurelit For Youth, anjuran Sun Life Malaysia dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang berlangsung di Politeknik Banting Selangor (PBS).

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Noor Azam bin Mohd Yusof, selaku Chief Executive Officer (CEO) Sun Life Malaysia Takaful. Turut hadir memeriahkan program beliau bersama para peserta dalam usaha memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan belia.

Penyertaan KKKL melibatkan 12 orang Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan 10 orang Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS) yang berpeluang mengikuti pelbagai perkongsian berkaitan pengurusan kewangan, kepentingan perlindungan kewangan serta amalan berbelanja secara berhemah.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan pelajar agar mereka lebih bijak mengurus kewangan, mengelakkan pembaziran serta membuat perancangan kewangan yang lebih sistematik demi kesejahteraan masa hadapan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta serta menjadi pemangkin dalam melahirkan generasi pelajar yang celik kewangan, berfikiran matang dan bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan peribadi.




Address

Jalan Sultan Suleiman Shah
Banting
42700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

0331202030

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share