26/09/2024
29.2 peratus atau satu daripada tiga individu dewasa di Malaysia, terjejas akibat tekanan darah tinggi.
Manakala, 11.9 peratus TIDAK TAHU bahawa mereka menghidap penyakit itu, dengan kebanyakkannya berusia antara 18 - 39 tahun.
Ini adalah trend terkini hipertensi atau tekanan darah tinggi yang semakin membimbangkan kerana ia juga dihidapi oleh rakyat malaysia yang berusia bawah 40 tahun.
Kecenderungan genetik, faktor gaya hidup dan tabiat pemakanan adalah antara faktor utama trend yang membimbangkan ini.
Jika anda mempunyai gejala termasuk sakit kepala, pening, sesak nafas, sakit dada dan hidung berdarah, segera dapatkan pemeriksaan tekanan darah di klinik.
Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi hipertensi perlu memantau tekanan darah dengan kerap di rumah. Pengesanan awal adalah penting untuk mengurus keadaan dengan berkesan dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius seperti serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan kehilangan penglihatan.
Walk-in atau buat temujanji di Klinik Zain untuk pemeriksaan tekanan darah. Whatapp Klinik Zain di 03-6120 1768