Klinik Pergigian Dr DNoor

Klinik Pergigian Dr DNoor Klinik Pergigian Dr DNoor di Taman Pinggiran, Batu Caves. Kami panel PM Care, ASP dan e-MAS.

LUBANG KECIL PUNYA PASAL ๐Ÿ˜ญPernah tak terfikir, kenapa doktor gigi selalu bising suruh tampal gigi walaupun lubang tu kec...
15/06/2026

LUBANG KECIL PUNYA PASAL ๐Ÿ˜ญ

Pernah tak terfikir, kenapa doktor gigi selalu bising suruh tampal gigi walaupun lubang tu kecil dan tak rasa sakit langsung?

Sebab gigi berlubang ni dia takkan baik sendiri. Kalau dibiarkan, ini fasa seterusnya yang akan berlaku:

1๏ธโƒฃ Fasa Enamel Sahaja: Lubang kecil, biasa tak sakit. Waktu ni kos tampal paling LOW & JIMAT!

2๏ธโƒฃ Fasa Dentin: Dah masuk lapisan dalam. Mula rasa ngilu bila minum sejuk atau makan manis.

3๏ธโƒฃ Fasa Saraf: Bakteria dah sampai ke saraf gigi. Sakit berdenyut sampai tak boleh tidur malam! โŒ๐Ÿ˜ด

4๏ธโƒฃ Fasa Komplikasi: Gigi dah pecah besar atau bernanah.

Fasa 3 & 4 ni dah tak boleh tampal biasa. Kena buat Rawatan Akar (RCT) atau terpaksa cabut dan buat gigi palsu atau implant yang menelan kos beribu ringgit!

Jangan tunggu sakit baru nak cari klinik gigi. Tampal awal sebelum melarat! ๐Ÿ˜‰

Jom check gigi anda minggu ni?
Call kami untuk semak slot kosong atau terus set appointment

[ SAKIT BAHAGIAN BELAKANG RAHANG? MUNGKIN INI PUNCANYA... ๐Ÿฆทโšก ]Pernah tak tengah sedap makan, tiba-tiba rasa sengal dekat...
08/06/2026

[ SAKIT BAHAGIAN BELAKANG RAHANG? MUNGKIN INI PUNCANYA... ๐Ÿฆทโšก ]

Pernah tak tengah sedap makan, tiba-tiba rasa sengal dekat gusi paling belakang? Nak mengunyah pun rasa tak selesa, gusi mula rasa bengkak dan berdenyut ๐Ÿ˜ญ

Ramai yang mengadu gelisah bila sebut pasal gigi bongsu atau wisdom tooth. Ada yang terus terbayang kena bedah, ada p**a yang pilih untuk makan ubat tahan sakit dan biarkan sahaja sebab takut nak jumpa doktor gigi ๐Ÿซฃ

Sebenarnya, tahu tak... tak semua gigi bongsu perlu dicabut?

Keputusan sama ada nak BIARKAN atau CABUT bergantung sepenuhnya kepada cara dan kedudukan gigi itu tumbuh dalam mulut anda.

Jom swipe gambar di bawah untuk tengok panduan mudah ini:

โœ… Boleh BIARKAN sahaja jika:

- Gigi tumbuh tegak dengan sempurna.
- Kedudukannya mudah dibersihkan dengan berus gigi & flos.
- Tidak menyakitkan dan tidak mengganggu gigitan anda.

โš ๏ธ Wajib KENA CABUT jika:

- Gigi tumbuh senget atau terimpak (tersekat bawah gusi).
- Menyebabkan sisa makanan selalu tersumbat.
- Mula ada bengkak, jangkitan kuman, atau sakit yang berpanjangan.
- Menolak dan merosakkan gigi sihat di sebelahnya!

Kalau dibiarkan gigi yang tumbuh senget tanpa pemeriksaan doktor, lama-kelamaan ia boleh jadi punca gigi geraham sebelah p**a yang berlubang dan rosak tahu. Jadi, jangan tunggu sampai melarat baru nak bertindak ya!

๐Ÿ’ก Jangan tahan sakit, meh datang check dulu.

Di Klinik Pergigian Dr DNoor, kami akan buat pemeriksaan teliti termasuk review X-ray untuk tengok kedudukan sebenar akar gigi bongsu anda. Rawatan kami buat secara santai dan paling selesa untuk anda ๐Ÿฅฐ

Ada yang tengah alami sakit gigi bongsu sekarang? Jangan tunggu lagi!

๐Ÿ‘‡ Set janji temu anda bersama kami hari ini:

๐Ÿ“ฒ WhatsApp / Hubungi Kami 016-2000 819

๐Ÿ’ฌ Atau terus Hantar Mesej (Inbox) ke FB Page kami!

๐Ÿ“ Lokasi: Taman Pinggiran Batu Caves

29/05/2026

3 PERKARA UNTUK TENANGKAN HATI
Salam Jumaat penuh barakah buat semua yang follow Klinik Pergigian Dr DNoor.
Menutup minggu raya Aidiladha kita pada kali ini, jom kita ambil masa seminit dua untuk tenangkan hati dan minda sebelum memulakan urusan hari ini.
Kadang-kadang, bila urusan seharian terasa padat atau hati mula rasa risau, kembali kepada amalan zikir, selawat dan doa yang ringkas inilah yang paling cepat menjemput ketenangan dalam jiwa kita. โค๏ธ
"Semoga Allah melapangkan dada kita, mempermudahkan segala urusan kita dan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat kita sekeluarga." ๐Ÿคฒ๐ŸŒฟ
Ikhlas daripada,
Dr DNoor & Team Klinik ๐Ÿฆท
๐Ÿ“ Taman Pinggiran, Batu Caves

Allahu Akbar, Allahu Akbar! Selesai hari raya korban semalam, Klinik Pergigian Dr DNoor kini KEMBALI BEROPERASI HARI INI...
28/05/2026

Allahu Akbar, Allahu Akbar!
Selesai hari raya korban semalam, Klinik Pergigian Dr DNoor kini KEMBALI BEROPERASI HARI INI (Khamis, 28 Mei)! ๐Ÿฅณ๐Ÿฆทโœจ
Haa, lepas makan macam-macam juadah raya, daging korban dan ketupat semalam... ada tak yang dah mula rasa tak selesa pada gigi?
Mesti ada yang dah plan nak datang cuci gigi atau scaling kan? ๐Ÿ˜‰
Tapi sebelum korang datang serbu klinik, admin nak tanya satu soalan: "Nak urusan rawatan korang cepat & teratur tak?" ๐Ÿค”
Kalau jawapannya YA, ini tips paling penting:
โŒ Kalau Walk-In: Risiko kena tunggu giliran agak lama sikit sebab slot hari pertama buka selalunya agak padat dengan pesakit yang dah buat appointment.
Kalau Ada Appointment: Korang datang ngam-ngam waktu, daftar, terus masuk bilik rawatan. Sangat cepat, tenang, dan masa korang pun teratur!
Jom rebut slot rawatan korang sekarang! Kita kasi bersih semula gigi lepas makan macam-macam menu raya semalam. ๐Ÿงผ๐Ÿฆท
๐Ÿ“ฒ WhatsApp kami sekarang untuk booking slot terawal hari ini! Klik sahaja pautan di bio untuk terus berurusan dengan team kami.
Jumpa anda di klinik! ๐Ÿ‘‹
Ikhlas daripada,
Dr DNoor & Team Klinik
๐Ÿ“ Taman Pinggiran, Batu Caves
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: 016-2000819

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd ๐ŸŒ™โœจSelamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh ahli keluarga dan p...
27/05/2026

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd ๐ŸŒ™โœจ
Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh ahli keluarga dan pesakit Klinik Pergigian Dr DNoor. ๐Ÿฎโค๏ธ
Menghayati tema Aidiladha tahun ini, Iman dan Pengorbanan, marilah kita sama-sama merenung sejenak ke dalam diri...
Hakikat pengorbanan yang sebenar adalah apabila seorang hamba patuh dan tunduk kepada suruhan Tuhan-Nya. Ia adalah tentang kesediaan kita meletakkan hak Allah mengatasi segala-galanya, demi mencari keredhaan Allah semata-mata, di samping terus konsisten berkhidmat demi agama, bangsa dan masyarakat. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’ซ
Melalui keikhlasan dan penyerahan jiwa inilah, setiap kerisauan dan ujian di dunia akan bertukar menjadi sebuah harapan yang indah.
Kami di team Dr DNoor mendoakan agar setiap ibadah korban kita tahun ini diterima di sisi-Nya, serta menguatkan lagi benteng iman dalam dada kita semua. Amin Yarabbal Alamin. ๐Ÿ˜Š
๐Ÿ“Œ MAKLUMAN OPERASI KLINIK:
Sempena sambutan hari raya, Klinik Pergigian Dr DNoor ditutup bermula hari ini, 27/5 (Rabu).
Mahu Set Temujanji Selepas Cuti Raya? ๐Ÿ—“๏ธ
Walaupun pintu klinik ditutup seketika, talian bantuan kami tetap sedia menerima mesej anda. Bagi anda yang ingin membuat pemeriksaan atau rawatan gigi selepas cuti nanti, sila WhatsApp kami dan tinggalkan nama anda.

Team kami akan hubungi anda semula untuk pengesahan slot sebaik sahaja operasi klinik dibuka nanti! ๐Ÿ“ฒ
Selamat menyambut Hari Raya Korban, nikmati detik bahagia bersama keluarga tercinta! ๐Ÿ•‹โœจ
Ikhlas daripada,
Dr DNoor & Seluruh Team Klinik
๐Ÿ“ Taman Pinggiran, Batu Caves
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: 016-2000819

Salam Hari Arafah buat seluruh warga Batu Caves, Gombak dan semua yang follow Klinik Pergigian Dr DNoor ๐Ÿ•‹โœจHari ini, 9 Zu...
26/05/2026

Salam Hari Arafah buat seluruh warga Batu Caves, Gombak dan semua yang follow Klinik Pergigian Dr DNoor ๐Ÿ•‹โœจ
Hari ini, 9 Zulhijjah, merupakan hari yang sangat istimewa di mana jutaan jemaah haji sedang berhimpun untuk Wukuf di Padang Arafah. Bagi kita yang tidak menunaikan haji, hari ini adalah ruang terbaik untuk kita memperbanyakkan amalan, terutamanya berdoa kerana ia adalah waktu yang paling mustajab di sisi Allah SWT ๐Ÿคฒ
Dalam meniti kehidupan seharian, kita sering kali diuji dengan pelbagai bentuk kerisauan. Ada yang risau tentang urusan rezeki, risau tentang kesihatan diri, malah tidak kurang juga yang berdepan dengan kerisauan (dental anxiety) setiap kali mahu membuat rawatan gigi ๐Ÿ˜Š
Hari ini, sempena hari yang penuh barakah ini, jom kita ubah minda kita: Gantikan setiap kerisauan itu dengan doa โค๏ธ
Gunakan baki waktu yang ada untuk memohon:
๐ŸŒฟ Keampunan atas segala kekhilafan dan mohon keberkatan hidup.
๐ŸŒฟ Mohon kesihatan, keafiyatan dan kebahagiaan buat ibu bapa serta keluarga tercinta.
๐ŸŒฟ Mohon perlindungan dan kesembuhan daripada segala penyakit.
Kami di team Dr DNoor mendoakan agar segala doa, hajat dan ibadah puasa Arafah kita semua diterima dan dirahmati oleh-Nya.
๐Ÿ“Œ MAKLUMAN NOTIS CUTI:
Klinik kami akan mula bercuti sempena Hari Raya Aidiladha bermula esok, 27 Mei 2026 (Rabu).
Bagi anda yang ingin mengesahkan slot rawatan atau membuat temujanji selepas cuti raya, talian kami tetap aktif menerima mesej anda. Sila tinggalkan nama anda di WhatsApp dan team kami akan hubungi anda semula sebaik sahaja klinik dibuka nanti.
Salam Hari Arafah dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami semua! ๐Ÿฎ๐ŸŒ™
Ikhlas daripada,
Dr DNoor & Team
๐Ÿ“ No.19-G Jalan PGN 1A/1, Taman Pinggiran, Batu Caves
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: 016-2000819

Setiap kali berus gigi, mesti ada kesan merah pada sinki?Mula-mula rasa macam tersalah berus, tapi kalau benda ni jadi s...
25/05/2026

Setiap kali berus gigi, mesti ada kesan merah pada sinki?
Mula-mula rasa macam tersalah berus, tapi kalau benda ni jadi setiap hari...
Tolong jangan abaikan! Bukan normal kalau gusi selalu berdarah.
Itu sebenarnya isyarat awal atau warning sign yang gusi anda sedang mengalami keradangan (gingivitis) akibat pengump**an plak dan karang gigi yang menebal!
Kalau dibiarkan tanpa rawatan, gusi boleh mula menyusut, gigi jadi longgar dan akhirnya berisiko terpaksa dicabut.
Apa yang anda boleh lakukan dari rumah?
๐Ÿชฅ Tukar berus gigi: Pilih jenis Soft atau Ultra Soft.
๐Ÿ”„ Ubah teknik: Berus gigi dengan lembut secara bulatan, jangan berus atau sental secara melintang dengan kuat atau kasar.
๐Ÿฆท Flossing: Untuk buang sisa makanan di celah gigi.
Langkah paling penting?
Dapatkan pemeriksaan gigi dan gusi secara profesional di klinik untuk rawatan scaling!
Karang gigi yang dah keras takkan tanggal dengan berus gigi sahaja tau.
Jom periksa kesihatan gigi dan gusi anda bersama team Klinik Pergigian Dr DNoor minggu ini sebelum slot penuh! ๐Ÿ‘‡
.
๐Ÿ“ฒ WhatsApp: 016-2000819
๐Ÿ“ No.19-G Jalan PGN 1A/1, Taman Pinggiran Batu Caves

Salam Jumaat & Salam Sayyidul Ayyam buat semua! Hari Jumaat yang penuh barakah, dah semak ke amalan kita seharian? Kadan...
22/05/2026

Salam Jumaat & Salam Sayyidul Ayyam buat semua!
Hari Jumaat yang penuh barakah, dah semak ke amalan kita seharian? Kadang-kadang kita rasa terbeban nak buat amalan yang besar, akhirnya separuh jalan sahaja.
Ada satu pesanan yang kita perlu ingat:
'Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah amalan yang berterusan (istiqamah), walaupun ia sedikit.'
(HR Bukhari)
Sama juga dengan konsep menjaga kesihatan gigi โ€“ tak perlu tunggu sampai gigi dah sakit teruk baru nak buat rawatan
Cukup konsisten untuk amalkan perkara kecil setiap hari sebagai tanda syukur menjaga amanah tubuh badan:
โœ… Berus gigi 2 kali sehari dengan betul
โœ… Flossing setiap malam sebelum tidur

S**a betul baca kata2 daripada anda semua โ˜บ๏ธ benar2 naikkan semangat kami untuk sentiasa berikan servis yang baik dan se...
21/05/2026

S**a betul baca kata2 daripada anda semua โ˜บ๏ธ benar2 naikkan semangat kami untuk sentiasa berikan servis yang baik dan selamat. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi! โ˜บ๏ธ

Bagi penduduk di sekitar Batu Caves, Gombak dan Selayang yang masih tertangguh nak buat check-up gigi, jemput datang ke klinik kami. Kami komited uuntuk berikan pengalaman rawatan pergigian yang baik, berpatutan dan selesa untuk anda.

Jom buat appointment minggu ni sebelum cuti Raya Haji nanti. Call atau WhatsApp kami segera!

๐Ÿ“ž WhatsApp: 016-2000819
๐Ÿ“ No.19-G Jalan PGN 1A/1, Taman Pinggiran, Batu Caves

"Berus gigi sahaja dah cukup bersih, tak payah membazir masa nak flos..." ๐ŸงBetul ke? Eh, jangan salah faham! Berus gigi ...
19/05/2026

"Berus gigi sahaja dah cukup bersih, tak payah membazir masa nak flos..." ๐Ÿง

Betul ke?

Eh, jangan salah faham!

Berus gigi sahaja sebenarnya TIDAK CUKUP untuk pastikan gigi kita betul-betul bersih. Berus gigi tak mampu nak capai sisa makanan kat celah-celah gigi yang sempit tu.

Jadi, flos gigi itu WAJIB kalau nak elak gigi berlubang dan gusi berdarah! ๐Ÿชฅ

Address

No 19-G, Jalan PGN 1A/1, Pinggiran Batu Caves
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Dr DNoor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Dr DNoor:

Shortcuts

Share

Category