27/05/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SEMUA WARGA GOMBAK DAN ENTITI PEMUDA PAS GOMBAK
Firman Allah SWT:
لَن یَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلَـٰكِن یَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَ ٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِینَ﴿ ٣٧ ﴾
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”
[Surah Al-Hajj : Ayat 37]
Ibadah Korban adalah suatu tuntutan dalam Islam bagi setiap individu Muslim yang berkemampuan sebagai tanda kemuncak pengabdian sebagai hamba kepada Yang Maha Esa.
Bukan daging mahupun darah yang dikehendaki Sang Pencipta, namun TAQWA yang terpateri sebagai nilai utama dari syiar Islam yang dizahirkan.
Dalam masa yang sama, umat Islam kini dari seluruh pelusuk dunia berhimpun menzahirkan pengabdian diri sebagai hamba memohon ampunan Tuhan serta tanda kekuatan umat Islam dengan syiar Haji nya.
Moga kedua pada akhirnya manatijahkan kekuatan dan izzah Islam yang Tinggi agar suatu masa nanti Islam akan membumi sebagai cara hidup ummat hingga mampu membina kekuatan untuk berjuang membela Palestin dan bumi umat Islam yang dijajah hingga akhir nya MERDEKA DENGAN CARA HİDUP ISLAM YANG MULIA.
Salam hormat dan penuh kasih sayang;
Ketua dan Saf Qiadi,
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GOMBAK
01 ZulHijjah 1447H| 27.05.2026