Hospital Batu Gajah

Hospital Batu Gajah Hospital Batu Gajah
Pesakit Didahulukan
Kesihatan Diutamakan

๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—•๐—จ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—กDi sebalik koridor hospital yang sunyi, saat dunia luar sedang lena bermimpi, ada susuk-s...
12/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—•๐—จ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก

Di sebalik koridor hospital yang sunyi, saat dunia luar sedang lena bermimpi, ada susuk-susuk tubuh yang masih tegak berdiri.

Mereka bukan sekadar mencatat nadi atau memberikan ubat mengikut waktu. Mereka adalah telinga yang setia mendengar keluh kesah, tangan yang menyapu air mata ketakutan, dan suara yang membisikkan kata semangat saat pesakit mula berputus asa.

Ada masanya, mereka mengetepikan rindu pada anak di rumah. Ada ketikanya, mereka menahan lapar demi satu lagi nyawa yang perlu dibantu.

Seragam putih itu bukan sekadar pakaian kerja. Ia adalah simbol kesabaran yang tidak bertepi dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Buat semua jururawat di Hospital Batu Gajah dan seluruh dunia...
Terima kasih kerana memilih untuk peduli.

Terima kasih kerana menjadi cahaya di saat kegelapan buat para pesakit. Jasa kalian mungkin tidak tertulis di dada akhbar, tapi ia terpahat kemas di setiap jantung yang kembali berdenyut tenang.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026.
"Jururawat Kita, Masa Depan Kita."

Selamat Hari Ibu Ada insan..yang tak pernah penat mendoakan kita,walaupun dirinya sendiri sedang lelah.Ada insanโ€ฆyang se...
09/05/2026

Selamat Hari Ibu

Ada insan..
yang tak pernah penat mendoakan kita,
walaupun dirinya sendiri sedang lelah.

Ada insanโ€ฆ
yang sentiasa berkata โ€œibu okayโ€,
sedangkan hati dan tubuhnya menyimpan seribu penat.

Kasihnya tak selalu diucap,
tetapi hadirnya terasa dalam setiap langkah hidup kita.

Daripada kecil hingga dewasa,
ibu tetap orang pertama yang risau apabila kita sakit,
yang paling gembira bila kita bahagia,
dan yang paling kuat menyembunyikan air mata demi anak-anaknya.

Hari ini,
peluklah ibu lebih erat,
hubungilah ibu walau hanya beberapa minit,
dan jangan lupa ucapkanโ€ฆ

โ€œTerima kasih ibuโ€ฆ kerana sentiasa ada.โ€ โค๏ธ

Selamat Hari Ibu

Ikhlas daripada
Warga Hospital Batu Gajah

Nama program : Kurus Neonatal Resusitation Programme ( 8th Edition)Tarikh & Masa : 07-0 hb Mei 2026@ 8.00am-5.00pmNama P...
09/05/2026

Nama program : Kurus Neonatal Resusitation Programme ( 8th Edition)
Tarikh & Masa : 07-0 hb Mei 2026@ 8.00am-5.00pm
Nama Penganjur Program : Wad 3/Pediatrik dan Unit Kejururawatan, Hospital Batu Gajah
Objektif Program :
1.Memberi pendedahan kepada anggota sasaran untuk melakukan resusitasi kepada bayi
2.Meningkatkan kemahiran dalam melakukan assesmen kepada bayi.
3.Meningkatkan keyakinan kepada anggota untuk melakukan resusitasi kepada bayi.

Bil kehadiran peserta : 14.
Pecahan mengikut kategori:
Pegawai Perubatan 5( 3 HBG/ 1 H.Kampar/1 HSS)
Penolong Pegawai Perubatan: 3(2HBG/1 H.Kampar)
Ketua Jururawat: 1(HBG)
Jururawat: 3(2HBG/1 HSS)
Jururawat Masyarakat:2( HBG)

Nyatakan kehadiran VIP/penceramah jika ada :
1.Dr Chew Ooi Song(Paediatrician)
2.Dr.Nur Shafinaz Binti Mohd Naheed
3.KJ Razwa Binti Abd Rahim
4.JT Nurul Nadiya Bt Shahidan ( retrival team HRPB)
5.JT Noorhaspiza Bt Mohd Safie ( retrival team HRPB)
6.JT Fatimah Bt Baharudin
7/2026( hari pertama)
Kata2 aluan dan teori serta ceramah. Para peserta menjawab soalan secara bertulis dan sesi perbincangan.
Sesi menpraktikkan penggunaan neopuff dan pencerahan tentang praktikal mega code.

8/5/2026(hari ke-2)
Menjalankan ujian mega code.
Semua 14 peserta lulus dengan cemerlang.

HBG SOKONG KEMPEN 'BRING THAL TO LIGHT' 2026Hospital Batu Gajah (HBG) dengan bangganya turut serta menyahut seruan Kemen...
09/05/2026

HBG SOKONG KEMPEN 'BRING THAL TO LIGHT' 2026

Hospital Batu Gajah (HBG) dengan bangganya turut serta menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjayakan kempen 'Bring Thal to Light' 2026 sempena sambutan Hari Thalassemia Sedunia pada 8 Mei setiap tahun.

Sebagai tanda solidariti bersama para pesakit Thalassemia, bangunan hospital kita akan diterangi dengan pencahayaan berwarna merah.

Inisiatif ini bukan sekadar pencahayaan, malah simbol komitmen kita dalam:

โ€ข Meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit Thalassemia.
โ€ข Memperkasa kebajikan serta menyuarakan hak dan keperluan para pesakit dalam sistem kesihatan negara.
โ€ข Menghargai ketabahan pesakit dan ahli keluarga mereka dalam menempuh perjalanan rawatan.

Sama-sama kita berikan sokongan dan tingkatkan kesedaran demi komuniti yang lebih sihat.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š & ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ: ๐—˜๐—ก. ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—™๐—”๐—ž๐—›๐—ฅ๐—œ Seluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin mengucapkan sela...
06/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—š & ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ:
๐—˜๐—ก. ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐— ๐—”๐—— ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—™๐—”๐—ž๐—›๐—ฅ๐—œ

Seluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada rakan seperjuangan baharu kita:

๐—˜๐—ป. ๐— ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฆ๐—ผ๐—ฏ๐—ฟ๐—ถ
Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)

Selamat menyertai keluarga besar HBG. Semoga kehadiran saudara dapat memperkukuhkan lagi mutu perkhidmatan pemulihan perubatan serta memberikan sinar baharu buat para pesakit di hospital ini.

Selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi..

๐—œ๐—ธ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜€ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ:
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ &
๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—›๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—น ๐—•๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—š๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—จ ๐—๐—”๐—ฌ๐—” & ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›: ๐—˜๐—ก. ๐—ช๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐——๐—ญ๐—Ÿ๐—ฌ ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฌ๐—จ๐—ฆ๐—ข๐—™Seluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin merakamkan ucapa...
05/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—จ ๐—๐—”๐—ฌ๐—” & ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›:
๐—˜๐—ก. ๐—ช๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐——๐—ญ๐—Ÿ๐—ฌ ๐—•๐—œ๐—ก ๐— ๐—ข๐—›๐—— ๐—ฌ๐—จ๐—ฆ๐—ข๐—™

Seluruh warga Hospital Batu Gajah (HBG) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ๐—˜๐—ป. ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—น๐˜† ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฌ๐˜‚๐˜€๐—ผ๐—ณ, Penolong Pegawai Perubatan dari Unit Hemodialisis, atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di sini.

Sekalung tahniah juga diucapkan atas pertukaran (pemangkuan) beliau ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bermula ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Terima kasih atas dedikasi anda dalam menguruskan unit hemodialisis dengan cemerlang. Semoga terus sukses dan terus memberikan perkhidmatan terbaik di tempat baharu.
Ikhlas daripada,

Pengarah Hospital &
Pengurusan Tertinggi
Hospital Batu Gajah


Nama program:*KURSUS POINT OF CARE TESTING (POCT) 2026*Tarikh & Masa : *29/4/2026* *_@ 9.00 am -1.00 pm_*Nama Penganjur ...
30/04/2026

Nama program:

*KURSUS POINT OF CARE TESTING (POCT) 2026*

Tarikh & Masa : *29/4/2026*
*_@ 9.00 am -1.00 pm_*

Nama Penganjur Program :
*UNIT PATOLOGI HOSPITAL BATU GAJAH bersama Dyna Source Sdn Bhd*

Penceramah luar:
En Muhammad Luqman Al Hakim Bin Mohd Soleh

Objektif Kursus:
1. Bagi memenuhi keperluan audit & menilai kompetensi pengguna POCT
2. Meningkatkan kefahaman berkaitan penggunaan glucometer yang betul
3. Serta memperkukuhkan amalan kawalan kualiti IQC

Kursus ini memberikan pendedahan dan makluman berkaitan pengenalan ujian POCT, tatacara penggunaan glukometer yang betul serta pengurusan kawalan kualiti dalaman. Peserta turut didedahkan tentang kepentingan kawalan kualiti dalaman (IQC) dengan melalui latihan secara hands-on dalam menjaga dan memastikan setiap ujian POCT yang dihasilkan adalah terjamin kualitinya.

SELAMAT HARI PEKERJA 2026โ€‹Hari ini adalah hari untuk kita menghargai setiap titik peluh, pengorbanan masa, dan dedikasi ...
30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026

โ€‹Hari ini adalah hari untuk kita menghargai setiap titik peluh, pengorbanan masa, dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh warga kerja Hospital Batu Gajah.

โ€‹Sama ada anda berada di barisan hadapan merawat pesakit, di kaunter pentadbiran, di dewan bedah, mahupun yang memastikan kebersihan dan keselamatan hospital terjagaโ€”setiap daripada anda adalah nadi utama yang menggerakkan kecemerlangan hospital ini.

โ€‹Khusus buat rakan-rakan seperjuangan yang tetap bertugas mengikut jadual syif pada hari ini demi kelangsungan rawatan pesakit, anda adalah wira yang sebenar..

โ€‹Semoga semangat kerja berpasukan kita terus utuh dan kualiti perkhidmatan kita sentiasa menjadi kebanggaan komuniti Batu Gajah.

โ€‹Selamat Hari Pekerja buat semua!

โ€‹Ikhlas daripada:
Pengarah Hospital Batu Gajah
& Pengurusan Tertinggi
Hospital Batu Gajah

Kelab Kebajikan dan Sukan Hospital dan Pergigian Batu Gajah telah menganjurkan satu program ceramah motivasi bertajuk โ€œP...
28/04/2026

Kelab Kebajikan dan Sukan Hospital dan Pergigian Batu Gajah telah menganjurkan satu program ceramah motivasi bertajuk โ€œPenjagaan Diri dan Nilai Murni Sebagai Asas Kesejahteraan Hidupโ€.

Pada 27 April 2026 bertempat di Pusat Latihan Hospital Batu Gajah. Program ini akan menampilkan seorang Influencer jemputan iaitu Puan Hajjah Sarina binti Hashim yang lebih dikenali lagi sebagai panggilan Kak Tam. Beliau merupakan seorang pakar motivasi Wanita dan senaman tradisi. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai seorang content creator yang berpengaruh di platform TikTok dengan jumlah pengikut mencecah 1.5 juta.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan menjaga diri yang merangkumi aspek fizikal dan emosi, di samping mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian sebagai tunjang kesejahteraan hidup.

OBJEKTIF PROGRAM

-Memberi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan diri secara menyeluruh.
-Meningkatkan motivasi dan kesejahteraan mental warga kerja.
-Memupuk pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan organisasi.
-Menggalakkan gaya hidup sihat yang konsisten dan seimbang.

Nama program :KURSUS PENGURUS WADTarikh & Masa : 23/4/2026 - 23/4/2026 @ 8.00am-5.00pmNama Penganjur Program : Unit Keju...
28/04/2026

Nama program :
KURSUS PENGURUS WAD

Tarikh & Masa : 23/4/2026 - 23/4/2026
@ 8.00am-5.00pm

Nama Penganjur Program :
Unit Kejururawatan HBG

Objektif Program :
1. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang ilmu dalam menguruskan wad.
2. Mewujudkan kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan dalam mentadbir wad.
3. Merancang Pengurusan Operasi Wad seperti menyediakan jadual tugasan staf seliaan.
4. Membimbing,melatih anggota seliaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada pelanggan
5. Menjadi Role Model kepada anggota seliaan.

Kursus ini dihadiri oleh Penyelia Jururawat,Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih

Bil kehadiran peserta : 28 orang

Kursus dirasmikan oleh:
1. KPJH Noorshakila Binti Dan

Moderator/Penceramah :
1. PJ Sanisah Binti
Ismail
2. KJ Rizuary Bin Abd
Wahab
3. KJ Hafizah Binti
Mahayudi
4. KJ Hafezal
Nazatulshima Binti
Mohd Norddin

27.4.202610.00 pagiEQ Hotel Kuala LumpurHospital Batu Gajah dengan penuh rasa syukur dan bangga mengumumkan kejayaan mem...
27/04/2026

27.4.2026
10.00 pagi
EQ Hotel Kuala Lumpur

Hospital Batu Gajah dengan penuh rasa syukur dan bangga mengumumkan kejayaan memperoleh Sijil Pencapaian Energy Management Gold Standard (EMGS) 3-Bintang.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan hospital dalam melaksanakan pengurusan tenaga secara cekap, berhemat dan mampan, selaras dengan usaha ke arah kelestarian alam sekitar serta budaya kerja hijau dalam organisasi.
Kejayaan ini adalah hasil pelaksanaan Program Kelestarian Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS) dengan kerjasama strategik UEM Edgenta Berhad, serta sokongan padu daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak.

Sekalung tahniah dan penghargaan turut dirakamkan kepada semua Pengarah Hospital di negeri Perak yang turut berjaya memperoleh pensijilan EMGS ini, sekali gus mencerminkan komitmen bersama ke arah merealisasikan agenda hospital hijau dan lestari di peringkat negeri.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja Hospital Batu Gajah atas dedikasi dan kerjasama dalam menjayakan agenda penjimatan tenaga ini

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kecemerlangan serta memperkasakan inisiatif hospital hijau dan lestari pada masa akan datang..

Address

HOSPITAL BATU GAJAH Jalan AMAN BATU GAJAH
Batu Gajah
31000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Batu Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Batu Gajah:

Share

Category