Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI

Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI, Hospital, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

Another milestone in our unitColonic stenting under fluoroscopy guidance.A good option for palliative management of bowe...
07/03/2024

Another milestone in our unit

Colonic stenting under fluoroscopy guidance.

A good option for palliative management of bowel obstruction in colorectal cancer.

Almost immediate of relief from the symptoms.

Tq HPSF Surgical Dept, Radiology and Endoscopy Unit

Tips selepas pembedahan  #4TED (Thrombo Embolic Deterrent) stockingsStokin TED (graded compression stockings) biasanya d...
19/10/2023

Tips selepas pembedahan #4

TED (Thrombo Embolic Deterrent) stockings

Stokin TED (graded compression stockings) biasanya dipakai sebelum dan selepas pembedahan terutama ketika berada didalam hospital.

Pembedahan Kolorektal biasanya dapat mngakibatkan pesakit terbaring lama di katil hospital. Ini disebabkan rasa sakit atau kerana mnjalani pembedahan yang agak lama.

Keadaan statik di katil hospital dan kondisi selepas pembedahan (post-operative) menjadi faktor risiko dapat terjadinya pembekuan darah di salur darah kaki. Ini adalah keadaan yg sangat merbahaya terutama jika darah beku itu dapat mengalir ke paru2contohnya.

Stokin TED dapat mngurangkan risiko terjadinya darah beku. Pesakit dikehendaki memakainya selama di hospital. Kami juga menasihatkan untuk memakai stokin TED dirumah selama proses penyembuhan berjalan.

Walaubagaimanapun bangun berdiri berjalan dan pergerakan lain serta fisioterapi adalah lebih penting daripada stokin TED selepas pembedahan jika dibenarkan doktor anda.

Semoga anda diberikan kesembuhan yang baik dn dijauhkan drpd komplikasi2selepas pembedahan.

Fistula in ano.Penyakit fistula in ano adalah penyakit terkait saluran yang terbentuk antara saluran najis bahagian bawa...
05/10/2023

Fistula in ano.

Penyakit fistula in ano adalah penyakit terkait saluran yang terbentuk antara saluran najis bahagian bawah (a**s) dan kulit luar sekitar a**s.

Antara gejala yang dirasai termasuk gatal2dikawasan a**s, keluar cairan (kotoran melekat di pakaian dalam) daripada kawasan sekitar a**s.

Iya juga dapat menyebabkan pembengkakan dan sakit kerana nanah terkumpul di kawasan sekitar a**s (perianal abscess) jika dibiarkan.

Pemyakit ini sudah dikenalpasti sejak zaman dahulu lagi dn pelbagai jenis pembedahan dapat dilakukan utk penyakit ini.

Jika anda mempunyai gejala2diatas dapatkan nasihat dokter utk rawatan berkenaan.

Tips selepas pembedahan  #3Bergerak dan menjalankan senaman ringanPeaakit yang telah menjalani pembedahan terkait pemyak...
05/10/2023

Tips selepas pembedahan #3

Bergerak dan menjalankan senaman ringan

Peaakit yang telah menjalani pembedahan terkait pemyakit kolorektal terutama yang mempunyai luka di bahagian abdomen digalakkan untuk bangun bergerak dan menjalankan senaman ringan.

Ini dapat membantu pengaliran darah dan pergerakan usus serta menjauhkan diri daripada pembentukan darah beku di kaki.

Senaman ringan dalam bentuk menarik nafas dalam dengan bantuan 'spirometry' serta berjalan setempat / sekitar katil juga sangat membantu dalam penyembuhan pesakit.

Pesakit yang telah pulang kerumah juga harus meneruskan aktiviti ini dan di ikuti dengan diet pemakanan yang sihat.

Buasir merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat kita. Gejala utama kondisi ini adalah najis berdarah. Sel...
23/09/2023

Buasir merupakan penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat kita. Gejala utama kondisi ini adalah najis berdarah. Selain pembedahan, kaedah rawatan terkini secara LASER turut boleh dijalankan selepas penilaian doktor pakar.

Secara amnya kaedah ini:-
1. Kurang kesakitan berbanding kaedah pembedahan biasa

2. Cepat pulih dan kembali menjalankan kerja / kehidupan seperti biasa

3. Parut yang minimal

Sila berjumpa dengan doktor berdekatan jika anda mengalami gejala najis berdarah untuk penilaian lanjut.

Address

Hospital Sultanah Nora Ismail
Batu Pahat
83000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Colorectal Surgery Batu Pahat HSNI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category