01/10/2026
π PROGRAM TERAPI CARA KERJA BERSAMA PPKI SK PINTAS RAYA πβ¨
Setiap anak mempunyai potensi yang tersendiri. Dengan peluang, sokongan dan bimbingan yang tepat, mereka mampu mengembangkan kemahiran dan membina keyakinan diri. π₯°
Alhamdulillah, DRPLAY berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Program Terapi Cara Kerja bersama PPKI SK Pintas Raya! β€οΈ
Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan bakal dijalankan, antaranya aktiviti bermain, membina kreativiti dan kraftangan yang dapat membantu anak-anak mengasah kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan serta meningkatkan keyakinan diri. π§©π¨π§Ά
π
Tarikh: 2 Oktober 2026 (Jumaat)
β° Masa: 8.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat: Kelas PPKI & Makmal Komputer, SK Pintas Raya
Terima kasih kepada pihak PPKI SK Pintas Raya atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada DRPLAY untuk bersama-sama menyokong perkembangan anak-anak istimewa. π
β¨ Bermain bukan sekadar bermain, tetapi satu langkah kecil ke arah perkembangan yang lebih besar!
π DRPLAY β Healing through Play, Growing through Care.
AnakIstimewa BelajarSambilBermain PlayLearnGrow