01/08/2026
Kursus Pengurusan Aset PKD Batu Pahat bersama Unit Pengurusan Aset (UPAS) telah diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pengurusan aset kerajaan mengikut tatacara yang ditetapkan.
Tarikh : 31 Julai 2026
Tempat : Dewan Berlian PKDBP
Kursus ini melibatkan penyertaan wakil-wakil dari setiap klinik kesihatan dan unit di PKD Batu Pahat sebagai usaha memastikan pengurusan aset dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan berintegriti.