Klinik PAKAR MATA Normah

Klinik PAKAR MATA Normah Kami menawarkan pemeriksaan dan rawatan mata yang profesional, mesra dan terbaik untuk anda dan keluarga.

Berkhidmat memenuhi keperluan pesakit adalah keutamaan kami. Kunjungi kami untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan mata. Kami bersedia membantu sesiapa saja yang mengalami dan menderita dengan pelbagai masaalah penglihatan dan kesihatan mata, dengan memberikan khidmat nasihat, pemeriksaan dan rawatan sewajarnya, berkualiti dan terbaik. sesiapa yang mempunyai masaalah mata dan bersedia untuk dibantu, bolehlah menhubungi kami seperti no di atas.

01/06/2026
“Setiap hari cikgu membaca, menanda, mengajar tanpa henti…Tapi siapa tahu, ada yang mula nampak kabur, silau, dan sakit ...
13/05/2026

“Setiap hari cikgu membaca, menanda, mengajar tanpa henti…
Tapi siapa tahu, ada yang mula nampak kabur, silau, dan sakit mata.

Mereka teruskan… demi anak-anak murid.

Sempena Hari Guru ini, jangan lupa — cikgu juga perlu dijaga.”

👉 “Hadiahkan pemeriksaan mata untuk cikgu tersayang.”

Tel: 07-4388085 dapat kan temujanji Pemeriksaan mata Cikgu

Selamat Hari Ibu 💐Terima kasih kerana sentiasa melihat yang terbaik dalam diri kami.Kini giliran kami menjaga penglihata...
08/05/2026

Selamat Hari Ibu 💐
Terima kasih kerana sentiasa melihat yang terbaik dalam diri kami.

Kini giliran kami menjaga penglihatan ibu ❤️

👁️ Klinik Pakar Mata Normah sentiasa bersama anda

07-4388085 - dapat kan temujanji untuk Pemeriksaan mata ibu

⚠️ Pakai cermin mata tapi masih kabur?Ini bukan perkara biasa.Kemungkinan:❗ Power sudah berubah❗ Masalah mata lain (buka...
04/05/2026

⚠️ Pakai cermin mata tapi masih kabur?

Ini bukan perkara biasa.

Kemungkinan:
❗ Power sudah berubah
❗ Masalah mata lain (bukan sekadar rabun)
❗ Mata semakin lemah

👁️ Jangan hanya tukar cermin mata tanpa pemeriksaan menyeluruh.

💡 Pemeriksaan specialist boleh kenal pasti punca sebenar.

Hubungi Kami untuk Pemeriksaan mata yang komprehensif

07-4388085
+60 16 875 2852

Mata sihat, kerja pun mantap!Sempena Hari Pekerja, jangan lupa kesihatan mata anda. Skrin komputer, telefon dan kerja ha...
30/04/2026

Mata sihat, kerja pun mantap!

Sempena Hari Pekerja, jangan lupa kesihatan mata anda. Skrin komputer, telefon dan kerja harian boleh memberi tekanan kepada mata tanpa kita sedar.

🔍 Tanda-tanda mata perlukan pemeriksaan:✔️ Kabur bila fokus lama✔️ Sakit kepala selepas kerja✔️ Mata kering atau pedih

💼 Hadiahkan diri anda pemeriksaan mata profesional — kerana prestasi terbaik bermula dengan penglihatan yang jelas.

Ramai di antara kita sering terlepas pandang Komplikasi kencing manis (diabetes mellitus) pada mata.Selain kerosakan pad...
15/04/2026

Ramai di antara kita sering terlepas pandang Komplikasi kencing manis (diabetes mellitus) pada mata.

Selain kerosakan pada buah pinggang, otak, sistem saraf dan juga jantung, penglihatan juga boleh terjejas teruk akibat dari komplikasi kencing manis.

Masaalah hilang penglihatan akibat dari kerosakan saraf retina (diabetic retinopathy), glaucoma dan juga katarak merupakan komplikasi yang boleh di rawat jika di kesan di peringkat awal.

Di klinik kami, Kami menawarkan pemeriksaan mata yang komprehensif dan juga rawatan yang berkaitan dengan masaalah mata akibat komplikasi kencing manis.

Boleh telefon kami di no
07-4388085
016-875 2852
Untuk temujanji



30/03/2026

Selaput katarak menyebabkan pandangan mata kita menjadi silau, kabur atau ‘berlapis-lapis’.

Ianya terjadi bila kanta aslı kita bertukar menjadi keruh akibat penuaan, penyakit seperti kencing manis atau kecederaan pada mata.

Rawatan untuk katarak adalah pembedahan untuk membuang katarak dan memasukkan kanta sebagai pengganti kanta aslı tersebut

Di klinik kami, prosedur pembedahan katarak di lakukan secara rawatan harian, iaitu pesakit hanya perlu berada di klinik sekitar 3-4 jam sahaja, dan dibenarkan pulang selepas pembedahan

Pemeriksaan mata yang komprehensif dan pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah, ukuran kanta mata dilakukan sebelum tarikh temujanji pembedahan di tentukan (pemeriksaan pra-pembedahan)

Hubungi kami untuk keterangan lanjut berkaitan katarak dan pembedahan katarak

Kami menawarkan pemeriksaan dan rawatan mata yang profesional, mesra dan terbaik untuk anda dan keluarga. Berkhidmat memenuhi keperluan pesakit adalah keutamaan kami. Kunjungi kami untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan mata.

Salam Aidil Fitri, kami ingin mengucapkan Selamat hari raya, maaf zahir batin .Sempena perayaan ini, klinik ditutup mula...
19/03/2026

Salam Aidil Fitri, kami ingin mengucapkan Selamat hari raya, maaf zahir batin .

Sempena perayaan ini, klinik ditutup mulai
20/3/2026 hingga 25/3/2026
Dan akan beroperasi seperti biasa mulai
Khamis 26/3/2026

Semoga perayaan tahun ini bertambah meriah dan ceria di samping keluarga tercinta serta rakan taulan semua. Amin

Alhamdulilah program WSD telah dijalankan dgn jaya nya pada 12/10/2025. Jutaan Terima kasih kepada semua Yg menjayakan p...
22/10/2025

Alhamdulilah program WSD telah dijalankan dgn jaya nya pada 12/10/2025.
Jutaan Terima kasih kepada semua Yg menjayakan program ini, terutamanya pada THE MINE OPTICAL, TOPCON, KLİNİK EZNA dan staff-staff KLINIK PAKAR MATA NORMAH. Juga ALCON, TRB, PHARMAFORTE & STADPHARM Yg telah sudi menyediakan welcome goodies.
Terima kasih juga pada orang ramai yang sudi datang mendapatkan pemeriksaan percuma pada hari tersebut.

Klinik kami boleh dihubungi melalui:
07-4388085
016-8752852
Ezna mine

Address

NO 19 & 21, Jalan Flora Utama 7, Taman Flora Utama
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6074388085

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik PAKAR MATA Normah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik PAKAR MATA Normah:

Shortcuts

Share