St.John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat

St.John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from St.John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat, Lot. 7939, Lorong 2, Jalan Shahbandar, Batu Pahat.

Thank You .. China Press
11/08/2026

Thank You .. China Press

❤️ PROGRAM “MY AED FOR ALL & COMMUNITY CPR” ❤️AED 守护生命 CPR 急救社区 St. John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat (SJAMKBP) ...
10/08/2026

❤️ PROGRAM “MY AED FOR ALL & COMMUNITY CPR” ❤️
AED 守护生命 CPR 急救社区

St. John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat (SJAMKBP) bersama Persatuan Penganut Dewa Hock Teck Shi dan Rotary Satellite Club of Batu Pahat - Insight telah menganjurkan Program “My AED For All & Community CPR” pada 09 Ogos 2026.

Sebagai salah satu usaha meningkatkan keselamatan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan tindakan pantas ketika berlakunya kecemasan jantung, Persatuan Penganut Dewa Hock Teck Shi telah menyumbangkan sebuah unit Automated External Defibrillator (AED) untuk kegunaan orang awam.

AED tersebut telah dipasang di hadapan pintu masuk Tokong Persatuan Penganut Dewa Hock Teck Shi, bagi membolehkan orang awam menggunakannya sekiranya berlaku kecemasan, khususnya apabila seseorang mengalami Sudden Cardiac Arrest (SCA).

Dalam program yang sama, pihak SJAMKBP turut memberikan penerangan, latihan dan demonstrasi kepada masyarakat tempatan mengenai teknik Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) serta cara penggunaan AED yang betul.

Pendedahan seperti ini amat penting kerana tindakan segera dengan melakukan CPR dan menggunakan AED dapat membantu meningkatkan peluang mangsa untuk diselamatkan sementara menunggu bantuan perubatan tiba.

🤝 Turut hadir bersama:
• Tuan Eddie Tan Chin Peng
Pemerintah Kawasan SJAMKBP
• En. Ju
Pengerusi Persatuan Penganut Dewa Hock Teck Shi
• Puan Ho Pey Pey
Pengerusi Rotary Satellite Club of Batu Pahat - Insight
• En. Kelvin Koe
Naib Presiden Kawasan SJAMKBP

Serta pegawai-pegawai SJAMKBP:
En. James Teo, Dr. Cheow Tong Sheng, En. Sim Choon Yong, En. Koh Kok Yong, En. Goh Kian How, Cik. Ng Chiau Lyn, En. Mazli Bin Mohamad, En. Chew Wei Jun dan En. Low Jian Hong.

🙏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Penganut Dewa Hock Teck Shi dan Insight Rotary Satellite Club of Batu Pahat atas kerjasama serta sokongan dalam menjayakan usaha menjadikan komuniti lebih bersedia menghadapi kecemasan.

MY AED FOR ALL & COMMUNITY CPR
Bersama Membina Komuniti Yang Lebih Selamat dan Prihatin.

Program " My AED For All & CPR Community"Apabila seseorang mengalami serangan jantung terhenti secara mengejut (Sudden C...
07/08/2026

Program
" My AED For All & CPR Community"

Apabila seseorang mengalami serangan jantung terhenti secara mengejut (Sudden Cardiac Arrest), tindakan segera dengan melakukan CPR dan menggunakan AED dapat meningkatkan peluang mangsa untuk diselamatkan.

Marilah bersama-sama mempelajari kemahiran yang amat penting ini kerana ia mungkin dapat menyelamatkan satu nyawa.

【免费 AED & CPR 急救讲座】

就在这个星期日!9/8/2026

您知道吗?在心脏骤停发生时,及时进行 CPR 和使用 AED,有机会大大提高患者的生存机会。欢迎大家一起来学习这项能够救人一命的重要技能。

🗓️ 日期 Date : 09.08.2026
🕘 时间 Time :9:00 AM – 12:00 PM
📍 地点 Location :46-48 , Jalan 1/7, Taman Puteri Indah, 83000 Batu Pahat. 胡椒港福德祠

Penugasan: Perkhidmatan ambulans dan Pertolongan Cemas oleh St. John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat.Nama Program: ...
02/08/2026

Penugasan: Perkhidmatan ambulans dan Pertolongan Cemas oleh St. John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat.

Nama Program: Perarakan Sempena Upacara Sembahyang dan Sambutan Ulang Tahun Dewa Guan Di Sheng Jun Batu Pahat
Tarikh: 01 Ogos 2026
Tempat Bermula : Tokong Pertubuhan Rekreasi Guan Yu Tang Parit Amat

28/07/2026
Penugasan: Perkhidmatan ambulans dan Pertolongan Cemas oleh St. John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat.Nama Program: ...
28/07/2026

Penugasan: Perkhidmatan ambulans dan Pertolongan Cemas oleh St. John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat.

Nama Program: Majlis Alpha Gen Talent @ Tabika Kemas Daerah Batu Pahat
Tarikh: 25 Julai 2026
Tempat : SK Peserai
Anjuran : Kemas Daerah Batu Pahat

04/07/2026
04.07.2026@ Ceramah Komuniti CPR sempena Kursus Motivasi & Kepimpinan Keluarga Sejahtera KEMAS Tahun 2026Tujuan program ...
04/07/2026

04.07.2026@ Ceramah Komuniti CPR sempena Kursus Motivasi & Kepimpinan Keluarga Sejahtera KEMAS Tahun 2026

Tujuan program Ceramah Komuniti CPR adalah pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan "CPR" serta tindakan awal yang perlu diambil ketika menghadapi kecemasan seperti Serangan Jantung Mengejut (SCA).

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat serta memberi keyakinan kepada peserta untuk bertindak pantas dalam usaha menyelamatkan nyawa sebelum bantuan perubatan tiba.

Ceramah telah disampaikan oleh En. James Teo dan sesi praktikal juga dijalankan oleh pegawai-pegawai SJAMKBP

Program ini telah dirasmikan oleh YB.Tuan Haji Mohd Fared Bin Khalid EXCO Agama Islam Negeri Johor .

03.07.2026@Penyerahan Sumbangan Peralatan Bilik Darjah Pintar kepada SJK(C) Buloh Batu Pahat Hasil usaha serta kerjasama...
03/07/2026

03.07.2026@Penyerahan Sumbangan Peralatan Bilik Darjah Pintar kepada SJK(C) Buloh Batu Pahat

Hasil usaha serta kerjasama St. John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat (SJAMKBP), sebuah set peralatan Bilik Darjah Pintar telah berjaya disumbangkan kepada SJK(C) Buloh Batu Pahat bagi menyokong usaha memperkasakan kemudahan pembelajaran serta mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih kondusif.

Majlis penyerahan sumbangan telah dihadiri oleh Tuan Eddie Tan Chin Peng, Pemerintah Kawasan SJAMKBP, bersama En. Soong Jin Teck, Puan Tan Siyok Ten, serta pegawai-pegawai SJAMKBP.

Gimik penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh kedua-dua penaja, En. Soong Jin Teck dan Puan Tan Siyok Ten, kepada En. Lim Tian Ong, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah SJK(C) Buloh, serta En. Teh Long Pang, Guru Besar SJK(C) Buloh, sebagai simbolik penyerahan sumbangan.

SJAMKBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penaja atas sumbangan yang amat bermakna ini.

Semoga jalinan kerjasama serta semangat keprihatinan ini akan terus diperkukuhkan demi memperkasakan pendidikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Address

Lot. 7939, Lorong 2, Jalan Shahbandar
Batu Pahat
83000

Telephone

07-4384999

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when St.John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to St.John Ambulans Malaysia Kawasan Batu Pahat:

Shortcuts

Share