Jabatan KEMAS P192 Mas Gading

Directions Contact the practice

Jabatan KEMAS P192 Mas Gading "PENGGERAK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT LUAR BANDAR"

10/06/2026
10/06/2026
09/06/2026
09/06/2026

𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒𝐔𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐀 & 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇

🕊️ SALAM TAKZIAH 🕊️Seluruh warga KEMAS DAERAH BAU/LUNDU merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga dan...
08/06/2026

🕊️ SALAM TAKZIAH 🕊️

Seluruh warga KEMAS DAERAH BAU/LUNDU merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada ahli keluarga dan rakan taulan mendiang Puan Kamisah Anak Jarob.

Mendiang merupakan Pendidik Masyarakat TABIKA di TABIKA KEMAS KAMPUNG SELAMPIT A LUNDU yang telah menghembuskan nafas terakhir pada hari ini, Isnin, 8 Jun 2026.

Segala jasa bakti dan pengorbanan yang telah mendiang curahkan dalam mendidik anak bangsa khususnya di TABIKA KEMAS KAMPUNG SELAMPIT A LUNDU akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga seluruh ahli keluarga mendiang diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi suasana duka ini. Semoga segala urusan pengebumian dan keluarga mendiang dipermudahkan.

Ikhlas daripada:
Pegawai KEMAS DAERAH BAU/LUNDU
serta seluruh warga kerja KEMAS Bau/Lundu.

Selamat Hari Gawai 2026Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai NyamaiSemoga sambutan Hari Gawai membawa kegembiraan, kemakmuran, ke...
01/06/2026

Selamat Hari Gawai 2026

Gawai Dayak, Gayu Guru Gerai Nyamai

Semoga sambutan Hari Gawai membawa kegembiraan, kemakmuran, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.

Raikan budaya, hargai warisan, dan teruskan membina masa depan yang cemerlang bersama.

Selamat Hari Gawai!

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Mas Gading.


27/05/2026

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga KEMAS dan masyarakat Malaysia.

Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran yang dihayati pada hari mulia ini menjadi inspirasi dalam memperkukuh ukhuwah, menyemai kasih sayang serta mempertingkatkan semangat kebersamaan demi kesejahteraan bersama.

Semoga setiap ibadah korban dan amal kebajikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

✨ Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H ✨

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga KEMAS

27/05/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥 A𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Saya dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat khasnya kepada semua anggota KEMAS Negeri Sarawak serta warga KEMAS di seluruh negara.

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S yang menjadi lambang ketaatan, keikhlasan serta pengorbanan yang tinggi kepada Allah SWT.

Semoga melalui peristiwa penuh makna ini, kita dapat terus meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wata’ala serta memperkukuhkan semangat untuk terus berkorban demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, agama dan negara tercinta.

Dalam masa yang sama, marilah kita terus memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama, sentiasa menyemai nilai-nilai murni, berfikiran positif serta melihat setiap cabaran sebagai peluang untuk membina sebuah komuniti yang lebih sejahtera dan bersatu padu.

Semoga Aidil Adha kali ini membawa keberkatan, kedamaian dan rahmat buat kita semua.

“𝐌𝐢𝐧𝐚𝐥 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐧 𝐖𝐚𝐥 𝐅𝐚𝐢𝐳𝐢𝐧, 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧”

Ikhlas daripada,

𝐓𝐚𝐮𝐟𝐢𝐤 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐘𝐮𝐬𝐨𝐩
Pengarah
Jabatan KEMAS Negeri Sarawak

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

26/05/2026

Sempena musim perayaan dan cuti panjang ni, Mimin ada pesanan istimewa untuk semua! 🐾✨

Hati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Pandu dengan berhemah, jangan terburu-buru ya 😆🚗

Sentiasa ingat orang tersayang, semoga selamat sampai ke destinasi 🤲✨




Address

D/A Pusat Sumber KEMAS Kampung Apar, Singai
Bau
94000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan KEMAS P192 Mas Gading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan KEMAS P192 Mas Gading:

Shortcuts

Share