Hospital BAU

Call Directions Contact the practice

Hospital BAU Government institution providing outpatient treatment, medical and surgical treatment also nursing care. Halaman Rasmi bagi hebahan di Hospital Bau, Sarawak

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026Berbeza budaya, bahasa dan warisan, namun kita disatukan oleh satu identiti — Malaysia. 🇲🇾S...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

Berbeza budaya, bahasa dan warisan, namun kita disatukan oleh satu identiti — Malaysia. 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan terus menjadi kekuatan dalam membina negara yang harmoni, sejahtera dan penuh muhibah.

Selamat Hari Malaysia ke-63 daripada seluruh warga kerja Hospital Bau. ❤️💙💛🤍

🎗️ Kesihatan mental milik semua.Ubah tanggapan, bina harapan. Bersama kita cegah kehilangan yang boleh dicegah. ❤️10 Sep...
10/09/2026

🎗️ Kesihatan mental milik semua.

Ubah tanggapan, bina harapan. Bersama kita cegah kehilangan yang boleh dicegah. ❤️

10 September 2026
Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia

Setiap tahun pada 10 September, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan serta menggalakkan usaha bersama dalam memelihara kesihatan mental dan kesejahteraan masyarakat.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental, membudayakan sikap saling mengambil berat serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyokong bagi mereka yang sedang menghadapi tekanan emosi atau krisis kehidupan.

🇲🇾 Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.

Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam

Kesihatan Mental Milik Semua ❤️

09/09/2026

🌫️ 𝐂𝐮𝐚𝐜𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐞𝐫𝐞𝐛𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 ? 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦 𝐚𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩𝐧𝐲𝐚! 💧

Keadaan berjerebu dan cuaca panas yang melanda kini boleh menyebabkan badan kita lebih cepat kehilangan cecair. 🥵

Untuk kekal sihat dan terhidrat:
1️⃣ Sentiasa peka: Jerebu dan cuaca panas meningkatkan kehilangan cecair dalam badan.
2️⃣ Minum air secukupnya: Badan yang kekal terhidrat dapat berfungsi dengan lebih baik. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.
3️⃣ Pilih air kosong: Lebihkan minum air masak/kosong dan kurangkan minuman manis!

𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐢𝐝𝐫𝐚𝐭, 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭!

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa nahas helikopter yang melibatkan 4 petugas kesihatan kita dan seorang juruter...
09/09/2026

Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa nahas helikopter yang melibatkan 4 petugas kesihatan kita dan seorang juruterbang.

Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Ingatan dan doa kami bersama kalian.

— Seluruh Warga Kerja Hospital Bau

𝑺𝑨𝑳𝑨𝑴 𝑻𝑨𝑲𝒁𝑰𝑨𝑯

Ingatan dan doa buat petugas kesihatan dan krew yang terlibat dalam insiden nahas helikopter petang ini.

Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi detik ujian ini.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Kementerian Kesihatan Malaysia

🌍 SELAMAT HARI FISIOTERAPI SEDUNIA 2026!📅 8 September 2026Tema:“Peranan fisioterapi dan aktiviti fizikal dalam pencegaha...
08/09/2026

🌍 SELAMAT HARI FISIOTERAPI SEDUNIA 2026!
📅 8 September 2026

Tema:
“Peranan fisioterapi dan aktiviti fizikal dalam pencegahan, pengurusan dan pemulihan penyakit kardiovaskular serta strok.”

Tahukah anda? 💡

Aktiviti fizikal dan fisioterapi memainkan peranan penting dalam membantu mencegah penyakit, mengurus keadaan kesihatan serta memulihkan fungsi dan kualiti hidup pesakit yang mengalami penyakit kardiovaskular dan strok. 💪

🏃‍♀️ Kekal aktif
❤️ Jaga kesihatan jantung
🧠 Cegah komplikasi strok
💪 Tingkatkan kekuatan dan pergerakan
🌱 Amalkan gaya hidup sihat

🫀🧠 GERAK BERSAMA, SIHAT BERSAMA! 🧠🫀

Jerebu bukan sekadar mengaburkan pandangan, tetapi boleh memberi kesan kepada kesihatan. 🌫️Kenali gejala akibat pendedah...
05/09/2026

Jerebu bukan sekadar mengaburkan pandangan, tetapi boleh memberi kesan kepada kesihatan. 🌫️

Kenali gejala akibat pendedahan kepada jerebu dan ambil langkah berjaga-jaga. Jika mengalami gejala yang berterusan atau semakin serius, dapatkan pemeriksaan kesihatan.

Jaga diri, jaga keluarga. Kesihatan kita, tanggungjawab bersama.

😷 Jaga Kesihatan Diri Semasa Jerebu! 😷Pastikan anda dan keluarga mengambil langkah-langkah pencegahan berikut untuk keka...
04/09/2026

😷 Jaga Kesihatan Diri Semasa Jerebu! 😷

Pastikan anda dan keluarga mengambil langkah-langkah pencegahan berikut untuk kekal sihat:

1️⃣ Pantau IPU:
Sentiasa semak Indeks Pencemaran Udara terkini.
2️⃣ Gunakan Topeng Muka:
Pakai topeng muka N95 atau 3-Ply yang diperakui dengan betul.
3️⃣ Hadkan Aktiviti Luar:
Kurangkan berada di luar rumah jika tidak ada keperluan.
4️⃣ Minum Air Secukupnya:
Pastikan kekal terhidrasi sepanjang hari.

Untuk sebarang kecemasan, hubungi Hospital Bau di talian:
📞 Talian Kecemasan: 999
📞 Direct Line: 082-763711
📱 Facebook: Hospital BAU (Official)

Sihat Bersama, Komuniti Bau Lebih Kuat. 💪✨

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan perpaduan, keharmonian dan kec...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69

Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan perpaduan, keharmonian dan kecintaan kita kepada negara.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja Hospital Bau

😷 HEBAHAN JEREBU 😷Warga Bau diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim jerebu ini:📺 Kurangkan aktiv...
21/08/2026

😷 HEBAHAN JEREBU 😷

Warga Bau diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim jerebu ini:

📺 Kurangkan aktiviti di luar rumah.
😷 Pakai pelitup muka (seperti N95) jika perlu keluar.
🏠 Tutup pintu dan tingkap rumah.
🥛Banyakkan minum air kosong.
🖐🏻 Sentiasa cuci tangan & muka selepas aktiviti luar.

Jika anda mengalami masalah sesak nafas, batuk, atau iritasi mata yang berterusan, sila dapatkan rawatan segera di Hospital Bau.

📍 Hospital Bau
📞 082-763 711

🤱💕 SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2026Hospital Bau dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bau telah berga...
19/08/2026

🤱💕 SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA 2026

Hospital Bau dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bau telah berganding bahu menjayakan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026 yang berlangsung pada 14 Ogos 2026 di Hospital Bau.

Bertemakan “Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari – Perkukuhkan Amalan yang Berkesan”
(“Breastfeeding for a Sustainable Start in Life: Strengthen What Works”), sambutan ini menekankan kepentingan penyusuan susu ibu sebagai asas terbaik untuk permulaan kehidupan bayi. Susu ibu membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan bayi, di samping membantu meningkatkan daya tahan tubuh serta mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. 💗

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Bau, Dr. Jasmany ak Liboh, dengan kehadiran Breastfeeding Support Group Daerah Bau, ibu-ibu antenatal, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Bau serta kakitangan Hospital Bau yang turut memeriahkan sambutan.

Sepanjang program, para peserta mengikuti dua sesi ceramah, kuiz serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Turut diadakan ialah pameran dan perkongsian informasi berkaitan pemakanan ibu mengandung dan ibu berpantang serta teknik penyusuan bayi yang betul.

Semoga kerjasama erat antara Hospital Bau dan Pejabat Kesihatan Daerah Bau ini dapat terus memperkukuh sokongan terhadap ibu dan keluarga dalam menjayakan penyusuan susu ibu — demi permulaan kehidupan yang lebih sihat dan lestari untuk setiap bayi. 🤱🌿

Address

Hospital Bau, Batu 1 1/2 Jaln Bau-Lundu
Bau
94000

Telephone

+6082763711

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital BAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital BAU:

Shortcuts

Share

Category