Kelab Sukan & Kebajikan JKR Bentong - KSK BTG

Kelab Sukan & Kebajikan JKR Bentong - KSK BTG Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Sukan & Kebajikan JKR Bentong - KSK BTG, Mental Health Service, Bentong.

Hi-Tea Ladies KSK JKR Bentong @ Restoran Labu Labi ๐ŸŒธAlhamdulillah, program Hi-Tea Ladies Kelab Sukan dan Kebajikan JKR B...
17/07/2026

Hi-Tea Ladies KSK JKR Bentong @ Restoran Labu Labi ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, program Hi-Tea Ladies Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Bentong berlangsung dengan penuh kemeriahan di Restoran Labu Labi. Bukan sekadar makan-makan dan tukar-tukar hadiah, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta berkenalan dengan isteri Jurutera Daerah, Puan Zuniza dalam suasana yang santai dan mesra.

Dengan tema Floral, semua tampil anggun, ceria dan menyerikan majlis. Semoga ukhwah yang terjalin terus mekar seperti bunga dan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. ๐ŸŒธ๐Ÿ’

16/07/2026
Alhamdulillah, Program Hiking Bukit DO anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Bentong telah selesai dilaksanakan d...
16/07/2026

Alhamdulillah, Program Hiking Bukit DO anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Bentong telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta semua yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, menyemarakkan semangat berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga JKR Daerah Bentong.

Jumpa lagi di program akan datang. Kekal aktif, kekal sihat! ๐Ÿ’ชโ›ฐ๏ธ๐Ÿ”ฅ

01/07/2026

Happy Birthday Geng Jun๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰

PART3 lagi2 GAMBAR
25/06/2026

PART3 lagi2 GAMBAR

๐Ÿฝ๏ธ๐ŸŽ PART 2: MAKAN-MAKAN & CABUTAN BERTUAH ๐ŸŽ๐Ÿฝ๏ธSelepas selesai aktiviti 10 Ribu Langkah dan CSR, peserta menikmati jamuan ...
25/06/2026

๐Ÿฝ๏ธ๐ŸŽ PART 2: MAKAN-MAKAN & CABUTAN BERTUAH ๐ŸŽ๐Ÿฝ๏ธ

Selepas selesai aktiviti 10 Ribu Langkah dan CSR, peserta menikmati jamuan makan tengah hari dalam suasana santai sambil beramah mesra. Kemuncak program diteruskan dengan acara cabutan bertuah yang dinanti-nantikan oleh semua peserta.

Tahniah kepada semua pemenang! Kepada yang belum berjaya, jangan kecewa kerana yang penting kita dapat bersama-sama memeriahkan program, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan indah bersama warga JKR Daerah Bentong serta rakan-rakan dari Pejabat Hutan Daerah Bentong. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ฐ๐ŸŽ‰

๐ŸŽ‰๐Ÿ€

๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ PROGRAM 10 RIBU LANGKAH & CSR KSK JKR DAERAH BENTONG 2026 ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒฟAlhamdulillah, Program 10 Ribu Langkah dan CSR Kela...
25/06/2026

๐ŸŒฟ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ PROGRAM 10 RIBU LANGKAH & CSR KSK JKR DAERAH BENTONG 2026 ๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Program 10 Ribu Langkah dan CSR Kelab Sukan & Kebajikan (KSK) JKR Daerah Bentong telah berlangsung dengan jayanya, mula di Jambatan Sg Gabong, Penamat di Air Terjun Chamang.

Terima kasih kepada semua ahli kelab yang hadir dan sama-sama menjayakan program ini. Turut memeriahkan program ialah rakan-rakan dari Pejabat Hutan Daerah Bentong yang bersama-sama menyertai aktiviti 10 ribu langkah serta gotong-royong membersihkan kawasan Taman Eko Chamang.

Selain menggalakkan gaya hidup sihat, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim, semangat kerjasama dan memupuk rasa tanggungjawab dalam menjaga kebersihan serta kelestarian alam sekitar.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

๐ŸŒณ๐Ÿ’š

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga setiap langkah hijrah kita dipermudahkan, setiap usaha diberkati dan set...
16/06/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga setiap langkah hijrah kita dipermudahkan, setiap usaha diberkati dan setiap doa dimakbulkan oleh Allah SWT. Salam Maal Hijrah buat semua.

๐Ÿ Kenangan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 3 Penjuru ๐ŸAlhamdulillah, Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 3 Penjuru a...
13/06/2026

๐Ÿ Kenangan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 3 Penjuru ๐Ÿ

Alhamdulillah, Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 3 Penjuru antara Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Daerah Bentong, JKR HQ Kuala Lumpur dan BPMEK Kuala Lumpur telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan hubungan antara jabatan serta memupuk semangat kerja berpasukan. Terima kasih kepada semua pemain, urusetia dan penyokong yang telah menjayakan program ini.

Sukan menyatukan kita, persahabatan mengukuhkan kita. ๐Ÿ’ช๐Ÿ






Address

Bentong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan JKR Bentong - KSK BTG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share