Klinik Medik Premier

Klinik Medik Premier Klinik Medik Premier (formerly know as Klinik Syazwani) was opened in Aug 2014 by a local female doctor, Dr Syazwani Arshad.
(257)

We move towards excellence by offering medical and healthcare services at the primary care level.

🌫️ IPU BINTULU: 155 — TIDAK SIHATBacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bintulu pada 1.00 petang, 10 Ogos 2026 mencatat...
10/08/2026

🌫️ IPU BINTULU: 155 — TIDAK SIHAT

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bintulu pada 1.00 petang, 10 Ogos 2026 mencatatkan 155, iaitu pada tahap TIDAK SIHAT.

Dalam keadaan berjerebu, kurangkan aktiviti di luar rumah, gunakan pelitup muka jika perlu, minum air secukupnya dan dapatkan rawatan sekiranya mengalami batuk, sesak nafas atau mata pedih.
Jaga diri dan keluarga. ❤️

Kesihatan anda, keutamaan kami.
📍 Klinik Medik Premier, Bintulu
📞 086-341527 / 086-342024 / 011-5932024
Sumber bacaan IPU: APIMS, Jabatan Alam Sekitar Malaysia

💐 Selamat Pengantin Baru, Nur Elana & Dzulfariq 💍🤍Hari ini, 8 Ogos 2026, Klinik Medik Premier ditutup sehari.Bukan keran...
08/08/2026

💐 Selamat Pengantin Baru, Nur Elana & Dzulfariq 💍🤍

Hari ini, 8 Ogos 2026, Klinik Medik Premier ditutup sehari.

Bukan kerana kami bercuti seperti biasa, tetapi kerana hari ini kami mahu berkumpul sebagai satu keluarga untuk meraikan hari bahagia rakan kami, Nur Elana bersama pasangan tercinta, Fariq. 🤍

Lana bukan sekadar rakan sekerja.

Sudah 9 tahun Lana bersama Klinik Medik Premier. Sembilan tahun berkongsi perjalanan, penat lelah, susah dan senang, serta menjadi sebahagian daripada keluarga kecil kami di sini.

Jadi apabila tiba salah satu hari paling bermakna dalam hidupnya, kami mahu berada di sana — bersama-sama meraikannya. 🥹🤍

Kadang-kadang, sebuah tempat kerja perlu berhenti seketika untuk menghargai insan yang telah bertahun-tahun memberikan masa, tenaga dan hatinya bersama kami.

Buat Elana & Fariq,

Semoga bahtera perkahwinan yang dibina sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan-Nya. Semoga cinta yang bermula hari ini terus tumbuh dalam setiap fasa kehidupan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga. 🤲🏻✨

Tahniah, Elana & Fariq. Selamat Pengantin Baru! 💐

Hari ini adalah hari kalian, dan kami bersyukur dapat bersama-sama meraikannya. 🤍

Kepada semua pelanggan Klinik Medik Premier, terima kasih kerana memahami mengapa kami tutup hari ini. Terima kasih kerana memberi kami ruang sehari untuk meraikan hari bahagia salah seorang daripada keluarga KMP.

🏥 Esok, 9 Ogos 2026, kami akan dibuka semula seperti biasa.

Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda. 🤍

— Keluarga Klinik Medik Premier

08/08/2026

MINGGU INI, SAYA MELIHAT BEBERAPA ORANG USAHAWAN MENANGIS…

Saya mendengar sendiri keluhan beberapa orang usahawan minggu ini yang menangis kerana perniagaan mereka sudah terlalu “memenatkan” mereka.

Mereka bukan baru berniaga. Ada yang sudah membina perniagaan bertahun-tahun. Ada yang pernah mencapai jualan jutaan ringgit. Dari luar, orang melihat mereka berjaya. Ada pejabat, ada staf, ada pelanggan dan jualan masih masuk.

Tetapi di sebalik semua itu, mereka sebenarnya sudah terlalu penat.

Penat memikirkan sales setiap bulan. Penat mengejar staf supaya melakukan kerja. Penat menyelesaikan masalah customer. Penat menanggung kos operasi yang semakin tinggi. Penat menjadi tempat semua orang bergantung, sedangkan mereka sendiri tidak tahu kepada siapa mereka boleh bergantung.

Ada yang berkata kepada saya, “Datuk Wira, saya sudah tidak tahu apa lagi yang saya perlu buat.”

Ada yang mengaku sudah lama tidak tidur dengan tenang. Badan berada di rumah bersama keluarga, tetapi fikiran masih berada di pejabat. Telefon berbunyi sedikit sahaja, jantung mula berdebar kerana bimbang ada masalah baharu.

Ada juga yang berkata, “Dulu saya bina bisnes ini kerana mahu kehidupan yang lebih baik. Tetapi sekarang, bisnes ini seperti mengambil seluruh kehidupan saya.”

Saya faham perasaan itu.

Kadang-kadang bukan kerana mereka malas. Bukan kerana mereka sudah tidak mahu berusaha. Dan bukan juga kerana bisnes mereka tidak mempunyai potensi.

Mereka penat kerana terlalu lama menjadi “enjin utama” kepada perniagaan sendiri.

Semua keputusan perlu menunggu mereka. Semua masalah perlu diselesaikan oleh mereka. Sales bergantung kepada mereka. Team bergantung kepada mereka. Customer mahu bercakap dengan mereka. Malah perkara kecil juga akhirnya kembali kepada mereka.

Selagi founder bekerja, bisnes bergerak. Apabila founder berhenti seketika, semuanya mula perlahan.

Inilah realiti yang jarang diceritakan tentang perjalanan membina perniagaan daripada bawah RM1 juta kepada RM10 juta, RM25 juta dan seterusnya.

Pada peringkat awal, kekuatan founder ialah keupayaannya melakukan hampir semuanya sendiri. Founder menjual, menjaga customer, mengurus operasi, memantau kewangan dan memastikan setiap perkara diselesaikan.

Cara itu mungkin berjaya membawa bisnes ke RM1 juta.

Tetapi jika cara yang sama diteruskan untuk membawa bisnes ke RM5 juta, RM10 juta atau RM25 juta, kekuatan itu akhirnya boleh menjadi perangkap.

Semakin besar bisnes, semakin banyak masalah yang datang. Semakin ramai staf, semakin kompleks cabarannya. Semakin tinggi jualan, semakin besar tekanan terhadap cash flow, operasi, kualiti dan kepimpinan.

Jika semuanya masih bergantung kepada founder, bisnes mungkin sedang berkembang tetapi founder sedang perlahan-lahan tenggelam.

Sebab itu saya selalu katakan, setiap tahap pertumbuhan memerlukan versi founder yang berbeza.

Untuk pergi daripada bawah RM1 juta kepada RM5 juta, founder perlu belajar menghasilkan jualan secara konsisten dan membina pasukan asas.

Untuk pergi daripada RM5 juta kepada RM10 juta, founder perlu membina sistem, struktur, kawalan kewangan dan pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab.

Untuk pergi daripada RM10 juta kepada RM25 juta, founder tidak lagi boleh mengurus semua perkara secara langsung. Founder perlu memimpin melalui barisan kepimpinan, menggunakan data untuk membuat keputusan dan memastikan organisasi mampu bergerak tanpa semuanya menunggu dirinya.

Bukan kerana founder perlu meninggalkan bisnes.

Tetapi kerana founder perlu berhenti menjadi orang yang menanggung seluruh bisnes di atas bahunya seorang diri.

Kadang-kadang apabila seorang usahawan berkata, “Saya sudah penat,” apa yang sebenarnya sedang berlaku bukanlah dia mahu menyerah kalah.

Dia hanya sudah tidak mampu meneruskan perjalanan dengan cara yang sama.

Mungkin dia tidak memerlukan lebih banyak motivasi untuk bekerja kuat. Dia sudah terlalu lama bekerja kuat.

Apa yang dia perlukan ialah kejelasan.

Apa yang perlu dihentikan? Apa yang perlu disusun semula? Siapa yang perlu dibina? Siapa yang tidak lagi sesuai? Sistem apa yang belum wujud? Dan apakah tanggungjawab yang sepatutnya tidak lagi dipikul oleh founder?

Kita selalu memuji usahawan yang sanggup berkorban untuk membina perniagaan. Tetapi jangan sampai seluruh kesihatan, keluarga, ketenangan jiwa dan kehidupannya turut dikorbankan kerana bisnes tidak pernah dibina untuk berdiri tanpa dirinya.

Kepada founder yang sedang penat, saya mahu anda tahu bahawa penat itu bukan semestinya bermaksud anda sudah gagal.

Mungkin ia petanda bahawa cara lama sudah sampai ke penghujungnya.

Anda tidak semestinya perlu meninggalkan impian tersebut. Tetapi anda mungkin perlu membina semula cara untuk mencapainya.

Berehat seketika jika perlu. Berani mengakui apa yang tidak lagi berfungsi. Dapatkan bantuan. Bina semula struktur. Bentuk pemimpin. Perkemaskan sistem. Lepaskan perkara yang tidak lagi sepatutnya berada di tangan anda.

Kerana perjalanan menuju RM10 juta–RM25 juta tidak sepatutnya hanya membesarkan perniagaan sehingga founder kelihatan berjaya di mata orang lain.

Perjalanan itu juga sepatutnya membina sebuah organisasi yang lebih kuat tanpa menghancurkan manusia yang memulakannya.

Kadang-kadang, keberanian terbesar seorang founder bukan untuk terus bertahan dengan cara yang sama.

Tetapi untuk berkata:

“Cara ini sudah tidak boleh diteruskan. Saya mesti mencari jalan yang lebih baik.”

Datuk Wira

KOMEN “Laporan Bisnes” dan kami akan DM anda sistem penilaian serta laporan yang kami guna untuk bantu ramai usahawan untuk kenal pasti dengan cepat apa yang perlu diperbaiki dan bagaimana untuk keluar daripada keadaan ini.

Our clinic will be closes on 8 August 2026  & will re-open on 9 August 2026
08/08/2026

Our clinic will be closes on 8 August 2026 & will re-open on 9 August 2026

🩷 SEMPENA BREASTFEEDING WEEK 🩷Jom sertai LIVE TikTok Klinik Medik Premier bersama Dr. Syazwani Arshad (Chief Operating O...
06/08/2026

🩷 SEMPENA BREASTFEEDING WEEK 🩷

Jom sertai LIVE TikTok Klinik Medik Premier bersama Dr. Syazwani Arshad (Chief Operating Officer) dan Jeslynn Seow, Owner of Baby Jay Boutique, Bintulu.

📅 6 Ogos 2026 (Khamis)
🕣 8:30 malam
📍 TikTok:

Mari belajar, berkongsi pengalaman dan dapatkan tip penyusuan daripada panel jemputan kami. Jumpa anda di LIVE! 💕

06/08/2026

Ramai ibu risau tentang pemakanan semasa menyusu. Apakah makanan yang paling anda keliru?

04/08/2026

Penerangan Konsultasi Laktasi

02/08/2026

KISAH BENAR : IBU HAMPIR GIVEUP PENYUSUAN...

Jadual doktor minggu ini
02/08/2026

Jadual doktor minggu ini

Address

No 196 & 197, Ground Floor, Assyakirin Commercial Square
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
13:30 - 20:00
Tuesday 08:00 - 12:00
13:30 - 20:00
Wednesday 08:00 - 12:00
13:30 - 20:00
Thursday 08:00 - 12:00
13:30 - 20:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 20:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 11:00

Telephone

+6086342024

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Medik Premier posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Medik Premier:

Shortcuts

Share

Category