Dari Hawa Kepada Hawa

Dari Hawa Kepada Hawa Perkongsian ilmu dari doktor wanita kepada wanita

GBS adalah bakteria yang biasa didapati dalam saluran f***j wanita dan boleh disalurkan kepada bayi semasa kelahiran. Ba...
23/06/2024

GBS adalah bakteria yang biasa didapati dalam saluran f***j wanita dan boleh disalurkan kepada bayi semasa kelahiran. Bakteria ini biasanya tidak berbahaya kepada wanita itu sendiri, tetapi boleh menyebabkan jangkitan serius buat bayi.
Jangkitan kuman GBS dari ibu kepada anak berlaku ketika anak dikeluarkan (dilahirkan) kerana melalui rongga f***j yang ada kuman GBS. Tetapi tidak semua bayi yang dilahirkan oleh ibu yang GBS positif akan dijangkiti kuman GBS. Dianggarkan kira-kira 1 dari 200 ratus bayi yang dilahirkan oleh ibu yang GBS positif akan mendapat jangkitan ini.
Walau bagaimana pun doctor dapat mengagak wanita mana yang telah disahkan GBS positif tinggi menjangkiti anak mereka. Wanita-wanita ini dikatakan sebagai wanita berisiko tinggi. Antara faktor yang diperhatikan ialah:

oPecah air ketuban melebihi 18 jam sebelum kelahiran
o Pecah air ketuban sebelum 37 minggu kandungan
o Jangkitan air kencing disebabkan GBS ketika mengandung
o Mempunyai sejarah bayi sebelum ini dijangkiti GBS
o Demam ketika bersalin
Kebarangkalian untuk wanita berisiko ini lebih tinggi untuk menjangkiti anak mereka. Oleh itu mereka diberikan perhatian yang lebih teliti.

Anda mengalami masalah keputihan yang melampau. Dapatkan pemeriksaan High Vaginal Swab di Klinik Myfamily ๐Ÿ˜ŠUjian HVS dil...
23/06/2024

Anda mengalami masalah keputihan yang melampau. Dapatkan pemeriksaan High Vaginal Swab di Klinik Myfamily ๐Ÿ˜Š
Ujian HVS dilakukan untuk mengetahui jenis kuman yang menjangkiti kawasan f***j/vagina/pangkal rahim sehingga menyebabkan keputihan yang tidak normal. Ianya termasuk untuk pengesanan bakteria GBS (Group B Streptococcus).
Klinik Myfamily Sg Dua : 04 358 0080
Whatsapp : https://wa.me/601155865584
Klinik Myfamily Georgetown : 04 2170 930
Whatsapp : https://wa.me/60183280930


Aduh! Setiap kali datang bulan je pasti akan rasa senggugut. Kaum hawa selalu kena begini? Mana satu yang anda kerap ken...
23/06/2024

Aduh! Setiap kali datang bulan je pasti akan rasa senggugut. Kaum hawa selalu kena begini? Mana satu yang anda kerap kena?
Sebenarnya ada 2 jenis senggugut yang anda kena tahu. Jika anda ada simptom senggugut yang teruk iaitu senggugut sekunder atau lebih dikenali sebagai Dysmenorrhea II. Sila berjumpa doktor ya, ia boleh jadi BAHAYA!

Endometriosis p**a ialah satu keadaan dimana selaput endometrium ini bukan sahaja tumbuh didalam rahim, tetapi juga dilu...
22/06/2024

Endometriosis p**a ialah satu keadaan dimana selaput endometrium ini bukan sahaja tumbuh didalam rahim, tetapi juga diluar rahim seperti pada salur fallopian, ovari atau usus-usus kecil atau besar. Ia dipanggil implan.ยญยญ
Memandangkan implan ini terbentuk diluar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan. Lama- kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk โ€˜cystsโ€™ serta menyebabkan perekatan (adhesion) yang menyukarkan pembenihan.
๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€

Endometriosis boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, segugut, kesakitan pada bawah perut dan pinggang, , keguguran, gangguan kencing, dan lain-lain. Tetapi ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang gejala. Tahap kesakitan tidak berkait dengan betapa teruknya endometriosis yang dialami.
Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan rawatan sewajarnya. Sila berjumpa dengan doktor untuk penerangan lanjut ๐Ÿ˜Š

22/06/2024

Disarankan melakukan scan peranakan untuk melihat keadaan rahim dan ovari anda atleast setahun sekali tau.
Klinik Myfamily Sg Dua : 04 358 0080
Whatsapp : https://wa.me/601155865584
Klinik Myfamily Georgetown : 04 2170 930
Whatsapp : https://wa.me/60183280930


๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ๐—ฆ๐—จ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐ŸคฑBagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu badan, ketahui persediaan dan p...
22/06/2024

๐—ฃ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—จ๐—ฆ๐—จ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—•๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐Ÿคฑ

Bagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu badan, ketahui persediaan dan panduan menyusu ibu bekerja yang boleh diamalkan.
๐ŸŒท Selepas bayi lahir, atur jadual penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan jika anda sudah mula berkerja.
๐ŸŒท Sediakan barangan penyusuan secukupnya seperti pam susu, botol, pemanas susu dan beg simpanan penyusuan.
๐ŸŒท Dapatkan pam susu yang betul dan selesa dengan anda bagi memudahkan anda mengeluarkan susu dengan lancar. Antara pam susu yang terdapat di pasaran adalah pam susu manual, pam susu elektrik dan dwi pam susu.
๐ŸŒท Pelajari cara menggunakan pam susu seperti bagaimana untuk meletakkan pam susu pada payudara dan teknik yang perlu dibuat bagi melancarkan pengeluaran susu badan.
๐ŸŒท Sediakan susu yang diperah beberapa minggu lebih awal sebelum anda memulakan kerja. Pelajari cara menyimpan susu yang sudah diperah, kemudian tandakan masa dan tarikh susu anda dipam. Ketahui bagaimana untuk mengenal pasti sama ada susu tersebut masih elok ataupun tidak.
๐ŸŒท Sebagai panduan menyusu ibu bekerja, beberapa minggu sebelum kembali memulakan kerja, sesekali berikan si manja susu ibu yang diletakkan dalam botol dan lihat penerimaannya. Pilih botol yang sesuai dengan bayi anda dan pelajari tips supaya bayi tidak keliru puting.
๐ŸŒท Berbincang dengan majikan anda tentang perancangan anda untuk meneruskan penyusuan susu badan. Nyatakan kekerapan yang anda perlukan dalam sehari (di tempat kerja) untuk mengepam susu.
๐ŸŒท Sediakan senarai semak barangan penyusuan yang perlu dibawa ke tempat kerja supaya tiada barang yang tertinggal. Panduan menyusu ibu bekerja yang paling penting adalah, jangan lupa untuk meninggalkan barangan penyusuan seperti botol penyusuan, susu badan yang sudah diperah dan pemanas botol kepada pengasuh bayi.

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—–๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘‰Untuk pemeriksaan ketumbuhan dalam rahim.๐Ÿ‘‰Untuk check ketulan cecair dalam rahim๐Ÿ‘‰Untuk perik...
18/06/2024

๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—–๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐—  ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ

๐Ÿ‘‰Untuk pemeriksaan ketumbuhan dalam rahim.
๐Ÿ‘‰Untuk check ketulan cecair dalam rahim
๐Ÿ‘‰Untuk periksa size telur atau cyst yang berulang
๐Ÿ‘‰Bagi mereka yang pernah melahirkan cesarean baby
๐Ÿ‘‰Memeriksa luka cesarean dalaman
๐Ÿ‘‰Bagi mereka yang mengalami simptom2 sakit bawah perut berulang
๐Ÿ‘‰Pervaginal bleeding yang merisaukan
๐Ÿ‘‰Mereka yang sedang merancang untuk hamil
Kesimp**annya, pentingnya scan rahim adalah kerana jika anak-anak remaja anda lambat turun period, scan rahim untuk memastikan rahim wujud.

Wanita yang ada PCOS hanya perlu menjaga diet dan menurunkan berat badan, dengan mengamalkan pengambilan makanan yang si...
17/06/2024

Wanita yang ada PCOS hanya perlu menjaga diet dan menurunkan berat badan, dengan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan padat dengan nutrien seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

17/06/2024

Anda ada masalah period tak teratur, muka berjerawat dan berat badan bertambah? Jom buat pemeriksaan PCOS di Klinik Myfamily ๐Ÿ˜Š

Jika antara anda semua mempunyai simptom pcos, anda perlu membuat rawatan segera. Rawatan ini bertujuan untuk mengawal s...
17/06/2024

Jika antara anda semua mempunyai simptom pcos, anda perlu membuat rawatan segera. Rawatan ini bertujuan untuk mengawal simptom dan mencegah sebarang ketumbuhan pada ovari.
Klinik Myfamily Sg Dua : 04 358 0080
Whatsapp : https://wa.me/601155865584
Klinik Myfamily Georgetown : 04 2170 930
Whatsapp : https://wa.me/60183280930


Rahim terbalik atau nama saintifiknya retroverted uterus merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Rahim retroverted ad...
16/06/2024

Rahim terbalik atau nama saintifiknya retroverted uterus merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Rahim retroverted adalah variasi normal kedudukan rahim untuk 10-25% wanita, manakala majoriti wanita 75-90% rahimnya anteverted atau ke depan.
Apabila wanita disahkan ada masalah rahim terbalik, pasti kerisauan mula melanda terutamanya bagi yang inginkan zuriat. Buat pengetahuan anda, rahim terbalik tidak mengganggu kesuburan seseorang wanita malahan ia sebenarnya merupakan variasi anatomi biasa.
Keadaan rahim terbalik boleh berlaku kerana beberapa sebab contohnya penyakit seperti endometriosis atau penyakit radang pelvis (PID). Penyakit ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil dan tiada kaitan dengan kedudukan rahim.
๐Ÿ‘‰Penyakit ini boleh meninggalkan parut yang mengganggu pergerakan telur melalui tiub fallopio(Fallopian tube) sebelum disenyawakan oleh sperma.
๐Ÿ‘‰Jika anda mengalami kesakitan semasa hubungan kelamin atau haid yang menyakitkan, doktor akan melakukan ujian fizikal untuk mengesan penyakit seperti endometriosis atau PID menyebabkan kesakitan.
๐Ÿ‘‰Rahim terbalik tidak perlu dirawat, tetapi endometriosis atau PID perlu dirawat bagi meningkatkan peluang untuk mengandung.
๐Ÿ‘‰Endometriosis dan fibroid seringkali dirawat. Apabila dikesan lebih awal, PID boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.
๐Ÿ‘‰Jika perlu, rawatan kemandulan seperti inseminasi intrauterin (IUI) atau persenyawaan in vitro (IVF), boleh membantu seseorang wanita untuk hamil.
Anda boleh berjumpa doktor untuk memastikan punca sebenar sukar hamil.

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—œ๐—•๐—จ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—จ๐—  ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—” ? ๐Ÿค”Ia adalah bertujuan memeriksa kadar gula dalam darah ibu mengandung bagi me...
16/06/2024

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—œ๐—•๐—จ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—œ๐—ก๐—จ๐—  ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—š๐—จ๐—Ÿ๐—” ? ๐Ÿค”

Ia adalah bertujuan memeriksa kadar gula dalam darah ibu mengandung bagi mengesan tanda kencing manis sewaktu mengandung (Gestational Diabetes Mellitus) atau dikenali sebagai GDM.
๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ฆ๐—ง ๐—ก๐—œ ๐—ž๐—˜ ? ๐Ÿง

Saranan kepada ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas untuk buat ujian ini pada 24-28 minggu kehamilan (6-7 bulan) mengandung. Ia bertujuan menjaga kesihatan ibu dan bayi dikandung kerana ibu yang GDM boleh mendatangkan risiko seperti :
โœ… keguguran kelahiran pramatang
โœ… bayi yang besar
โœ… kematian tiba tiba
โœ… masalah jantung dan tulang belakang bayi
Golongan berisiko seperti :
โœ… BMI melebihi 30
โœ… Pernah alami GDM atau mempunyai keluarga yang ada kencing manis
โœ… Pernah melahirkan bayi yang berat melebihi 4kg atau kelahiran bermasalah atau keguguran

Address

78, Lorong Merbau Jaya 1
Butterworth
13800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dari Hawa Kepada Hawa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dari Hawa Kepada Hawa:

Share