29/10/2025
URUT & SENDAWA.
Urut Dengan Ruqyah Kebiasaannya mengurut melibatkan sentuhan, si pesakit akan sendawa atau Perawat/tukang urut akan sendawa.
Saya minta penjelasan daripada mana datangnya angin dalam badan yg menyebabkan kita sendawa. Difahamkan didalam perubatan Fisoterapi, angin datang dari gelembong udara dari urat di dalam otot.
Tapi bagaimana p**a urut pesakit tapi yang sendawa ialah Perawat/tukang urut?
Perkara ini sukar dijelaskan oleh sains...
Pelik kannn??? Ada transfer...transfer ka..??
Tapi didalam Islam ada penjelasannya...
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَالْجَآنَّ خَلَقْنٰهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَّارِ السَّمُومِ
"Dan jin p**a, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."
(QS. Al-Hijr 15: Ayat 27)
Antara kebolehan yang dimiliki oleh makhluk jin ialah kemampuan memasuki dan bergerak dalam tubuh manusia melalui salur darah. Sabda Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) di dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah.”
Dalam surah Sad, ayat 41, terdapat kisah tentang nabi Ayub a.s. yang diganggu fizikalnya melalui kemasukan syaitan ke dalam tubuh baginda sehingga menimbulkan pelbagai penyakit. Firman Allah SWT:
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami, Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kesusahan dan azab seksa (penyakit)”.
Kredit : Khairul Azmee Ibnu Yusof