U.n.i Farmasi - Dungun & Pulau Serai

U.n.i Farmasi - Dungun & Pulau Serai KEL SPECIALIST HEALTHCARE SDN BHD
BRN: 201701025746 (1239912-D)
Dimiliki oleh usahawan bumiputera. Berkhidmat untuk komuniti. Berdaftar dengan e-Perolehan.

Sedia berkolaborasi dengan pelbagai agensi untuk pelbagai program kesihatan atau berkaitan. Ditubuhkan pada 2017, Farmasi KSH yang kini telah dinamakan semula kepada U.n.i Farmasi dimiliki oleh KEL Specialist Healthcare Sdn Bhd menumpukan kepada perkhidmatan komuniti farmasi meliputi ubat-ubatan, produk kesihatan, kecantikan, penjagaan diri, alat sanitari, dan lain-lain. Fokus khidmat perundingan farmasi dan ubat-ubatan adalah komuniti Dungun, Terengganu.

18/06/2026

PENGUMUMAN

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang bertanya:

"U.n.i Farmasi sama ke dengan U.n.i Klinik?"

Jawapannya adalah TIDAK SAMA.

Kami menggunakan branding U.n.i yang sama kerana kami berada di bawah program khas MARA iaitu ProSPEC (Program Usahawan Profesional), yang menghimpunkan usahawan daripada pelbagai profesion seperti pharmacist, doktor dan veterinar.

Namun begitu, setiap perniagaan di bawah program ini adalah ENTITI YANG BERBEZA.

Operasi, pengurusan, hala tuju perniagaan dan tanggungjawab profesional masing-masing diuruskan secara berasingan oleh syarikat yang berbeza.

Untuk makluman:

U.n.i Farmasi Dungun dan U.n.i Farmasi Pulau Serai adalah di bawah pengurusan syarikat bumiputera KEL Specialist Healthcare Sdn Bhd (KSH) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dari sudut pemilikan, operasi atau pengurusan dengan mana-mana U.n.i Group yang berada di bawah syarikat lain.

Di U.n.i Farmasi dan KEL Specialist Healthcare, kami sentiasa berpegang teguh kepada nilai integriti, profesionalisme dan etika sebagai healthcare professional, healthcare provider dan juga sebagai seorang Muslim.

Kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan merupakan amanah yang sangat kami hargai dan pelihara.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan kepada kami.

UniFarmasi Dungun Dan PulauSerai


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Keb...
01/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja U.n.i Farmasi Dungun & Pulau Serai.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Tahun 2026.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga MARA.








Selamat Hari Pekerja.Dalam diam, ramai yang bekerja tanpa tepukan.Tanpa spotlight.Tapi hasilnya…Dirasai ramai.Dunia berg...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja.
Dalam diam, ramai yang bekerja tanpa tepukan.
Tanpa spotlight.
Tapi hasilnya…Dirasai ramai.
Dunia bergerak bukan kerana yang paling kuat bersuara, tetapi kerana mereka yang konsisten memberi.

Terima kasih kepada semua!
Sumbangan anda significant!🥰

Daulat Tuanku!Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-64, Hari Keput...
26/04/2026

Daulat Tuanku!

Merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-64,
Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 26 April 2026 bersamaan 08 Dzulkaedah 1447H.

Semoga Allah SWT memelihara Tuanku, mengurniakan kesihatan yang baik dan keberkatan dalam pemerintahan.

Dengan ingatan tulus ikhlas dan sembah takzim daripada kami seluruh warga kerja U.n.i Farmasi - Dungun, Kemasik & Pulau Serai.

Dirgahayu Tuanku!

Address

Lot 3998-1 Tingkat Bawah Bangunan MPD, Simpang Balai Polis Dungun, Batu 48
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6098423832

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when U.n.i Farmasi - Dungun & Pulau Serai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to U.n.i Farmasi - Dungun & Pulau Serai:

Share