PRAKTIS

PRAKTIS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PRAKTIS, Durian Tunggal.

PERSATUAN PEGAWAI TADBIR DAN IKHTISAS atau PRAKTIS adalah sebuah badan yang mewakili dan menyatu padukan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UTeM dibawah satu pertubuhan yang berdaftar.

πŸŽ‰πŸŽ TAHNIAH KEPADA 51 PEMENANG CABUTAN BERTUAH! πŸŽπŸŽ‰Tahniah dan syabas diucapkan kepada 51 orang pemenang cabutan bertuah y...
24/07/2026

πŸŽ‰πŸŽ TAHNIAH KEPADA 51 PEMENANG CABUTAN BERTUAH! πŸŽπŸŽ‰

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 51 orang pemenang cabutan bertuah yang telah berjaya membawa pulang hadiah istimewa sempena Mesyuarat Agung PRAKTIS Kali Ke-19! ✨

Tidak lupa juga kepada seluruh ahli yang turut memeriahkan Mesyuarat Agung PRAKTIS Kali Ke-19. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan penuh semua ahli dalam menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini.

Mesyuarat Agung PRAKTIS Kali Ke-19Sedang berlangsung pada hari ini, Mesyuarat Agung PRAKTIS Kali Ke-19 yang menjadi wada...
24/07/2026

Mesyuarat Agung PRAKTIS Kali Ke-19

Sedang berlangsung pada hari ini, Mesyuarat Agung PRAKTIS Kali Ke-19 yang menjadi wadah untuk menghimpunkan seluruh ahli dalam menyatukan suara, memperkukuh kebersamaan serta memperkasa peranan PRAKTIS dalam menjaga kebajikan ahli.

Mesyuarat Agung kali ini turut membuka ruang kepada pemilihan barisan kepimpinan baharu bagi mengisi kerusi Ahli Jawatankuasa PRAKTIS bagi sesi 2026–2028.

Semoga Mesyuarat Agung kali ini menjadi titik tolak kepada lahirnya barisan kepimpinan yang lebih dinamik, inklusif dan berintegriti dalam membawa PRAKTIS melangkah lebih jauh ke hadapan.

Bengkel Pelan Strategik MASTI 2026/2027 dan Mesyuarat MASTI Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan di Universiti Malaysi...
23/01/2026

Bengkel Pelan Strategik MASTI 2026/2027 dan Mesyuarat MASTI Bil. 1/2026 telah berjaya dilaksanakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bengkel dan mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Wan Mohd Wazir bin Wan Abdul Wahab, Presiden MASTI, dan bertujuan memperkukuh hala tuju strategik MASTI bagi tempoh 2026 hingga 2027.

PRAKTIS telah diwakili oleh Encik Mohd Radzif bin Abd Hamid, Presiden; Puan Noorazilah binti Mohamed, Timbalan Presiden; serta Encik Nurhafidz bin Abd Sahak, Naib Presiden II. Program ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada beberapa Universiti Awam termasuk UTeM yang mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa tadbir urus Universiti Awam di Malaysia.

Dalam bengkel ini, UTeM bersama USIM, UniMAP, UPM dan UIAM telah diberikan mandat dan tanggungjawab bagi melaksanakan program strategik MASTI. Antara program utama yang dirancang ialah Program Inovasi Pengurusan Universiti yang merangkumi Innovation Lab, Hackathon dan Festival of Ideas (FOI). Program ini bertujuan membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pentadbir universiti, di samping menyediakan platform penyelesaian kepada isu-isu sebenar berkaitan pengurusan dan pentadbiran melalui kerjasama rentas universiti serta rentas skim perkhidmatan.

Selain itu, bengkel ini turut menekankan pelaksanaan Program Siri Intelektual Pentadbir Universiti (SIFU) sebagai satu inisiatif berterusan untuk meningkatkan kompetensi dan keupayaan profesional pentadbir universiti. Program ini juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda transformasi universiti awam ke arah pengurusan yang lebih mampan, berdaya saing dan berimpak tinggi.

MASTI turut merancang pelaksanaan Program Ikon Pentadbir Universiti sebagai usaha mengiktiraf dan memperkasa profesionalisme pentadbir melalui latihan, seminar dan perkongsian amalan terbaik.

Secara keseluruhannya, bengkel dan mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan MASTI dan PRAKTIS dalam memperkasa sistem pentadbiran universiti awam melalui pendekatan inovasi, kolaborasi strategik dan pembangunan profesional yang berterusan.

ANUGERAH PENTADBIR TERBAIK TAHUN 2025Seluruh warga PRAKTIS mengucapkan sekalung tahniah kepada Ts. Dr. Ruziah binti Ali,...
04/12/2025

ANUGERAH PENTADBIR TERBAIK TAHUN 2025

Seluruh warga PRAKTIS mengucapkan sekalung tahniah kepada Ts. Dr. Ruziah binti Ali, Pengarah Penerbit Universiti atas penganugerahan ANUGERAH PENTADBIR TERBAIK di Majlis Anugerah Bitara Kesidang 2025 yang berlangsung pada 3 Disember 2025 di Grand Raja Chulan Ballroom, Ames Hotel Melaka.

Semoga penganugerahan ini akan menjadi inspirasi kepada semua warga PRAKTIS untuk terus cemerlang dalam mengharumkan nama pentadbir UTeM.

Tahniah sekali lagi daripada seluruh warga PRAKTIS.


πŸŽ‰πŸŽ¨ Tahniah! πŸŽ¨πŸŽ‰Sekalung Tahniah buat semua pemenang yang telah berjaya dalam pertandingan mewarna bersempena Sambutan Har...
29/11/2025

πŸŽ‰πŸŽ¨ Tahniah! πŸŽ¨πŸŽ‰

Sekalung Tahniah buat semua pemenang yang telah berjaya dalam pertandingan mewarna bersempena Sambutan Hari Keluarga Jubli Perak 25 Tahun UTeM anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) serta jutaan terima kasih buat para peserta yang telah menyertai dan memeriahkan program pada hari ini.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM



Meriah ! 🎨✨ Sedang berlangsung Pertandingan Mewarna bersempena sambutan Hari Keluarga Jubli Perak 25 Tahun UTeM, anjuran...
29/11/2025

Meriah ! 🎨✨ Sedang berlangsung Pertandingan Mewarna bersempena sambutan Hari Keluarga Jubli Perak 25 Tahun UTeM, anjuran bersama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PRAKTIS) di Dewan Sukan, UTeM.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM



Address

Durian Tunggal
76109

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PRAKTIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share