Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM

Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM Laman Facebook Rasmi Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Sains Malaysia

🧠 INFO KAUNSELOR SIRI 03/2026 | Kenali Hormon GembiraTahukah anda? Perasaan gembira, tenang, bermotivasi dan disayangi d...
07/08/2026

🧠 INFO KAUNSELOR SIRI 03/2026 | Kenali Hormon Gembira

Tahukah anda? Perasaan gembira, tenang, bermotivasi dan disayangi dipengaruhi oleh bahan kimia semula jadi dalam otak iaitu dopamin, serotonin, oksitosin dan endorfin.

Mari kenali fungsi setiap hormon serta amalan harian yang boleh membantu meningkatkan kesejahteraan emosi dan kesihatan mental.

πŸ’š Kesejahteraan bermula dengan langkah kecil yang diamalkan setiap hari.

Kenyataan Rasmi daripada Lembaga Kaunselor Malaysia tentang Definisi dan Etika Kaunselor.πŸ“ŒNota: Kaunselor tidak menyedia...
22/07/2026

Kenyataan Rasmi daripada Lembaga Kaunselor Malaysia tentang Definisi dan Etika Kaunselor.

πŸ“ŒNota:
Kaunselor tidak menyediakan jawapan bagi setiap persoalan atau menawarkan penyelesaian secara langsung. Sebaliknya, kaunselor berperanan membimbing klien meneroka isu yang dihadapi, memahami diri dengan lebih mendalam, serta membantu klien mengenal pasti pilihan dan membuat keputusan yang bersesuaian berdasarkan kekuatan dan keupayaan diri mereka sendiri.

Menyantuni Emosi, Memperkasa Pasukan: Pegawai Psikologi USM Berkongsi Kepakaran Bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau P...
10/07/2026

Menyantuni Emosi, Memperkasa Pasukan: Pegawai Psikologi USM Berkongsi Kepakaran Bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang atas kepercayaan menjemput En. Muhammad Firdaus Abu Mansor, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia USM sebagai penceramah bagi Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Team Building Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 19 Mei 2026 di White Resort Camp, Balik Pulau.

Sepanjang dua slot bertajuk "Mastering Your Emotional Intelligence at Work" dan "Mastering Your Emotional Intelligence at Work: Practical Group Dynamics & Application", peserta didedahkan dengan pelbagai pendekatan pembelajaran interaktif yang menggabungkan elemen psikologi, pengalaman dan refleksi kendiri. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Ice Breaking, Terapi Seni Emosi, Aktiviti Tubuhku, perbincangan berkumpulan serta latihan aplikasi dinamik kumpulan yang memberi fokus kepada pengurusan emosi, komunikasi berkesan, empati dan kerjasama dalam pasukan.

Pendekatan berasaskan pengalaman (experiential learning) ini bukan sahaja mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, malah membantu peserta memahami kepentingan kecerdasan emosi sebagai asas dalam membina pasukan yang berdaya tahan, saling menyokong dan berprestasi tinggi.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang ini terus diperkukuh dalam usaha memperkasakan kesejahteraan psikologi, pembangunan modal insan serta budaya kerja yang cemerlang.

πŸ“Œ INFO KAUNSELOR SIRI 02/2026🚫 Kenali Individu Toksik: Lindungi Emosi, Jaga Kesejahteraan DiriPernahkah anda berasa leti...
09/07/2026

πŸ“Œ INFO KAUNSELOR SIRI 02/2026

🚫 Kenali Individu Toksik: Lindungi Emosi, Jaga Kesejahteraan Diri

Pernahkah anda berasa letih, tertekan atau hilang semangat selepas berinteraksi dengan seseorang?

Mungkin anda sedang berhadapan dengan individu toksik. Mereka sering mempamerkan tingkah laku seperti memanipulasi, gemar mengkritik, bersikap narsisistik, culas bekerja atau sentiasa membawa aura negatif yang boleh menjejaskan kesejahteraan emosi dan prestasi kerja.

Melalui Info Kaunselor Siri 02/2026 ini, warga USM dapat mengenali:
βœ… Ciri-ciri individu toksik
βœ… Cara mengurus interaksi dengan lebih bijak
βœ… Langkah melindungi kesejahteraan mental di tempat kerja

πŸ’™ Ingatlah, anda tidak bertanggungjawab mengubah orang lain. Sebaliknya, anda bertanggungjawab menjaga kesejahteraan diri sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita membina persekitaran kerja yang lebih sihat, positif dan saling menghormati.

Kesihatan Mental Bermula Dengan Batasan Yang Sihat. 🌿

CERAMAH "ASYIK OVERTHINKING SAMPAI NAIK PENING" DI JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANGPada 19 Jun 2026, Bahagian Sumbe...
06/07/2026

CERAMAH "ASYIK OVERTHINKING SAMPAI NAIK PENING" DI JABATAN KESIHATAN NEGERI PULAU PINANG

Pada 19 Jun 2026, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar berbesar hati menerima jemputan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk mengendalikan Ceramah "Asyik Overthinking Sampai Naik Pening" yang telah berlangsung di Dewan Utama, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Jalan Residensi.

Ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohamad Shafieq bin Ishak, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai fenomena overthinking, faktor-faktor yang menyumbang kepada corak pemikiran berlebihan, kesannya terhadap kesejahteraan mental serta pendekatan yang boleh diamalkan untuk menguruskan pemikiran secara lebih sihat dan konstruktif.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta turut berpeluang mengikuti aktiviti refleksi dan perkongsian interaktif yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengurus emosi, membina daya tahan psikologi serta mengamalkan strategi yang dapat membantu mengurangkan kecenderungan berfikir secara berlebihan dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja.

Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Diharapkan jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan melalui pelbagai inisiatif pembangunan modal insan pada masa akan datang.

PROGRAM PSIKOSOIAL PUSAT PENYELIDIKAN BIOKIMIA ANALISIS (ABrC): PENGURUSAN STRES DAN KESIHATAN MENTAL BERSAMA PEGAWAI PS...
15/06/2026

PROGRAM PSIKOSOIAL PUSAT PENYELIDIKAN BIOKIMIA ANALISIS (ABrC): PENGURUSAN STRES DAN KESIHATAN MENTAL BERSAMA PEGAWAI PSIKOLOGI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pada 11 Jun 2026 (Khamis) telah berlangsungnya sesi perkongsian Psikososial Pengurusan Stres dan Kesihatan Mental yang disampaikan oleh Encik Mohamad Shafieq bin Ishak, Pegawai Psikologi, Bahagian Sumber Manusia di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan I2U, SAINS@USM.

Program anjuran Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC) Universiti Sains Malaysia ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga staf mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan pengurusan stres di tempat kerja. Antara topik yang dikongsikan termasuk pengenalan kepada stres dan kesihatan mental, tanda-tanda awal stres dan burnout, kepentingan mendapatkan bantuan profesional, serta kaedah praktikal dalam menyokong persekitaran tempat kerja yang sejahtera.

Program turut diserikan dengan aktiviti interaktif yang memberi ruang kepada peserta untuk membuat refleksi kendiri dan meningkatkan pemahaman tentang pengurusan stres secara sihat dan berkesan.

Tahniah kepada pihak ABrC atas penganjuran program yang bermanfaat ini.

PODCAST SEMBANG KAUNSELOR EDISI KAUNSELOR STAF HPUSMJom sama sama sertai podcast edisi khas ini yang bakal menemui anda ...
09/06/2026

PODCAST SEMBANG KAUNSELOR EDISI KAUNSELOR STAF HPUSM

Jom sama sama sertai podcast edisi khas ini yang bakal menemui anda pada 11 Jun 2026 (Khamis)

Mata CPD Staf & myCSD Pelajar disediakan!

Jumpa anda di sana!

Info Kaunselor Siri 01/2026Lesu Upaya (Burnout): Bila Penat Itu Lebih Daripada Sekadar LetihJom kenali Lesu Upaya atau B...
09/06/2026

Info Kaunselor Siri 01/2026
Lesu Upaya (Burnout): Bila Penat Itu Lebih Daripada Sekadar Letih

Jom kenali Lesu Upaya atau Burnout, tanda-tanda, punca dan cara menguruskannya sebelum ia memberi kesan kepada kesejahteraan diri serta prestasi kerja anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Address

Unit Perhubungan Dan Kesejahteraan Staf, Bahagian Sumber Manusia Aras 2, Bangunan Canselori, Universiti Sains
George Town
11800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perkhidmatan Perundingan & Kaunseling Staf USM:

Shortcuts

Share