20/11/2026
🎈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐀𝐉𝐀𝐌
✨ “My Day. My Rights. My Future.”
“Hari Saya, Hak Saya, Masa Depan Saya.”
Hospital Bukit Mertajam telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 bagi meraikan keistimewaan, keunikan dan potensi setiap kanak-kanak.
Berteraskan tema tahun ini, sambutan ini mengangkat kepentingan menghormati hak kanak-kanak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat, sihat dan penyayang. Selain itu, sambutan ini turut menekankan kepentingan memastikan setiap suara kanak-kanak didengari serta hak mereka untuk mendapatkan perlindungan, pendidikan dan penjagaan kesihatan sentiasa terpelihara.
🎈 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡
Pelbagai aktiviti interaktif, permainan dan acara menarik telah diadakan bagi memeriahkan sambutan serta memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergembira, berinteraksi dan menonjolkan kreativiti serta bakat masing-masing.
Sambutan ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga hospital, kanak-kanak dan keluarga, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak secara holistik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada 𝐃𝐫. 𝐊𝐚𝐯𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐣 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐚𝐬, Pegawai Perubatan Tadbir Urus Klinikal (PPTUK) Hospital Bukit Mertajam yang telah merasmikan majlis, 𝐃𝐫. 𝐊𝐡𝐨𝐨 𝐇𝐮𝐢 𝐋𝐲𝐧𝐧, Ketua Jabatan Pediatrik, pihak pengurusan hospital, jawatankuasa pelaksana serta seluruh warga hospital atas komitmen, sokongan dan kerjasama dalam menjayakan sambutan ini.
💚 Every child matters. Every right matters. Every child deserves a brighter future.