23/08/2026
21.8.2026
💦SWEAT FRIDAY 💦
SIHAT ITU SAYA
Dalam kesibukan dengan tugasan dan kerja harian, masa untuk menjaga kesihatan tetap perlu dicari❤️
Setiap Jumaat, warga kerja PKD Hulu Perak meluangkan masa untuk aktiviti berjalan kaki dan kecergasan melalui SWEAT FRIDAY 🚶♀️🚶♂️
Bukan sekadar untuk mengeluarkan peluh, tetapi juga menjadi ruang untuk kita menghirup udara segar, menikmati keindahan alam, keluar seketika daripada rutin kerja, meringankan tekanan dan meluangkan masa bersama rakan sekerja☀️
Dan kalau ada tugasan yang terpaksa juga harus diselesaikan, jangan risau! 😆
Boleh aja laksana kerja sambil berjalan dengan telefon pintar di tangan. 📱🚶♀️
Dengan kecanggihan teknologi hari ini
“We can work everywhere!” 💻📱
Apa yang penting adalah pengurusan masa dan pengurusan kerja supaya kesihatan diri tidak terus diketepikan
Kerja penting
Kesihatan pun penting
Jangan tunggu ada masa untuk bersenam ,
KITA CARI MASA💪💦
SWEAT FRIDAY
Move More, Stress Less! 💦💪🌿