Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak

Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak Kami sedia membantu

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŒIkhlas daripada๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎSemoga Aidiladha kali ini membawa...
27/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Ikhlas daripada
๐Š๐ฅ๐ข๐ง๐ข๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh umat Islam.

Marilah kita menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Pesanan Kesihatan:
โ€ข Utamakan kebersihan ketika penyediaan makanan dan ibadah korban
โ€ข Pastikan pengambilan makanan secara sederhana dan seimbang
โ€ข Minum air secukupnya dan dapatkan rehat yang mencukupi sepanjang musim perayaan
โ€ข Pandu dengan berhati-hati dan utamakan keselamatan keluarga

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

fans

16/05/2026

โ€œSihat Itu Saya, Sihat Itu Kitaโ€
๐ŸŒฟ Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu ๐ŸŒฟ

Bersama memupuk budaya hidup sihat demi kesejahteraan komuniti.
Ayuh hadir memeriahkan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu dengan pelbagai aktiviti menarik, pemeriksaan kesihatan serta informasi bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.

โœจ Sihat bermula daripada diri sendiri, demi keluarga dan komuniti yang lebih sejahtera.

Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak

๐Ÿ“ธ Antara momen sepanjang Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu 2026 berlangsung termasuk penyampaian hadiah kepad...
16/05/2026

๐Ÿ“ธ Antara momen sepanjang Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu 2026 berlangsung termasuk penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan serta cabutan bertuah yang telah menceriakan lagi suasana program dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung.

๐Ÿ“ธ Sekitar perjalanan program Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah sert...
16/05/2026

๐Ÿ“ธ Sekitar perjalanan program Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah serta mendapat sambutan dan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

๐Ÿ“ธ Antara suasana dan momen sepanjang berlangsungnya Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu 2026 yang telah mendapa...
16/05/2026

๐Ÿ“ธ Antara suasana dan momen sepanjang berlangsungnya Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu 2026 yang telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat serta para pengunjung yang hadir memeriahkan program.

โœจ TERIMA KASIH DIUCAPKAN โœจ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐”๐‹๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pihak pengurusan serta seluruh warga kerja Kl...
16/05/2026

โœจ TERIMA KASIH DIUCAPKAN โœจ

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐Š๐‹๐ˆ๐๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐†๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐”๐‹๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pihak pengurusan serta seluruh warga kerja Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Hari Terbuka Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu 2026 yang telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya.

Penghargaan khusus ditujukan kepada para pengunjung, komuniti setempat, agensi kerajaan dan swasta, rakan strategik, para petugas, sukarelawan serta semua individu yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan penglibatan semua pihak amat bermakna dalam memastikan objektif program untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dapat dicapai dengan sebaiknya.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti kesihatan dan perkhidmatan telah berjaya dilaksanakan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan pergigian, pemeriksaan mata pesakit kencing manis, derma darah, ceramah kesihatan, aktiviti kecergasan serta pelbagai program santai yang melibatkan segenap lapisan masyarakat. Sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai membuktikan bahawa kesedaran terhadap amalan gaya hidup sihat semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

Pihak Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak penaja dan penyumbang yang telah memberikan sumbangan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Segala bentuk bantuan dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran program ini.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan mendapat keberkatan dan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

โ€œ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ท๐‘จ๐‘ต๐‘ฑ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฏ๐‘จ๐’€๐‘จ๐‘ป, ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จโ€ ๐ŸŒฟ

15/05/2026
๐Ÿ“ข ESOK! JANGAN LEPASKAN PELUANG! ๐Ÿ“ขWarga Pengkalan Hulu, anda ada kemusykilan tentang ubat-ubatan? Nak tahu ubat yang and...
15/05/2026

๐Ÿ“ข ESOK! JANGAN LEPASKAN PELUANG! ๐Ÿ“ข

Warga Pengkalan Hulu, anda ada kemusykilan tentang ubat-ubatan?
Nak tahu ubat yang anda makan tu berdaftar atau tidak? Atau ada ubat lama yang dah tamat tempoh tapi tak tahu nak buang kat mana?
Jom datang beramai-ramai ke:
๐Ÿฅ HARI TERBUKA KLINIK KESIHATAN PENGKALAN HULU๐Ÿ’Š

Program Kenali Ubat Anda

๐Ÿ—“ Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu) - ESOK!
๐Ÿ•— Masa: Mulai 8.00 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Kaunter Farmasi, Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu

Aktiviti Menarik Menanti Anda:
โœ… Jom Tanya Farmasi Anda? โ€“ Sesi konsultasi ubat-ubatan secara percuma.
โœ… Semakan Status Ubat โ€“ Pastikan ubat anda berdaftar & selamat.
โœ… Pelupusan Ubat Selamat โ€“ Bawa ubat lama/rosak anda untuk dilupuskan dengan cara yang betul.
โœ… Kuiz Ringkas โ€“ Jawab soalan mudah & bawa pulang cenderamata!

Jumpa anda di sana esok pagi! Sebarkan berita baik ini kepada keluarga dan jiran tetangga. ๐Ÿ˜Š



๐Ÿ’ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ’Dedikasi kalian tidak pernah mengenal penat, pengorbanan kalian menjadi harapan buat masy...
12/05/2026

๐Ÿ’ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐‘๐€๐–๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ’

Dedikasi kalian tidak pernah mengenal penat, pengorbanan kalian menjadi harapan buat masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga jururawat di Pejabat Kesihatan Daerah PKD Hulu Perak dan Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak atas jasa, keikhlasan serta komitmen yang tidak ternilai dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada komuniti.

Sekalung penghargaan juga diucapkan atas sumbangan dan tanda penghargaan sempena Sambutan Hari Jururawat 2026 daripada YB Amin Roslan , DR. Safwan Mohamad , En. Salehuddin Isa serta Bank Rakyat Baling di atas sumbangan dan pemberian kek yang amat bermakna buat seluruh warga jururawat. ๐Ÿ’™

Kalian bukan sekadar petugas kesihatan,
tetapi insan yang membawa harapan, kekuatan dan sinar buat setiap pesakit. ๐Ÿ’™

โ€œJururawat bukan sekadar profesion, tetapi lambang kasih sayang, pengorbanan dan kemanusiaan.โ€ ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€โš•๏ธ

Address

Pengkalan Hulu
Gerik
33100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category