Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan Gopeng

Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan Gopeng ISNIN - SABTU
(9AM - 10PM)

TEL : 053592627

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN::

1) Rawatan pesakit Luar (Demam/Batuk/Sakit Urat dsb)
2) Pembedahan Kecil
3) Khatan Kanak-Kanak dan Dewasa
4) Pemeriksaan Ibu Mengandung (Antenatal dan Postnatal)
5) Pemeriksaan Susulan Bayi
6) Suntikan Vaksin Bayi
7) Suntikan Vaksin Bakal Haji/Umrah dan Lain-Lain
8) Ujian Darah/Urin
9) Saringan Penyakit Tidak Berjangkit (Darah Tinggi/Diabetis/Kolesterol dsb)
10) Rawatan Susulan Pesakit Discaj Hospital

31/10/2024
Suntikan umrah juga ada diklinik kami DAPATKAN SEGERA STOK TERHAD 👍
21/06/2024

Suntikan umrah juga ada diklinik kami DAPATKAN SEGERA STOK TERHAD 👍

30/12/2023
30/12/2023

Hanya yang pernah alami faham bagaimana keadaan bernafas laju tetapi tidak “rasa” oksigen sampai ke otak 😓😓

Individu yang alami serangan panik akan bernafas dengan laju tetapi pendek pendek. Situasi ini menyebabkan

⚠️ Terlalu banyak gas karbon dioksida disingkirkan
⚠️ Garam kalsium berkurangan
⚠️ Garan kalium berkurangan

Paras kalsium yang terlalu rendah akan akibatkan kedua dua belah tangan membengkok dan kejang. Bibir akan rasa kebas dan badan akan menjadi lemah.

Ya betul, situasi ini akan menyebabkan individu bertambah panik dan bernafas lebih laju.

Jika berlaku situasi ini, duduk dengan tenang. Cuba bernafas berulang kali di dalam beg kertas. Masalah hyperventilation syndrome boleh reda dengan cara ini.

Anda gejala semakin teruk , datanglah ke hospital di bahagian kecemasan

28/10/2023

Empati adalah kemampuan untuk memahami apa yang dirasakan orang lain, melihat sesuatu dari sudut pandang orang lain, dan juga membayangkan diri sendiri berada di posisi orang tersebut.

Tips untuk Menimbulkan Rasa Empati

❤️ bergaul dengan orang yang memiliki latar belakang berbeza

❤️ Perhatikanlah bahasa tubuh, misalnya mimik muka, saat berkomunikasi dengan orang lain.

❤️ Berusahalah untuk mendengarkan cerita orang lain sebaik mungkin tanpa mencelah atau memberi pendapat.

31/07/2023

Strok andalah antara punca kematian utama rakyat Malaysia. Terdapat 2 jenis strok utama

1) Ischemic stroke- strok yang berlaku akibat saluran darah di otak tersumbat. Menyebabkan bekalan oksigen ke bahagian otak terganggu. 87% kejadian strok adalah berpunca dari ischemic stroke

2) Hemorrhagic stroke - strok yang berpunca dari saluran darah otak pecah dan berdarah. Situasi ini yang dikatakan sebagai pendarahan otak akibat strok

Punca utama yang menyebabkan saluran darah otak pecah adalah akibat tekanan darah TERLALU TINGGI untuk tempoh masa yang lama.

Bagaikan belon yang di tiup besar, lama kelamaan ia akan meletup dan pecah. Sebab itu sangat penting untuk memastikan tekanan darah terkawal dengan mengambil rawatan.

Kebiasaanya pesakit akan mengadu sakit kepala secara tiba tiba. Mereka mungkin lumpuh separuh badan, hilang penglihatan dan tidak boleh bertutur. Dalam keadaan yang lebih serius, kes akan muntah dan tidak sedarkan diri.

Pada tahun 2022, 6.5% kematian rakyat Malaysia adalah berpunca dari strok. Cegah strok dengan amalan gaya hidup yang sihat

* mencucuk hujung jari menggunakan jarum tidak akan meredakan tekanan darah, bawa pesakit dengan cepat ke jabatan kecemasan

28/07/2023

Salam semua. Ni min nak ajar macam mana nak beli minyak masak pada separuh harga dengan menjual semula minyak terpakai kita.

Peniaga goreng pisang /ayam goreng kat pasar malam dah lama tahu. Syarikat kedai makanan segera pun tahu. Rupanya minyak terpakai kita boleh dijual semula pada separuh harga daripada pembelian.

Jika kita beli RM30 untuk minyak masak 5 kg, kita boleh dapatkan semula RM15 dengan menjual semula kepada Petronas.

Gunakan semula RM15 tu untuk beli minyak RM30. Ulang semula selepas guna. Ya, mungkin kita takkan dapat balik 5kg tu tapi mungkin 4 kg pun ok daripada tak dapat langsung kan. RM3 Sekilo.

Minyak yang dikitar semula ini akan diproses menjadikan biofuel, sejenis bahan bakar kenderaan yang menggunakan campuran petrol dan minyak tumbuhan. Bukan saja kita dapat jimatkan perbelanjaan dapur, kita juga dapat mengurangkan kebergantungan dunia kepada bahan bakar jenis fosil.

20/07/2023

Bukan semua bahan sesuai untuk menjadi tempat penyimpanan dan penyediaan makanan. Untuk keselamatan, pilih bekas yang ada tanda “gred makanan”.

Penggunaan akuarium boleh menyebabkan kebocoran bahan kimia dari bahan akuarium (silikon) yang tidak selamat ke dalam makanan. Ada bahan bahan kimia bahaya yang boleh menyebabkan kanser.

Pam akuarium, lapisan dalam akuarium dan celah celah akuarium sukar untuk dibersihkan. Ada risiko pertumbuhan bakteria dan kulat.

Peniaga di ingatkan untuk mengutamakan keselamatan pengguna dan pengguna perlu bijak memilih premis makanan yang selamat.

18/07/2023

Kunyah Jadi Bijak?

Semudah kunyah beberapa kali sehari sudah ada perubahan tingkahlaku, anak menjadi lebih bijak, rajin belajar, mudah bangun pagi dan fokus dalam kelas. Itu contoh promosi yang dilakukan untuk produk kunyah jadi bijak.

Lebih menyedihkan, ada guru guru mempromosikan produk ini di media sosial dan ada juga dijual tanpa kawalan di sekolah. Ada ibu bapa mengadu, anak bawa pulang brosure dan merengek mahukan pil bijak kerana kawan kawan yang lain ada gunakan.

Harga yang dijual bukan murah ya. Lebih baik ibu bapa gunakan wang tersebut untuk membeli makanan berkhasiat.

Ibu bapa sekalian, TIADA jalan mudah untuk berjaya, kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Mahukan anak pandai, soleh tetapi enggan berusaha didik, asuh dan ajar anak sendiri, sebaliknya hanya harapkan pil untuk selesaikan masalah tingkah laku anak mereka yang tidak disenangi.

Ibu bapa yang BIJAK tidak akan membeli supplement kunyah jadi bijak, jadilah ibu bapa yang bijak ✅

Address

NO 3 Jalan Ixora
Gopeng
31600

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan Gopeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan Gopeng:

Share

Category