25/08/2026
๐ Public Health Malaysia
BILA PRODUK โHERBAโ TERASA TERLALU BERKESAN, KADANG-KADANG ADA SESUATU YANG TERSEMBUNYI
Perkongsian Dr Amirul Amzar hari ini wajar dijadikan pengajaran kepada kita semua.
Beliau berkongsi tentang seorang pesakit yang datang untuk follow-up dalam keadaan beberapa bacaan kesihatan semakin tidak terkawal. HbA1c meningkat daripada 5.4% kepada 6.6% dalam tempoh kurang 6 bulan, selain perubahan lain yang membimbangkan.
Apabila diteliti semula, pesakit tersebut mengaku mengambil satu produk suplemen bernama Setia Herba.
Inilah masalahnya.
Ada produk yang dipasarkan sebagai โherbaโ, โtradisionalโ, atau โ100% asliโ, tetapi sebenarnya mengandungi bahan ubat tersembunyi yang boleh memudaratkan.
Menurut Health Sciences Authority (HSA), Singapura, ujian terhadap produk Setia Herba mendapati ia mengandungi:
* Dexamethasone
* Prednisolone
* Diclofenac
HSA menyatakan bahawa produk ini dikesan mengandungi โtwo potent steroids โฆ and an anti-inflammatory painkiller.โ
Ini bukan isu kecil.
Steroid memang boleh membuatkan seseorang rasa cepat lega:
sakit sendi berkurang,
badan rasa ringan,
kurang radang,
kurang sakit.
Sebab itu ramai mudah percaya produk seperti ini โmenjadiโ.
Tetapi penggunaan steroid tanpa pengawasan boleh membawa kesan sampingan serius seperti:
* gula darah meningkat / diabetes
* berat badan naik
* muka dan badan berubah
* otot menjadi lemah
* tekanan darah tinggi
* osteoporosis
* katarak / glaukoma
* Cushing syndrome
Dalam kes yang dikongsikan, pesakit mengalami perubahan yang sangat membimbangkan dan konsisten dengan kesan steroid.
Inilah sebabnya kami selalu berpesan:
Jangan mudah beli produk kesihatan di media sosial hanya kerana testimoni.
Ramai nampak kesan cepat lalu anggap itu bukti produk bagus.
Hakikatnya, kesan cepat itu kadang-kadang datang daripada bahan ubat tersembunyi.
Lebih membimbangkan, ada pengguna yang bila berhenti produk, badan mula rasa tidak sedap lalu menyangka produk itu benar-benar โserasiโ.
Sedangkan itu mungkin tanda tubuh sudah terdedah kepada steroid.
Jika anda atau ahli keluarga sedang mengambil produk seperti ini, jangan berhenti secara mendadak tanpa nasihat doktor. Dapatkan pemeriksaan supaya keadaan kesihatan dapat dinilai dengan selamat.
Lindungi ibu bapa, pasangan dan ahli keluarga kita.
Jangan tertipu dengan label:
โ100% herbaโ
โtradisionalโ
โnaturalโ
โtestimoni ramaiโ
โviral di TikTokโ
Herba belum tentu selamat. Viral bukan bukti berkesan.
Public Health Malaysia