Rumah Sahabat

Rumah Sahabat Rumah Sahabat merupakan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) yang terletak di Hulu Langat Selangor berdaftar di bawah Agensi AntiDadah Kebangsaan

MAJLIS PELANCARAN SUNWAY FOR GOOD YANG DISEMPURNAKAN OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDD...
01/09/2026

MAJLIS PELANCARAN SUNWAY FOR GOOD YANG DISEMPURNAKAN OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ RAJA MUDA SELANGOR | PART 2

29 Ogos 2026 (Sabtu)
Rumah Sahabat Hulu Langat

Alhamdulillah, Rumah Sahabat Hulu Langat berbesar hati menerima keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Sunway for Good yang telah berlangsung pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Rumah Sahabat Hulu Langat.

Majlis ini turut menjadi satu detik yang amat bermakna apabila Pusat Transisi Rumah Sahabat yang telah berjaya disiapkan hasil kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), SAY dan Rumah Sahabat Hulu Langat, dengan sumbangan wakaf berjumlah RM50,000 daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.

Pusat Transisi Rumah Sahabat merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh usaha pemulihan serta menyediakan ruang yang lebih kondusif bagi membantu penghuni melalui fasa transisi sebelum kembali kepada keluarga dan masyarakat.

Dalam kesempatan yang sama, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor turut berkenan melawat projek kolam ikan Biofloc serta projek fertigasi i-Chor, yang merupakan antara inisiatif pembangunan dan pemerkasaan kemahiran penghuni Rumah Sahabat. Projek-projek ini dilaksanakan melalui kerjasama Rumah Sahabat Hulu Langat bersama Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, antaranya Datin Paduka Serena Che, Independent Non-Executive Director, Sunway Berhad; Mr. Ong Pang Yen, Executive Director, Chairman’s Office, Sunway Berhad; Pn. Nik Tasha Nik Kamaruddin, Chief Brand Strategy Officer, Sunway Berhad; YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); YBhg. Dato’ Mohd Jusni bin Hashim, Pegawai Daerah Hulu Langat; En. Asyraf Amri* Pengerusi Rumah Sahabat Hulu Langat; dan En. Aiman Syafiq Nazri, CEO SAY.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib* Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj); Y.D.H. Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Dato’ Rosli bin Othman, Orang Besar Daerah Hulu Langat; Y.D.H. ACP Naazron bin Abdul Yusof, Ketua Polis Daerah Kajang; YBhg. Pn. Nordina Haron, CEO Yayasan Kebajikan Negara; YB Datuk Wira Johan bin Abd Aziz; Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, Majlis Agama Islam Selangor; YBhg. Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Selangor; YBhg. Tuan Muhammad Afiq bin Mohd Salemi, Ketua Daerah AADK Hulu Langat; YBhg. Tan Sri Dato’ Hashim bin Meon, Ketua Penasihat Rumah Sahabat Hulu Langat; serta YBhg. Dr. Engku Mardiah Binti Engku Kamarudin, Ahli Penasihat Rumah Sahabat Hulu Langat.

Kehadiran para tetamu kehormat serta sokongan yang diberikan mencerminkan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkukuh usaha pemulihan, kebajikan dan pembangunan komuniti, khususnya dalam membantu individu yang sedang melalui proses pemulihan untuk kembali membina kehidupan yang lebih baik.

Pihak Rumah Sahabat Hulu Langat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), SAY, Universiti Putra Malaysia (UPM), pihak Sunway Berhad, serta seluruh tetamu kehormat dan rakan strategik atas keberangkatan, kehadiran, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan memberikan manfaat yang berpanjangan dalam memperkasa usaha pemulihan, pembangunan kemahiran serta kesejahteraan para penghuni dan komuniti setempat.

Daulat Tuanku.

MAJLIS PELANCARAN SUNWAY FOR GOOD YANG DISEMPURNAKAN OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDD...
01/09/2026

MAJLIS PELANCARAN SUNWAY FOR GOOD YANG DISEMPURNAKAN OLEH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ RAJA MUDA SELANGOR | PART 1

Alhamdulillah , telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul 1448H pada selasa yang lepas . Diharapkan dengan adanya pro...
30/08/2026

Alhamdulillah , telah berlangsungnya Sambutan Maulidur Rasul 1448H pada selasa yang lepas . Diharapkan dengan adanya program sebegini dapat memberi pengisian kerohanian dan agama yang lebih mendalam supaya dapat membantu residen membina perubahan diri dan menjalani kehidupan yang sihat tanpa dadah . Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat👍🏻✅

Alhamdulillah , selesai sudah Kursus Pengurusan Jenazah & Kursus Penyembelihan . Tujuan Kursus Pengurusan Jenazah dan Pe...
20/08/2026

Alhamdulillah , selesai sudah Kursus Pengurusan Jenazah & Kursus Penyembelihan . Tujuan Kursus Pengurusan Jenazah dan Penyembelihan diadakan untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran asas kepada residen Rumah Sahabat berkaitan tuntutan fardu kifayah serta amalan penyembelihan menurut syariat Islam . Kursus ini juga bertujuan membantu membentuk sahsiah , meningkatkan keyakinan diri dan memupuk rasa tanggungjawab serta keprihatinan terhadap masyarakat sebagai sebahagian daripada proses pemulihan dan pembinaan semula kehidupan mereka . Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Rafieudin daripada Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia kerana sudi hadir memenuhi jemputan👍🏻

Part 3
24/07/2026

Part 3

Part 2
24/07/2026

Part 2

Alhamdulilah , selesai sudah Sukan Tahunan Rumah Sahabat 2026 . Tahun ini merupakan tahun kedua sukan tahunan diadakan ,...
24/07/2026

Alhamdulilah , selesai sudah Sukan Tahunan Rumah Sahabat 2026 . Tahun ini merupakan tahun kedua sukan tahunan diadakan , antara sukan yang dipertandingkan adalah lompat jauh , lontar peluru , PingPong ,Larian , Sepak Takraw , Bola Tampar , Tarik Tali , Carrom , Dam Dan Catur . Tujuan hari sukan diadakan adalah menyemai sifat bersaing secara sihat dalam diri residen , terima kasih diucapkan kepada semua residen dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan hari sukan pada tahun ini . Tanpa usaha kalian program ini tidak akan berjaya👍🏻

Part 1

Alhamdulillah , khamis yang lepas rumah sahabat telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Selawat Rumah Pemulihan Riqab buat...
11/07/2026

Alhamdulillah , khamis yang lepas rumah sahabat telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Selawat Rumah Pemulihan Riqab buat kali pertama . Terima Kasih kepada rpr yang terlibat , tak lupa juga kepada Tan Sri Dato Hashim bin Meon merangkap Ketua Penasihat Rumah Sahabat kerana sudi meluangkan masa dan sentiasa memberi sokongan buat kami warga Rumah Sahabat .

Alhamdulillah , pada khamis yang lepas telah berlangsungnya Program Ibadah Qurban Rumah Sahabat bagi Tahun 2026 . Pihak ...
04/06/2026

Alhamdulillah , pada khamis yang lepas telah berlangsungnya Program Ibadah Qurban Rumah Sahabat bagi Tahun 2026 . Pihak pengurusan rumah sahabat merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta qurban , petugas , penyumbang serta seluruh residen rumah sahabat & ahli kariah yang sudi hadir dan berganding bahu menjayakan program ini .

Semangat kerjasama , pengorbanan dan ukhwah yang ditunjukkan amatlah dihargai . Semoga segala amal ibadah , sumbangan tenaga , masa dan harta yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda .

Mohon maaf dari kami pihak pengurusan rumah sahabat , jika ada terkurang dari pihak kami . Semoga Allah menerima ibadah qurban kita pada tahun ini .

Taqabbalallahu minna wa minkum .

Alhamdulillah , semoga segala urusan dan kerjasama dipermudahkan .
24/04/2026

Alhamdulillah , semoga segala urusan dan kerjasama dipermudahkan .

Address

Rumah Sahabat
Hulu Langat
43100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Sahabat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rumah Sahabat:

Shortcuts

Share