Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu INFO KESIHATAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Page Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu diwujudkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan isu-isu atau promosi penjagaan kesihatan semasa yang mana akan memberi pengetahuan secara umum kepada masyarakat. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

12/08/2026- WANITA-STI,HIV & AIDSKempen Pencegahan HIV&Jangkitan Seksual Sempena Hari Wanita KebangsaanProgram bersama A...
12/08/2026

12/08/2026- WANITA-STI,HIV & AIDS
Kempen Pencegahan HIV&Jangkitan Seksual Sempena Hari Wanita Kebangsaan

Program bersama Ahli Persatuan Pelitawanis Kenyir & Stesen-Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir dimulakan dengan senaman aerobik yang diketuai oleh Puan NorHafizah Binti Saleh, Fisioterapi Klinik Kesihatan Ajil.

Seterusnya, program diteruskan dengan perkongsian berkaitan kesihatan fizikal dan mental wanita yang disampaikan oleh Dr Nurul Shahirah Binti Ma'ajih Pegawai Perubatan PKD Hulu Terengganu yang menekankan kepentingan untuk berani memeriksa kesihatan, berani bersuara serta bebas daripada stigma.

🎀 “Berani Periksa, Berani Lindungi”
STI, HIV & Pap Smear — Kesihatan Wanita Tanpa Stigma
Sesi ini memberi penekanan terhadap kepentingan pencegahan HIV dan STI, pengesanan awal serta rawatan di samping usaha menghapuskan stigma terhadap individu yang terkesan.

🖤 “Kuat Bukan Bermakna Tak Pernah Lelah”
Kesihatan Mental Wanita — Faham, Bersuara & Hapuskan Stigma
Perkongsian menyentuh kepentingan menjaga kesihatan mental, mengenali tanda tekanan serta berani bersuara dan mendapatkan bantuan apabila diperlukan.Hapuskan stigma, bina komuniti yang lebih prihatin, memahami dan penyayang.

🧠 Selesai sesi perkongsian, program diteruskan dengan kuiz Kahoot secara interaktif bagi menguji tahap pemahaman peserta terhadap topik yang telah dikongsikan. Suasana menjadi lebih meriah dengan penglibatan aktif para peserta. Tiga peserta dengan markah tertinggi telah dipilih dan menerima hadiah sebagai tanda penghargaan.

Program turut diserikan dengan pelbagai pameran dan booth kesihatan, antaranya:
🥗 Pameran Pemakanan Wanita
🧠 Pameran Kesihatan Mental & NCD
❤️ Pameran Unit HIV & AIDS
🫁 Pameran Unit Tibi & Penyakit Berjangkit

Selain itu, turut diadakan saringan awal sebagai langkah pengesanan awal risiko kanser serviks, serta saringan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan berat badan, tekanan darah, paras kolesterol dan gula dalam darah.

Peserta yang didapati mempunyai masalah kesihatan telah diberikan nasihat, dirujuk serta ditetapkan temujanji untuk tindakan susulan.

🌷 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Persatuan Pelitawanis Kenyir & Stesen-Stesen Janakuasa Sultan Mahmud Kenyir atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini.

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan wanita mengenai kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental, menggalakkan amalan saringan serta membantu membina keyakinan untuk mendapatkan rawatan dan bantuan tanpa rasa takut atau stigma.

💖 Lindungi diri. Lindungi insan tersayang. Lindungi keluarga. 💖




&AIDS

KURSUS UPDATE TB PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU TERENGGANU 11 Ogos 2026 - Unit TB PKDHT telah mengadakan Kursus...
12/08/2026

KURSUS UPDATE TB PERINGKAT PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU TERENGGANU

11 Ogos 2026 - Unit TB PKDHT telah mengadakan Kursus Update TB peringkat PKDHT bertempat di Bilik Seminar KK Kuala Berang. Kursus ini dihadiri oleh anggota daripada pelbagai penjawatan termasuk pasukan TB Klinik Kesihatan PKDHT.

Antara tajuk yang dibentangkan :

1.Situasi Semasa Tibi Daerah 2025 & Memacu Usaha Global Hentikan Tibi 2035 & Pengurusan TB Dewasa
-Dr Wan Noor Anis Farhana binti Abdul Munaf,MOIC Unit TB/Kusta PKD Hulu Terengganu

2.Rawatan Anti-TB
-Pn Saliza Jusoh, Pegawai Farmasi, KK Kuala Berang

3.Prosedur Perundangan ke Atas Pesakit Tibi yang Cicir Rawatan
-Mohd Hanafi bin Salleh, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

4.Pengurusan LTBI (Latent Tuberculosis Infection)
Dr Nor Kasmawati binti Jamaludin
Pakar Perunding Perubatan Keluarga, KKA

5.Rawatan TB Kanak-kanak
-Dr Siti Nur Zakiah Abdul Razak
Pakar Perubatan Keluarga (Prawarta), KK Kuala Berang

Semoga dengan kursus ini akan meningkatkan kefahaman anggota PKDHT dalam mengurus dan merawat Penyakit Tuberculosis sekaligus meningkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan PKDHT.

Info kesihatan :
✅ TB adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria M. Tuberculosis
✅ Tanpa rawatan, TB boleh membawa maut
✅ Segera dapatkan rawatan jika anda bergejala TB (Batuk dan demam melebihi 2 minggu, kurang berat badan, kurang selera makan, berpeluh malam)
✅ Sila lakukan pemeriksaan jika anda adalah kontak rapat pesakit TB




Program Basic Life Support untuk komuniti Anjuran Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala BerangTarikh: 8 Ogos ...
12/08/2026

Program Basic Life Support untuk komuniti Anjuran Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Kuala Berang

Tarikh: 8 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Bilik Seminar KKKB
Kehadiran: 35 orang terdiri daripada pengadil bola sepak Daerah Hulu Terengganu , Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan dan Orang Awam

Aktiviti dijalankan:
Ceramah Basic Life Support disampaikan oleh Dr. Munawarrah bt Abdullah (Pegawai Perubatan KK Tengkawang)
Sesi praktikal oleh semua peserta dengan dibantu oleh fasilitator yang terlatih

🤱 Jangan biarkan mitos menghalang perjalanan penyusuan susu ibu!Penyusuan susu ibu merupakan pilihan terbaik untuk setia...
10/08/2026

🤱 Jangan biarkan mitos menghalang perjalanan penyusuan susu ibu!

Penyusuan susu ibu merupakan pilihan terbaik untuk setiap bayi. Namun, perjalanan ini tidak semestinya mudah. Masih terdapat pelbagai mitos yang boleh menimbulkan keraguan dan menjejaskan keyakinan ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

💜 Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, jom kenali mitos dan fakta sebenar supaya setiap ibu lebih yakin, lebih berilmu dan terus bersemangat dalam memberikan yang terbaik buat si manja.

📖 Kami kongsikan informasi ini sebagai panduan untuk semua ibu. Semoga bermanfaat.








📢🤱🏻 JOM SERTAI WEBINAR PENYUSUAN SUSU IBU! 💗🌱 “Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuh Amalan Berkes...
10/08/2026

📢🤱🏻 JOM SERTAI WEBINAR PENYUSUAN SUSU IBU! 💗

🌱 “Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuh Amalan Berkesan”

Nak tahu lebih lanjut tentang amalan penyusuan susu ibu yang berkesan? Jom sertai webinar bersama panel jemputan yang akan berkongsi ilmu, tip dan pengalaman berkaitan penyusuan susu ibu. ✨

📅 Tarikh: 10 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 2.30 petang
💻 Platform: Google Meet : https://meet.google.com/zxw-qsvo-xki

🎙️ Panel Jemputan:
👩🏻‍⚕‍ Panel 1: Fasiah Bt Wahad, Pegawai Sains Pemakanan, KK Ajil, PKD Hulu Terengganu
👩🏻‍⚕‍ Panel 2: Azlina bt Aziz, Jururawat Kesihatan, KK Kuala Telemong, PKD Hulu Terengganu

💗 Terbuka kepada semua yang ingin menambah ilmu dan menyokong kejayaan penyusuan susu ibu.

📲 Jangan lupa daftar sekarang & kongsikan kepada rakan-rakan!
https://forms.gle/Fy8gYejAkRULTxHq7

Anjuran:
Unit Pemakanan, PKD Hulu Terengganu & Jawatankuasa Klinik Rakan Bayi, Klinik Kesihatan Kuala Telemong
✨ Ilmu diperkasa, sokongan diperkukuh, penyusuan berjaya! ✨

E-Sijil Disediakan

KARNIVAL MINDA SEJAHTERA (K-MINDSET) PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU6 OGOS 2026 - Karnival Minda Sejahtera...
08/08/2026

KARNIVAL MINDA SEJAHTERA (K-MINDSET) PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

6 OGOS 2026 - Karnival Minda Sejahtera (K-Mindset) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah dilaksanakan dengan penganjuran Kejohanan Bola Tampar yang menghimpunkan warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya profesion Pembantu Kesihatan Awam dalam suasana penuh semangat kesukanan, kerjasama dan ukhuwah.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat dan mengasah kemahiran dalam sukan bola tampar, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja.

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Terengganu dengan kerjasama Unit Inspektorat & Perundangan, JKNT yang berlangsung di Dewan FRU Wakaf Tapai, Marang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh:

YBrs. Dr. Mohd Anuar bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

KEPUTUSAN KEJOHANAN

🥇Johan
PKD Hulu Terengganu

🥈Naib Johan
PKD Setiu

🥉Ketiga Bersama
PKD Kuala Nerus
PKD Kuala Terengganu

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan atas semangat kesukanan, komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Semoga penganjuran aktiviti sebegini terus menjadi wadah dalam membentuk warga kerja yang sihat, cergas, bersemangat dan sejahtera dari aspek fizikal serta mental

K-Mindset: Bersama Membina Warga Kerja Sihat dan Sejahtera.








"Tak keluar susu lagi..." 💛Ini antara kebimbangan yang sering dialami oleh ibu pada hari-hari pertama selepas melahirkan...
08/08/2026

"Tak keluar susu lagi..." 💛

Ini antara kebimbangan yang sering dialami oleh ibu pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Sebenarnya, susu pertama yang dihasilkan dikenali sebagai kolostrum.

Walaupun kuantitinya sedikit, kolostrum bersifat pekat, likat dan melekit. Ibu tidak perlu memerah susu semata-mata untuk memastikan kolostrum telah dihasilkan. Kuantiti kolostrum yang sedikit itu sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan perut bayi yang masih kecil.

Kolostrum lazimnya berwarna kuning keemasan, namun adakalanya berwarna putih jernih.

Kolostrum amat istimewa kerana kebiasaannya dihasilkan dalam tempoh 3 hingga 5 hari pertama selepas kelahiran. Oleh itu, ibu disaran untuk memulakan penyusuan seawal mungkin selepas kelahiran supaya bayi memperoleh manfaat terbaik bagi pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum.

Setiap titisan kolostrum membawa manfaat yang besar kepada permulaan kehidupan bayi. 💛






SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU (PSI) SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT KK TENGKAWANG6 Ogos 2026 | Dewan Sri Melur, Klinik...
08/08/2026

SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU (PSI) SEDUNIA TAHUN 2026 PERINGKAT KK TENGKAWANG

6 Ogos 2026 | Dewan Sri Melur, Klinik Kesihatan Tengkawang

Peserta : 40 orang ibu hamil

Aktiviti yang dijalankan ialah :

🤱 MAJLIS PELANCARAN
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Dr Hj. Suhazeli bin Abdullah (Pakar Perunding Perubatan Keluarga)

🤱BREASTFEEDING SHARING:
1. Jaundis & Penyusuan Susu Ibu oleh Dr Farah Khairani binti Jusoh (Pegawai Perubatan)
2. Penjagaan 1000 Hari Pertama Kehidupan oleh Pn Nurul Aida binti Embong (Pegawai Sains Pemakanan)
3. Teknik urutan bantu penyusuan susu ibu oleh Puan Norhafizah binti Salleh (Jurupulih Fisioterapi)

🤱BREASTFEEDING GROOMING

1. Teknik Penyusuan susu ibu oleh JK Sazalia Ahmad dan JM Nadira Halim.
2. Teknik Perahan dan Penyimpanan Susu Ibu oleh JMK Nasirah A. Rahim
3. Mother Friendly Care oleh JK Zurinah Abd Latif

🤱 KUIZ PENYUSUAN SUSU IBU





KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU💐Susukan anak anda dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.💐Semua ...
05/08/2026

KELEBIHAN PENYUSUAN SUSU IBU

💐Susukan anak anda dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.

💐Semua ibu digalakkan untuk menyusukan anak dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga anak mencapai umur 2 tahun.

💐Penyusuan susu ibu dapat mengeratkan hubungan bayi dan ibu serta memberi banyak kebaikan kepada ibu dan bayi.







Tahukah anda?🤱 Semua ibu digalakkan menyusukan bayi dengan SUSU IBU SAHAJA sejak lahir hingga bayi berumur 6 bulan. Tiad...
04/08/2026

Tahukah anda?

🤱 Semua ibu digalakkan menyusukan bayi dengan SUSU IBU SAHAJA sejak lahir hingga bayi berumur 6 bulan. Tiada air, susu lain atau makanan pelengkap diperlukan dalam tempoh ini.

💡 Ini dipanggil penyusuan susu ibu eksklusif – cukup lengkap dengan nutrien yang bayi perlukan untuk tumbesaran yang sihat!

🚫 Pemberian makanan/ minuman lain terlalu awal boleh menyebabkan masalah kesihatan & menjejaskan perkembangan bayi kerana sistem penghadaman mereka belum matang.

🎯 Teruskan penyusuan sehingga usia 2 tahun bersama makanan pelengkap yang sesuai selepas 6 bulan







Address

Pejabat Kesihatan Daerah Hulu
Hulu
21700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu:

Shortcuts

Share