23/06/2026
PUSAT JAGAAN SINAR BERKAT
Penjagaan penuh kasih sayang untuk insan tersayang
Setiap ibu dan ayah adalah amanah yang sangat bernilai. Apabila usia mereka semakin meningkat, mereka memerlukan perhatian, penjagaan dan kasih sayang yang lebih daripada biasa.
Di Pusat Jagaan Sinar Berkat, kami memahami bahawa bukan mudah untuk anak-anak membuat keputusan menghantar ibu atau ayah ke pusat jagaan. Tetapi percayalah, memilih pusat jagaan yang baik bukan bermaksud meninggalkan mereka… sebaliknya memberikan mereka penjagaan yang lebih teratur, selamat dan berkualiti.
🌸Kenapa perlu memilih Pusat Jagaan Sinar Berkat?
✅ Penghuni dijaga dengan penuh kasih sayang dan perhatian
✅ Membantu memastikan keperluan harian seperti makan, kebersihan diri, keselamatan dan penjagaan kesihatan sentiasa terjaga
✅ Persekitaran yang lebih selamat dan sesuai untuk warga emas
✅ Anak-anak boleh bekerja dan menjalani rutin harian dengan lebih tenang kerana tahu ibu ayah berada di tempat yang dijaga dengan baik
Kami juga ingin berkongsi berita baik kepada semua keluarga yang mencari tempat penjagaan untuk insan tersayang ❤️
Walaupun kos sara hidup dan kadar domestik negara semakin meningkat, harga penjagaan di Pusat Jagaan Sinar Berkat masih kami kekalkan tanpa sebarang kenaikan harga.
Kami faham setiap keluarga mempunyai komitmen masing-masing. Oleh itu, kami sentiasa berusaha memberikan penjagaan terbaik dengan harga yang berpatutan tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan.
Pusat Jagaan Sinar Berkat dimiliki oleh Dr Muhammad Shukri yang sentiasa menitikberatkan aspek penjagaan dan kebajikan penghuni.
Selain itu, kami juga mempunyai lawatan doktor yang terbaik daripada Dr Khairul, yang akan datang ke pusat jagaan kami untuk memantau keadaan kesihatan penghuni dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Kesihatan, keselamatan dan keselesaan penghuni adalah keutamaan kami.
❤️ Jangan tunggu sehingga terlalu sibuk atau terlalu sukar untuk menjaga sendiri. Berikan ibu dan ayah tempat yang selesa, selamat dan penuh perhatian.
Pusat Jagaan Sinar Berkat
🌸Menjaga dengan hati
🌸Merawat dengan kasih sayang
🌸Memberi ketenangan kepada keluarga
Hubungi kami untuk pertanyaan dan lawatan ke pusat jagaan kami. Kami sedia membantu keluarga anda.
Untuk sebarang pertanyaan, ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan penjagaan kami atau berminat untuk mendapatkan tempat bagi insan tersayang, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.
Kami sedia membantu dan memberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan di Pusat Jagaan Sinar Berkat ❤️
📌 Pn. Arina
💬 WhatsApp sahaja: 014-615 1210
☎️ Call sahaja: 05-526 9095
Berikan yang terbaik buat insan tersayang.
Pusat Jagaan Sinar Berkat Menjaga dengan kasih sayang, merawat dengan amanah. ❤️