Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak, Wisma Kastam Ipoh, No. 1, Jalan Kinta, Off Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh.

**ROKAL Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, JKDM Perak**Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Kast...
14/08/2026

**ROKAL Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, JKDM Perak**

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak sentiasa komited dalam memperkukuh pengurusan sumber manusia serta meningkatkan kesejahteraan dan profesionalisme warga jabatan.

Pelaksanaan **ROKAL** menjadi salah satu platform penting dalam memperkemas aspek pengurusan, menyelaras keperluan warga kerja serta memastikan setiap urusan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan.

Komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan seluruh warga JKDM Perak menjadi tunjang dalam memastikan perkhidmatan awam yang berkualiti terus kekal.






𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

PROGRAM AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 JKDM PERAK TAHUN 2026Program Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 JKDM Perak Tahun 2026...
12/08/2026

PROGRAM AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 JKDM PERAK TAHUN 2026

Program Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 JKDM Perak Tahun 2026 telah berlangsung pada 11 dan 12 Ogos 2026, dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan dan diakhiri dengan Mesyuarat Penutupan.

Program ini melibatkan barisan juruaudit dalaman yang terdiri daripada Tuan Pragkash A/L Ramachandran, Tuan Hamdin Bin Kassim, Puan Effy Syazwani Binti Abu Zaki dan Puan Nor Aidillina Binti Abu Samah.

Pelaksanaan audit ini merupakan usaha berterusan JKDM Perak dalam memastikan pematuhan terhadap keperluan MS ISO 9001:2015, di samping memperkukuh keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan.

Komited terhadap kualiti, integriti dan kecemerlangan perkhidmatan.






©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

11/08/2026

🚨 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐒𝐈𝐍𝐃𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌, 𝐑𝐀𝐌𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐈 𝐑𝐌𝟑𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎

11/08/2026

🚨 𝐉𝐊𝐃𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐔𝐃𝐔𝐏, 𝐑𝐀𝐌𝐏𝐀𝐒 𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐑 𝐑𝐌𝟕𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍, 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓
11/08/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍, 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍, 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓

Barisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐫 𝐈𝐳𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐛𝐝 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐟𝐟 atas segala sumbangan jasa, komitmen, dedikasi serta bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Perkastaman, Ibu Pejabat.

Kepimpinan, pengalaman dan khidmat bakti yang telah diberikan amat dihargai serta menjadi sebahagian daripada legasi kecemerlangan perkhidmatan dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan terus dikenang serta menjadi kenangan bermakna buat seluruh warga Jabatan.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍!

𝗞𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗘𝗡 • 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 • 𝗧𝗘𝗚𝗔𝗦




©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 | 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐄𝐔𝐑𝐎𝐏𝐄𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐎𝐍 – 𝐀𝐒𝐒𝐎𝐂𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐒𝐎𝐔𝐓𝐇𝐄𝐀𝐒𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐒 𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐂𝐈𝐋 (𝐄𝐔-𝐀𝐁𝐂) 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊...
11/08/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐄𝐔𝐑𝐎𝐏𝐄𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐎𝐍 – 𝐀𝐒𝐒𝐎𝐂𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐒𝐎𝐔𝐓𝐇𝐄𝐀𝐒𝐓 𝐀𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐒 𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐍𝐂𝐈𝐋 (𝐄𝐔-𝐀𝐁𝐂) 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

11/08/2026

[𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Puan Noor Shuzila binti Bahari yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan, Ipoh telah kembali ke rahmatullah hari ini 11 Ogos 2026 (Selasa).

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Allah. Ampunilah dosanya, rahmatilah rohnya, maafkan kesalahannya, muliakanlah pemergiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan kurniakanlah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya.

Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Aamiin Ya Rabbal Alamin...

10 Ogos 2026 - 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀, 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐓𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐆𝐈𝐀𝐓𝐀𝐍 ...
10/08/2026

10 Ogos 2026 - 𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀, 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐓𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐆𝐈𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐔𝐃𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌

Kejayaan Bahagian Penguatkuasaan, JKDM Perak mematahkan aktiviti penyeludupan minuman keras dan bir pelbagai jenama yang disyaki tak berkastam menerusi 2 serbuan berasingan dengan anggaran nilai keseluruhan termasuk duti dan cukai berjumlah RM313,298.80 . Perolehan kes ini adalah seperti berikut:

KES 1:
RAMPASAN MINUMAN KERAS PELBAGAI JENAMA TAK BERKASTAM DI BANTING, SELANGOR

KES 2:
RAMPASAN BIR PELBAGAI JENAMA DISYAKI TAK BERKASTAM DI TAIPING, PERAK

Sehubungan dengan itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut. Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah ianya turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

JKDM menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri. Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.







𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐌𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊YBrs. Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin, Pe...
07/08/2026

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐌𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊

YBrs. Tuan Mohd Nadzri bin Ariffin, Pengarah Kastam Negeri Perak telah mengadakan kunjung hormat ke atas YBrs. ChM Encik Ramlee bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan kerjasama antara kedua-dua jabatan.

Sesi kunjung hormat ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu berkepentingan bersama, khususnya dalam memperkasakan aspek penguatkuasaan, analisis forensik dan perkongsian kepakaran demi memastikan keberkesanan pelaksanaan tugas serta menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara.

Semoga jalinan kerjasama erat antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Perak dan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak terus diperkukuh ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.






𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐬𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤

07/08/2026

Dukacita dimaklumkan bahawa IBU kepada Pn. Latifa Azlina telah kembali ke rahmatullah subuh tadi.

انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin Ya Allah. Ampunilah dosanya, rahmatilah rohnya, maafkan kesalahannya, muliakanlah pemergiannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan kurniakanlah kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya.

Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ
وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Address

Wisma Kastam Ipoh, No. 1, Jalan Kinta, Off Jalan Tun Abdul Razak
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share