19/05/2026
𝗕𝗶𝗷𝗮𝗸 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵, 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗗𝗶𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 🏪🍴
Assalamualaikum Wrt. Wbt. Duyufurrahman yang dikasihi Allah sekalian. ❤️
Apabila berada di bumi Mekah dan Madinah, antara pengalaman yang dinantikan adalah peluang mencuba pelbagai juadah tempatan yang menyelerakan.
Namun, dalam keghairahan kita menyempurnakan senarai hidangan yang panjang tu🤤, jangan sesekali mengabaikan aspek kebersihan premis. Premis yang kotor bukan sahaja membantutkan selera, malah menjadi punca pembiakan kuman yang membahayakan kesihatan! 😱🥘
𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗽𝗿𝗲𝗺𝗶𝘀:
𝟭. 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 🧹
Perhatikan keadaan meja, lantai, dan tempat penyediaan makanan. Jika persekitarannya tidak terurus atau dihinggapi lalat, carilah pilihan kedai lain yang lebih terjamin kebersihannya.
𝟮. 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗶 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀 👨🍳
Lihat cara pengendali makanan berpakaian. Adakah mereka menjaga kebersihan diri dan memakai pakaian yang sesuai dan selamat? Penting ke?
Sebenarnya sangat penting tuan-puan sekalian, sekiranya penyedia atau pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung yang sepatutnya dan memakai p**a aksesori di tangan, seperti jam , cincin atau gelang ketika menyedia atau mengendali makanan, perbuatan tersebut adalah salah kerana berisiko memindahkan kuman ke makanan tuan-puan🦠 (pencemaran silang).
Ingat, penampilan mereka mencerminkan tahap keprihatinan dan kecaknaan mereka terhadap kualiti serta keselamatan makanan yang dihidangkan kepada kita.
𝟯. 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 🗑️
Pastikan pinggan mangkuk dalam keadaan sempurna serta juga dibasuh dengan sempurna dan tiada timbunan sampah yang terbiar berhampiran tempat makan. Tong sampah pun bertutup elok. Sampah yang tidak diurus dengan baik akan menarik perhatian haiwan perosak yang membawa penyakit.
Ingat tuan-puan, sentiasa amalkan PERHATI dan PILIH sebelum singgah untuk makanan, kita kena jadi CEREWET dalam pemilihan premis makanan, barulah yakin untuk makan.
Kita kan nak kekal cergas dan sihat untuk melaksanakan ibadah. Jaga diri, jaga kesihatan, elakkan sebarang risiko keracunan makanan untuk kekal fokus sepenuhnya pada ibadah. 🤲✨
Kongsikan pesanan ini kepada rakan jemaah yang lain. ✅