Persatuan Aura Maarifat Malaysia

Persatuan Aura Maarifat Malaysia πŸ”΄ PERKHIDMATAN : RAWATAN
πŸ”΄SEMINAR/KURSUS: KEBATINAN | PERSILATAN | PERUBATAN
πŸ”΄ PRODUK MUSLIM

Pusat Rawatan Alternatif Aura Maarifat was established on 12th December 2012 to provide medical services to all segments of society, especially for those who want Islamic concept of service. Various walks of life and people can enjoy the quality and efficiency of our services as Pusat Rawatan Alternatif Aura Maarifat always put customer satisfaction with a friendly, efficient and sincere, caring a

nd creative spirit of fraternity full responsibility. Pusat Rawatan Alternatif Aura Maarifat is a center of Islamic and Malay traditional treatment using the method of zikir, selawat, prayers and inner energy to treat the various of diseases and problems associated with the supernatural, mystery, outer and inner, dating, marriage, black magic, saka ,santau,and so on. We try to offer a complete treatment method, exclusively with affordable prices and cheap and able to be enjoyed by all ages.

| Vision |
Alternative Treatment Center Aura Maarifat become a Medical Center that offers quality services to be preferred community.

| Mission |
Alternative Treatment Center Aura Maarifat always put customer satisfaction by providing a friendly, efficient and sincere, caring and creative. ALAMAT PUSAT RAWATAN :

NO.40B JLN MERU IMPIAN A1
PUSAT PERNIAGAAN MERU IMPIAN
30200 IPOH PERAK

Hubungi TGR Da'eng
οΏ½ 010-3883667

πˆππ‘π€β€™ ππ”πŠπ€π π’π„πŠπ€πƒπ€π‘ β€œππ€π‚π€π‹π€π‡β€IQRA' BISMI RABBIKALLADZI KHOLAQ"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang mencipta...
01/09/2026

πˆππ‘π€β€™ ππ”πŠπ€π π’π„πŠπ€πƒπ€π‘ β€œππ€π‚π€π‹π€π‡β€

IQRA' BISMI RABBIKALLADZI KHOLAQ

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"

Ramai antara kita bila disebut IQRA’,
terus memahami maksudnya
sebagai β€œBacalah.”

Ya, tak dinafikan itu antara terjemahan yang masyhur.

Tetapi dari sudut bahasa Arab,
kalimah Iqra’ (Ψ§Ω‚Ψ±Ψ£) berasal daripada kata dasar Ω‚ΩŽΨ±ΩŽΨ£ΩŽ (qara’a) yang mempunyai makna yang lebih luas ..
Yakni menghimpun, meneliti, mendalami, mengkaji dan Mengetahui.

Maka Iqra’ bukan sekadar membaca tulisan.

Iqra’ juga adalah membaca sesuatu dengan kesedaran untuk mengetahui.

Iqra' pada alam...
supaya kita melihat tanda-tanda kebesaran-Nya.

Iqra' pada kejadian...
supaya kita memahami aturan-Nya.

Iqra' pada kehidupan...
supaya kita sedar siapa yang mengatur segala perjalanan.

Dan yang paling penting…

baca diri sendiri.

Kerana diri ini juga adalah β€œkitab” untuk diteliti.

Apa yang ada pada diri?
Apa yang menggerakkan diri?
Dari mana datangnya kesedaran?
Siapa yang memberi hidup?
Siapa yang memberi kemampuan untuk melihat, mendengar, berfikir dan merasa?

Apabila seseorang mula menghimpun, meneliti dan mendalami segala yang ada pada dirinya,
dia tidak sepatutnya berhenti pada hakikat mengenal dirinya semata-mata.

Tetapi pengenalan itu membawa kepada satu kesedaran yang lebih tinggi:

β€œAku ini siapa,
dan siapa yang menjadikan aku?”

Sebab itu perjalanan Iqra’ bukan hanya perjalanan membaca huruf.

Ia adalah perjalanan daripada tahu kepada kenal.

Daripada mengenal ciptaan,
kepada mengenal Pencipta.

Daripada melihat yang zahir,
kepada memahami hakikat di sebalik yg batin.

Dan apabila seseorang benar-benar berIqra' dirinya dengan ilmu dan kesedaran…

dia akan semakin faham bahawa dirinya bukanlah apa-apa, tetapi dirinya adalah jalan untuk mengenal tanda-tanda Tuhan.

IQRA’.

Jangan hanya baca dengan mata.

Bacalah dengan ilmu.
Telitilah dengan akal.
Dalamilah dengan hati.
Dan kenalilah diri sehingga sampai kepada kesedaran tentang Allah.

Kerana orang yang hanya membaca mungkin mendapat maklumat.

Tetapi orang yang benar-benar Iqra’, akan mencari makrifat dan pengenalan.

Ini hanya pencerahan bahasa paling mudah utk pahaman awam, nak lebih mendalam kena mai bertalaqqi bermuzakarah ya..
IQRA' BISMI RABBIKALLADZI KHOLAQ
"Ketahuilah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"

Sekian
Jazakallah
TGR Daeng
πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ

MAKLUMAN KHAS BUAT SELURUH MURID AURA MAARIFAT πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈMAJLIS ULANGTAHUN AURA MAARIFAT KE-14πŸ“… 5 SEPTEMBER 2026Sempena Majlis...
30/08/2026

MAKLUMAN KHAS BUAT SELURUH MURID AURA MAARIFAT πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ

MAJLIS ULANGTAHUN AURA MAARIFAT KE-14

πŸ“… 5 SEPTEMBER 2026

Sempena Majlis Ulangtahun Aura Maarifat ke-14, insya-Allah akan diadakan MANDIAN ADAT buat seluruh murid yang hadir.

Mandian adat ini merupakan salah satu adat dan tertib dalam perjalanan persatuan dan majlis adat istiadat aura maarifat, sebagai ikhtiar untuk membersihkan diri daripada aura negatif serta membantu memulihkan dan menstabilkan maqam ilmu.

πŸ•™ Jangkaan waktu mandian adat:
10.00 – 11.00 malam
πŸ“… 4 SEPTEMBER 2026

πŸ‘‰ Para murid diminta membawa KAIN BASAHAN masing-masing untuk kegunaan mandian adat nanti.

🌿 1. MANDIAN ADAT UMUM β€” PERCUMA

Untuk mandian adat umum, TIADA MAHAR KHUSUS dikenakan.

Para murid yang ingin mengikuti mandian adat ini hendaklah menyediakan:

πŸ‹ 1 biji limau purut
πŸ‹ 2 biji limau nipis
🌸 7 warna bunga

Bahan-bahan tersebut hendaklah dihantar kepada saya selewat-lewatnya 4 SEPTEMBER sebelum Maghrib.

πŸ”₯ 2. MANDIAN BUNGA BESERTA PENGISIAN KHUSUS

Bagi murid yang mahukan mandian bunga beserta pengisian khusus, ingin saya jelaskan bahawa:

Pengisian khusus ini TURUT TERKANDUNG pengisian yang ada dalam Mandian Adat Umum.

Maksudnya, murid yang mengambil Mandian Pengisian Khusus bukan sahaja menerima pengisian khusus yang disenaraikan di bawah, tetapi pengisian Mandian Adat juga termasuk di dalamnya.

Selain pengisian yang sama seperti Mandian Adat, pengisian khusus merangkumi:

πŸ”΄ KHASIAT / PENGISIAN KHUSUS

πŸ‘‰ Mengatur semula aura-aura pada diri
πŸ‘‰ Menaikkan aura seri muka
πŸ‘‰ Menaikkan kharisma pada diri
πŸ‘‰ Menguatkan aura kewibawaan
πŸ‘‰ Menguatkan aura tarikan diri
πŸ‘‰ Menguatkan aura rezeki
πŸ‘‰ Menguatkan aura perisai diri
πŸ‘‰ Membersihkan diri daripada aura negatif
πŸ‘‰ Menguatkan aura positif

Bagi murid yang mengambil Mandian Bunga Beserta Pengisian Khusus ini, ada bayaran maharnya, dan untuk maklumat lanjut boleh PM saya secara terus.

Untuk sesi pengisian khusus ini:

❌ Tidak perlu sediakan limau
❌ Tidak perlu sediakan bunga

Semua keperluan mandian akan saya sediakan sendiri untuk para pemahar sesi pengisian khusus.

⚠️ PERHATIAN BUAT SELURUH MURID

Sila buat persediaan lebih awal dan pastikan bahan bagi Mandian Adat Umum dihantar kepada saya sebelum Maghrib, 4 September.

Dan jangan lupa:

🩳 BAWA KAIN BASAHAN SENDIRI
🌸 Sediakan 7 warna bunga
πŸ‹ 1 limau purut + 2 limau nipis

Mandian adat dijangka berlangsung pada jam 10.00 – 11.00 malam, 4 September, sebelum kemuncak Majlis Ulangtahun Aura Maarifat Ke-14 pada 5 September 2026.

Semoga dengan izin Allah SWT, adat ini menjadi salah satu ikhtiar dalam membersihkan, menyegarkan dan menstabilkan perjalanan diri serta maqam ilmu, di samping mengeratkan lagi silaturahim seluruh keluarga besar Aura Maarifat.

14 TAHUN AURA MAARIFAT
Ilmu diwarisi β€’ Amanah dijaga β€’ Perjalanan diteruskan

Sebarang pertanyaan sila whatsapp:
https://wasap.my/60103973667
Jazakallah
Tgr Daeng
πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ

28/08/2026

Ada hamba Allah DM di Tiktok dan bertanya.
Mungkin ada antara kalian juga pernah bertanya, moga coretan ini sedikit sebanyak dpt lah memberi kalian pencerahan secara ringkas utk kefahaman kalian ya.

Tapi persoalan ini sebenarnya perlu diperbetulkan sikit supaya tak berlaku salah faham.

Makrifat bukan nama satu jenis silat. Makrifat adalah satu cabang dalam perjalanan ilmu Islam yang secara ringkasnya sering dihuraikan melalui Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.

Makrifat itu berkaitan dgn mengenal Allah, mengenal hakikat diri sebagai hamba dan memahami Tauhid dgn lebih mendalam.
Jadi tunjangnya tetap Tauhid, bukan silat semata-mata.

Dalam Aura Maarifat...
saya membawa pendekatan ilmu makrifat itu ke dalam beberapa bidang seperti persilatan, perubatan dan kebatinan. Ertinya, silat itu menjadi salah satu wasilah atau medan utk memahami dan menghayati ilmu tersebut, bukan bermaksud β€œMakrifat” itu sendiri adalah satu nama silat.

Tentang soalan β€œmakrifat ada banyak jenis ke?”, istilah dan pembahagian ilmu makrifat boleh dihuraikan dengan pelbagai cara mengikut guru, kitab dan manhaj pengajian.
Tetapi jangan kita terus faham bahawa setiap nama atau aliran itu bermaksud β€œjenis makrifat” yang berbeza.

Yang paling asas untuk difahami:

Syariat membimbing amal.
Tarekat membimbing perjalanan.
Hakikat menyentuh kefahaman tentang kebenaran diri.
Makrifat membawa kepada pengenalan kepada Allah.

Jadi bila saya sebut Jalan Makrifat dalam persilatan, perubatan dan kebatinan, maksud saya ialah bidang-bidang tersebut dipandu oleh tunjang Tauhid dan kefahaman makrifat, bukannya saya mengatakan makrifat itu satu jenis silat.

Kalau nak faham Aura Maarifat, jangan lihat pada nama silat atau jurus semata-mata. Lihat kepada tunjang ilmu yang dibawa..
yakni Tauhid.

Sekian
Jazakallah
TGR Daeng
πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ

28/08/2026

πŠπ„π‹π€π”π“ π“π€ππˆ πŒπ€π’πˆπ‡ πˆππ†π€π“ π”ππ“π”πŠ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ πŠπ„ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓𝐀𝐍 πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ

Assalamualaikum wbt..
Mungkin ada di antara kalian yang mungkin sudah lama meninggalkan jalan yang pernah kita lalui bersama.

Dulu semangat.
Dulu istiqamah.
Dulu rajin hadir, belajar dan beramal.

Tetapi perjalanan hidup membawa kalian semakin jauh… sehingga akhirnya terasa seperti sudah β€œkelaut”.

Ketahuilah…

Jangan malu untuk kembali ke daratan.

Jangan kerana sudah lama meninggalkan amalan, kalian merasakan tidak layak untuk kembali.

Jangan kerana malu dengan guru atau sahabat seperguruan, kalian terus memilih untuk menjauh.

Dan jangan p**a kerana ego,
kalian berpura-pura seolah-olah masih berada di jalan yang sama sedangkan hakikatnya hati sudah semakin jauh.

Lebih baik mengaku pernah tersasar, kemudian kembali mencari jalan p**ang… daripada berpura-pura tidak sesat tetapi terus hanyut di tengah lautan.

Pintu untuk kembali masih terbuka.

Bagi murid-murid lama yang ingin mengijazahkan semula ilmu, insya-Allah akan dibuka ruang untuk kembali menerima ijazah dan menyusun semula perjalanan.

πŸ”΄ Rahsia Gerak Imam Perang
Mahar pengijazahan semula: 10% daripada mahar asal.

⚫ Ilmu-ilmu selain Rahsia Gerak Imam Perang
Mahar pengijazahan semula: 50% daripada mahar asal.

Ini bukan soal membayar untuk sebuah gelaran.

Ini tentang kesungguhan untuk kembali.

Kembali kepada disiplin.
Kembali kepada adab.
Kembali kepada guru.
Kembali kepada jalan ilmu yang pernah kalian pilih.

Tidak perlu malu.

Yang memalukan bukanlah kembali setelah tersasar.
Yang merugikan ialah terus hanyut hanya kerana terlalu malu untuk berpatah balik.

Daratan masih ada.
Jalan p**ang masih terbuka.

Kalian yang sudah lama kelaut… p**anglah.

Tgr Daeng
Aura Maarifat
πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ

πŠπ„π‹π€π”π“ π“π€ππˆ πŒπ€π’πˆπ‡ πˆππ†π€π“ π”ππ“π”πŠ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ πŠπ„ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓𝐀𝐍Assalamualaikum wbt..Mungkin ada di antara kalian yang mungkin sudah lam...
28/08/2026

πŠπ„π‹π€π”π“ π“π€ππˆ πŒπ€π’πˆπ‡ πˆππ†π€π“ π”ππ“π”πŠ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ πŠπ„ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓𝐀𝐍

Assalamualaikum wbt..
Mungkin ada di antara kalian yang mungkin sudah lama meninggalkan jalan yang pernah kita lalui bersama.

Dulu semangat.
Dulu istiqamah.
Dulu rajin hadir, belajar dan beramal.

Tetapi perjalanan hidup membawa kalian semakin jauh… sehingga akhirnya terasa seperti sudah β€œkelaut”.

Ketahuilah…

Jangan malu untuk kembali ke daratan.

Jangan kerana sudah lama meninggalkan amalan, kalian merasakan tidak layak untuk kembali.

Jangan kerana malu dengan guru atau sahabat seperguruan, kalian terus memilih untuk menjauh.

Dan jangan p**a kerana ego,
kalian berpura-pura seolah-olah masih berada di jalan yang sama sedangkan hakikatnya hati sudah semakin jauh.

Lebih baik mengaku pernah tersasar, kemudian kembali mencari jalan p**ang… daripada berpura-pura tidak sesat tetapi terus hanyut di tengah lautan.

Pintu untuk kembali masih terbuka.

Bagi murid-murid lama yang ingin mengijazahkan semula ilmu, insya-Allah akan dibuka ruang untuk kembali menerima ijazah dan menyusun semula perjalanan.

πŸ”΄ Rahsia Gerak Imam Perang
Mahar pengijazahan semula: 10% daripada mahar asal.

⚫ Ilmu-ilmu selain Rahsia Gerak Imam Perang
Mahar pengijazahan semula: 50% daripada mahar asal.

Ini bukan soal membayar untuk sebuah gelaran.

Ini tentang kesungguhan untuk kembali.

Kembali kepada disiplin.
Kembali kepada adab.
Kembali kepada guru.
Kembali kepada jalan ilmu yang pernah kalian pilih.

Tidak perlu malu.

Yang memalukan bukanlah kembali setelah tersasar.
Yang merugikan ialah terus hanyut hanya kerana terlalu malu untuk berpatah balik.

Daratan masih ada.
Jalan p**ang masih terbuka.

Kalian yang sudah lama kelaut… p**anglah.

πŸ“ŒPertanyaan lanjut sila whatsapp:-
https://wasap.my/60103973667
Tgr Daeng
Aura Maarifat
πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ

π”πŒπ”π‘ ππ”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 π”ππ“π”πŠ πŒπ„ππ”ππ“π”π“ πˆπ‹πŒπ”Ada yang bertanya kepada saya,β€œGuru, saya dah berumur… masih boleh ke nak serta...
27/08/2026

π”πŒπ”π‘ ππ”πŠπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 π”ππ“π”πŠ πŒπ„ππ”ππ“π”π“ πˆπ‹πŒπ”

Ada yang bertanya kepada saya,

β€œGuru, saya dah berumur… masih boleh ke nak sertai Kursus Rahsia Gerak Imam Perang?”

Jawapan saya mudah.

Selagi ada semangat, keikhlasan dan kesungguhan untuk menuntut ilmu, insya-Allah usia bukanlah penghalang.

Jangan kalian fikir ilmu ini hanya untuk golongan muda.

Murid-murid Aura Maarifat datang daripada pelbagai peringkat usia. Ada yang sudah bersara, ada yang sudah berusia, malah ada yang berumur 70 hingga 80 tahun pun masih memilih untuk duduk menuntut ilmu.

Kerana menuntut ilmu bukan soal siapa paling muda.

Bukan juga soal siapa paling kuat.

Tetapi soal siapa yang benar-benar mahu belajar dan sanggup memikul amanah ilmu tersebut.

Kursus Rahsia Gerak Imam Perang Aura Maarifat merupakan antara peringkat keilmuan tertinggi yang menghimpunkan pengajian berkaitan gerak pertahanan diri, ilmu rawatan, disiplin perguruan serta kefahaman makrifat dan tauhid yang disampaikan secara berperingkat kepada mereka yang benar-benar bersedia.

Ilmu yang tinggi bukan untuk dibangga-banggakan.

Semakin tinggi ilmu yang dipelajari, semakin besar amanah, adab dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

Sebab itu saya tidak melihat umur seseorang sebagai ukuran utama.

Saya melihat kesungguhan hatinya untuk belajar.

Kalau tubuh sudah berusia tetapi hati masih mahu menuntut ilmu, itu lebih baik daripada tubuh yang muda tetapi tidak mahu belajar.

Dan kepada murid-murid yang telah lama bersama Aura Maarifat…

Kalian sendiri boleh lihat.

Ramai yang bermula ketika masih muda, dan ramai juga yang datang ketika usia sudah lanjut.

Yang membezakan mereka bukan umur.

Tetapi semangat untuk terus mencari ilmu.

Jika kalian merasakan sudah sampai masanya untuk mendalami Rahsia Gerak Imam Perang, datanglah dengan niat yang betul.

Bukan mengejar nama.

Bukan mengejar gelaran.

Bukan untuk menunjuk kehebatan.

Tetapi untuk menuntut ilmu, memperbaiki diri dan belajar memikul amanah dengan penuh adab.

Ilmu yang tinggi menuntut jiwa yang tinggi.

πŸ“ŒKalian yg mahu mengikuti kursus blh ke website
Rasmi kami:-
https://auramaarifat313.com
Jazakallah
Tgr Daeng
Aura Maarifat
πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ
Aura Maarifat Borneo Majlis Perguruan Dan Adat Istiadat Aura Maarifat

πŸ“’ ππ„πŒπ”π‹π€ππ†π€π π’π„π‹π„πŒππ€ππ† πˆπŒπ€πŒ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kepada murid-murid Aura Maarifat yang akan ...
26/08/2026

πŸ“’ ππ„πŒπ”π‹π€ππ†π€π π’π„π‹π„πŒππ€ππ† πˆπŒπ€πŒ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kepada murid-murid Aura Maarifat yang akan menyandang Selempang Khalifah pada 5September ini,
mohon agar Selempang Imam Perang yang terdahulu dip**angkan semula untuk urusan penyelarasan dan persiapan Majlis Ulang Tahun Aura Maarifat.

πŸ—“οΈ Tarikh akhir pemulangan: 1 September 2026

Bagi murid yang berada jauh dan tidak dapat hadir untuk menyerahkan secara langsung, pemulangan boleh dibuat melalui pos.

Mohon kerjasama semua penerima untuk memastikan selempang dip**angkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

πŸ”΄Amanah yang lama kita kembalikan,
🟑amanah yang baharu kita sandang.
⚫️Semoga setiap langkah dalam perjuangan ini terus dipandu ilmu, makrifat dan tauhid. 🀲

πŸ“ŒSebarang pertanyaan boleh melalui
Dato Bentara atau terus melalui saya.
Jazakallah
TGR Daeng
Aura Maarifat
πŸ”΄πŸŸ‘βš«οΈ
Persilatan β€’ Perubatan β€’ Kerohanian

Persatuan Aura Maarifat Malaysia Majlis Perguruan Dan Adat Istiadat Aura Maarifat Aura Maarifat Borneo

Address

No. 40b Jalan Meru Impian A1, Pusat Perniagaan Meru Impian
Ipoh
30200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+60103883667

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Aura Maarifat Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Aura Maarifat Malaysia:

Shortcuts

Share