18/07/2026
“Jantung tak rosak dalam sehari. Ia bermula bertahun-tahun lebih awal.”
Ramai orang hanya mula risau apabila bacaan gula tinggi atau saluran jantung sudah tersumbat.
Hakikatnya, rintangan insulin (insulin resistance) dan penyakit jantung berkongsi banyak faktor risiko yang sama. Ia berkembang secara perlahan, sering tanpa gejala.
Antara perkara yang boleh membantu menilai risiko lebih awal ialah:
• Glukosa puasa dan HbA1c
• Profil lipid lengkap (HDL, LDL, trigliserida)
• Tekanan darah
• Lilitan pinggang dan lemak viseral
• Berat badan serta tahap aktiviti fizikal
Sesetengah ujian seperti fasting insulin, HOMA-IR, hs-CRP atau ApoB mungkin berguna dalam situasi tertentu, tetapi ia bukan ujian saringan rutin untuk semua orang. Keperluannya bergantung kepada faktor risiko individu dan penilaian doktor.
Yang lebih penting daripada mengejar banyak ujian ialah mengawal faktor risiko yang terbukti:
✓ Kekalkan berat badan yang sihat.
✓ Berjalan atau aktif setiap hari, termasuk selepas makan jika mampu.
✓ Kurangkan makanan ultra-proses dan minuman bergula.
✓ Tidur yang mencukupi.
✓ Berhenti merokok dan v**e.
✓ Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Jangan tunggu sehingga mendapat serangan jantung atau didiagnosis diabetes.
Pencegahan sentiasa lebih mudah daripada rawatan.