Pusat Hemodialisis Jasin Bestari

Pusat Hemodialisis Jasin Bestari Falah Healthcare & Wellness Sdn Bhd

09/05/2026

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah 🩸 yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen 🧬 yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.

‼️Jika tidak dirawat, pesakit talasemia boleh membawa maut yang disebabkan oleh kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman.

20/12/2025
14/09/2025

Makan atau Tidak semasa ‘Rawatan Hemodialisis’ – Kebimbangan Kami Pakar Nefrologi

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan semasa menjalani rawatan hemodialisis yang mengambil masa 4 jam setiap sesi. Selain daripada mengisi masa yang terluang dengan mendengar ceramah agama, membaca Al-Quran atau bersembang dengan sahabat yang sedang menjalani rawatan dialisis (sentiasalah mematuhi dengan SOP yang telah ditetapkan demi keselamatan semua), adalah menjadi kebiasaan pesakit menjamu selera ketika menjalani rawatan dialysis.

Isunya.. Mengapa kami pakar nefrologi bimbang apabila pesakit menjamu selera dengan makanan dalam jumlah yang banyak serta kalori tinggi?, Mengapa pesakit tidak digalakkan untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika dialisis?. Terdapat juga pusat dialisis yang tidak menggalakkan langsung makan ketika menjalani rawatan dialisis..

Komplikasi utama yang ditakuti oleh semua pakar nefrologi adalah tekanan darah rendah semasa rawatan. Tekanan darah rendah semasa rawatan hemodialisis adalah

‘Ibu’ kepada segala masalah pesakit dialisis.

Apabila seseorang pesakit hemodialisis makan dengan kuantiti yang banyak dan dengan kandungan karbohidrat/kalori tinggi, proses yang dinamik berlaku. Ia merupakan persediaan tubuh pesakit untuk proses penyerapan makanan tersebut. Hormon yang dikenali sebagai GLP-1 (Glucagon Peptide-1) yang terhasil ketika makan memberikan kesan kepada salur darah untuk mengembang atau ‘vasodialtation’. Proses pengembangan ini terutama sekali berlaku pada salur darah yang membekalkan darah ke salur pemakanan atau usus, sebagai persediaan untuk penyerapan makanan yang diambil.

Kesimpulannya, pengambilan makanan ketika rawatan hemodialisis mengakibatkan tekanan darah pesakit menurun dan membahayakan pesakit. Pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi dan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan tekanan darah yang lebih rendah.

Pesakit yang sering memerlukan “Ultrafiltration” atau “Fluid Extraction” pada isipadu yang tinggi, cthnya: 3L dan ke atas, berisiko tekanan darah rendah lebih tinggi berbanding pesakit lain jika mengambil makanan semasa rawatan dialisis pada jumlah yang banyak.

Prof. Azreen Adnan, MD FASN

07/09/2025
Salam Maulidur Rasul, tanggal 12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring ta...
04/09/2025

Salam Maulidur Rasul, tanggal 12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW.

31/08/2025
31/08/2025

Merdeka bukan sekadar sejarah, tapi semangat yang hidup dalam setiap rakyat Malaysia! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

26/08/2025

🩻Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa lazim dalam kalangan pesakit sakit tulang belakang.

✅Antara punca-punca slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal dan trauma.

✅Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk.

📢Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah mencegah slipped disc seperti yang dikongsikan.






25/08/2025

Tinggi potassium!
Beli boleh (utk saya🙋‍♀️)
Makan Jangan sekali🙏

Address

Ground Floor & 1st Floor. JC 3013 Jalan BJB 3/2 Bandar Jasin Bestari Seksyen 3
Jasin
77300

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Hemodialisis Jasin Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share